Pengikut

Sabtu, 16 Julai 2011

Kisah Benar: Dana Haji Jasman, skim pelaburan memperdayakanorg Islam

oleh SAY NO to MLM pada pada 13hb Jun 2011 pukul 5.07 ptg

KUALA LUMPUR: Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan ‘menjual agama’ sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa ‘projek pelaburan’ yang dijalankan mereka ‘rahsia kerajaan’ selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.


Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Dana Haji Jasman’ dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.
Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.

Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.
Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau.
Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skim pelaburan itu.

“Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk di Johor.

“Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘kadi’ atau ‘pegawai agama’.

“Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan ‘ceramah’ di hotel selepas melakukan hebahan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkonsepkan Islam,” katanya.

Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.

“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.

“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.

“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.

Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.

“Orang ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan suatu perkara mudah,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.

Haji Jasman jual agama utk kaya!!

Scam: Guna Islam untuk menghalalkan skim piramid yang haram

oleh SAY NO to MLM pada pada 23hb Jun 2011 pukul 1.16 pagi
 Slogan yang digunakan betul tapi caranya tak kena.. berniaga sistem MLM tu yang tak betul.. wahai Ustaz Akhil Hayy Rawa
A'kum, Saya lihat kebelakangan ni banyak skim2 piramid yang menggunakan konsep ikhlas dalam Islam untuk menghalalkan skim tersebut. Di bawah adalah contoh2 website
  1. http://www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my/dsmi.html
  2. http://www.e-jariah.net/index.php
  3. http://akhil2u.net/index.php
Kalau betul2 ikhlas menderma, kenapa menharapkan pulangan lebih 2 kali ganda! Ni lah satu contoh yang kita boleh lihat dimana yang BATIL nampaknya HAK. Saya akan cari jalan untuk mengenengahkan perkara ini ke JAKIM.

All About Scam: Money Game

oleh SAY NO to MLM pada pada 26hb Jun 2011 pukul 5.02 ptg
skim perniagaan tipu
“Sekarang ni banyak syarikat yang menawarkan marketing plan yang kononnya yang jauh lebih senang dan cepat menguntungkan. Malah ada diantaranya yang menyatakan KONONNYA tak perlu menaja, tak perlu beli produk dan sebagainya.  

Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah…
bijak sungguh perniagaan begini. Sudah pastilah sangat senang menarik orang-orang tua, orang-orang kampung yang cetek ilmu, atau maaf kata, orang-orang melayu yang sangat kemaruk nak kaya tapi kalau boleh nak cara yang paaaaling mudah! Nah… dalam tak sedar terjebak dalam kegiatan money game (dulu orang panggil Skim Cepat Kaya). tapi kalau saya cakap begitu, pastilah mereka-mereka ini akan kata “Eh.. tak.. ni bukan money game. ni company kukuh. kita guna sistem jualan semula. akta ni ada dalam AJL punya terms bla.. bla.. bla..”.

Sahabat… sebelum ini orang-orang yang menyertai program-program seperti EM-Pay, ABFund, Buluhmas, Jasmeen , Noradz Travel, Eastana Farm dan sebagainya juga mengatakan program mereka sah, legal, syarikat kukuh dan sebagainya sehinggalah ianya di banned oleh Bank Negara. Bila dah kena banned barulah menyengeh dekat orang bawah “Nak buat macamana… ni la risiko dia. bukan ko jer, aku pun kena…
Penipuan E-book
”Persoalannya, adakah anda mahu tunggu pada masa dan ketika itu baru sedar? Adakah itu risiko yang anda sanggup ambil? Ah! kalau kena banned, bukan kita sahaja yang rugi, company pun rugi. Benarkah? Anda tahu kah samada company ada berapa akaun? Anda tahu tak sekiranya company awal-awal lagi dah salurkan sebahagian keuntungan atas nama syarikat lain? Anda sedar tak mengapa company secara perlahan-lahan cuba mengubah dasar perniagaan kepada yang lebih bersifat fizikal?

Ingat, kita memperkenalkan sesuatu bisnes atau perniagaan kepada orang bukan sekadar menjaja syarikat, marketing plan dan sebagainya tetapi turut menjaja muka, nama baik dan maruah diri kita sendiri. Jika kita memperkenalkan program yang berasaskan MoneyGame a.k.a Skim Cepat Kaya kepada sahabat ataupun saudara kita dan kemudiannya syarikat tersebut tutup, bungkus, lingkup, lari atau sebagainya, memadai kah dengan hanya berkata “Nak buat macamana… aku pun kena tipu juga…”. Kemudian dua tiga hari selepas itu, promote skim lain pula. Begitu mudah kah?

Berapa ramai yang tertipu tetapi bila syarikat kena banned, asset dibekukan, so kita pun merasakan kita tak boleh buat apa-apa. Kita rasa company tu pun susah sebab semua assetnya dah dibekukan. Benarkah begitu keadaannya? Kalau sebelum ini duit yang anda semua laburkan dia telah parking atau laburkan dibawah nama company lain pula nak kata apa? Anda melopong, company kononnya kena banned, asset company kononnya dibekukan, tetapi pengasasnya kaya raya dengan sebahagian besar duit kita yang tertipu. kerana itulah company-company begini selepas setahun mereka akan cuba diversify perniagaan mereka kepada fizikal business seperti mewujudkan franchais, perhotelan, cafe dan sebagainya. Adakah anda tahu dan adakah anda boleh pastikan samada cabang-cabang business tersebut menggunakan nama dan akaun syarikat yang sama? Hehehehe.

Diorang ni guna concept rocket nak terbang ke angkasa lepas. kepala pergi, ekor lepas. Sampai satu stage lagi, kepala pergi badan lepas. At the end, diorang tetap kaya raya dengan ‘perniagaan sah’ yang pada mulanya tak dapat dilakukan akibat ketiadaan modal. Tapi akhirnya boleh direalisasikan dengan modal-modal yang diberikan oleh kita-kita semua yang nak sangat kaya cepat ni.

Orang yang buat Money Game ni bukan orang-orang bodoh saudara. Mereka kebanyakannyan terdiri dari orang yang pakar dalam bidang perundangan, mahir dalam akta AJL dan sangat arif dalam pelan pemasaran berangkai. Jadi sangat mudah mereka mengelirukan dan memutar-belitkan fakta bagi memperlihatkan apa yang mereka buat kelihatan sah dah legal. Saya berikan satu contoh dibawah:
Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah… kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelarSmart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi. Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar Rm500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, Rm5000 dan u akan dapat post dated cheque Rm9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla…

Baca betul-betul senario yang saya berikan diatas dan perbandingkanlah dengan sistem perniagaan atau pelaburan atau apa sahaja konsep perniagaan yang anda ceburi sekarang sekiranya ada. Walaupun produknya berbeza-beza, tapi modus operandinya sama. Sekali pandang nampak tiada masalahkan? Sekali dengar nampak ianya logik, boleh diterima akal, dan mesti ramai yang mengatakan ini satu jalan buat duit yang sangat mudah dan menguntungkan. Sebenarnya konsep ini telah digunapakai oleh pengusaha-pengusaha skim cepat kaya semenjak 10 tahun dulu lagi. Cuma masa tu tiada lah promosi melalui laman web, website replika dan sebagainya ni. Ianya tidak semestinya kambing. tapisaya ambil contoh kambing gurun bagi menunjukkan kepada anda yang Money game ni boleh merupa pelbagai bentuk. Jangan kata kamping gurun, Mangkuk tanah liat untuk makanan ayam telur pun boleh buat satu bentuk konsep perniagaan begini. Nampak tak sistem yang diperkenalkan oleh company A tersebut. Sekali pandang langsung takde masalah kan? Sama seperti kita beli kambing harga RM500 kemudian jual dengan harga RM900. Cuma bezanya semuanya company A ni akan uruskan untuk kita. So apa masalahnya? Sah apa perniagaan macam ni….??! Hehehehe… Fikir balik!
Penipuan sistem
Dibawah ni beberapa tips untuk menilai program atau skim perniagaan yang anda ceburi dan sertai itu sah, money game atau tidak. Dan“Syarikat pernah keluar surat khabar” bukanlah satu aspek daripadanya! Dah banyak company yang masuk paper, malah siap ada iklan kat tv (lihat contoh MW yang popular satu masa dulu) rupanya beroperasi disebalik skim cepat kaya.

1) Jika menkaji apa-apa marketing plan, jangan terlalu ghairah dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan kepada pihak agent semata-mata sebaliknya cuba kaji dimana keuntungan pihak syarikat daripada marketing plan tersebut. Jika terlalu banyak insentif kepada agent abih macamana pula syarikat boleh dapat keuntungan? darimana pula datangnya wang berkenaan? (Tolong la jangan jawab dari penjualan produk tadi company boleh buat untung sebab kalau betul company dah ada pelanggan tetap untuk menjualkan produk-produk mereka apa perlunya lagi agent? Baik company jual sendiri dan mereka boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu mengagihkan sebahagian besar kepada agent)

2) Kaji kenapa di awal perlaksanaan program-program sebegini kenapa syarikat hanya mensyaratkan agent untuk menyertai 1 lot atau 1 akaun sahaja. Kemudian apabila rangkaian agent sudah berkembang baru pelan-pelan lain seperti family package, gold package dan bermacam lagi gelaran diberikan kepada mereka yang ingin membeli banyak lot sekaligus untuk keuntungan yang lebih cepat dan maksimum kononnya? nak tahu kerana apa? Kerana dari awal-awal lagi company tahu dengan marketing plan ini mereka akan overpaid pada agent. Walaupun sistem pembayaran bonus telah di drag (heret) kepada 2 bulan dengan post-dated cheque tadi (jadi semasa pembayaran bonus pada bulan pertama mereka ada sebahagian lagi wang pelaburan dalam pool untuk menampung pay-out bulan berikutnya yang mana pada bulan berikutnya sudah pasti wang pool akan bertambah dengan kemasukan agent baru dan pembelian semula agent lama. Dengan ini company sentiasa dalam keadaan hanya menggunakan sebahagian dari duit terkumpul untuk tujuan payout dan sebahagian lagi sentiasa ada sebagai backup) tetapi jika tiada agent baru yang menyertai skim berkenaan dibawah rangkaian agent tersebut beerti company takkan ada duit pool untuk dibayar kepada agent utk bulan kedua. Jadi untuk melimitkan risiko dalam tempoh melihat trend ini, jadi company limitkan 1 lot untuk seorang. (Biar banyak agent dulu. Biar network berkembang dulu. Jadi ianya akan lebih senang dimanipulasikan). Then bila rangkaian agent sudah makin berkembang, orang dah mula yakin, baru sorang boleh beli lebih kerana company dah ada duit pool yang besar dan kadar kemasukan atgent baru bertambah dari masa ke semasa.

3) Jika anda mendapat iklan promosi dari rakan-rakan anda berkenaan satu skim yang boleh buat keuntungan tanpa menaja dan sebagainya, tanya kepada diri anda, “jika dah tak perlu menaja, apa kejadahnya yang dia beria-ria promote kat aku suruh aku join ni?”

4) Jika mereka kata “Money game takde produk, sedangkan kita ada produk..”. Tanya balik diri kita sendiri benarkah? Kita boleh yakinkan orang dengan cerita-cerita yang diajarkan oleh upline atau oleh pengasas skim berkenaan. Tapi biasanya jauh disudut hati kita kita boleh tahu yang sebenarnya ini 100% money game yang tak memerlukan produk langsung. Produk hanya digunakan sebagai topeng/wayang bagi memudahkan kita nak menerangkan kepada prospek dan downline berkenaan marketing plan skim yang kita jalankan. Hakikatnya, upline kita tak pernah beli dan guna produk tersebut…. kita sendiri tak pernah beli dan guna produk tersebut… malah kita sendiri tak pernah expect untuk downline atau prospek kita beli dan guna produk tersebut… dari mula memang kita nak suruh dia join, letak duit sekian-sekian, kemudian dapat untung. pas tuh dia plak nanti akan cari orang buat perkara yg sama. Kalau ini yang berlaku kepada kita, Jangan kata kalau kita mampu tipu tuhan, tapi jika diri kita sendiri pun kita tak boleh tipu, maka tak payah lah… yang kita nak tipu ni kebanyakannya orang susah… sebangsa dengan kita… kadang-kadang tu bukan siapa-siapa tetapi saudara-mara dan sahabat handai kita sendiri. Tak kesian ke?

5) Apa bila ditanya soalan berkenaan LEGAL aspek, biasanya mereka-mereka ini akan ‘quote’kan akta-akta dan syarat-syarat sah yg terkandung didalam lesen AJL. Sebagai contoh:
Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”
Tetapi, bila ditanya company ni ada AJL Licence ke tak? Dijawab, “Ooo kita bukan exactly termaktub bawah AJL, sebab kita punya business adalah trading bla.. bla.. bla..” Oit?! Gitu pulok!!

6) Setiap company yang menjalankan money game atau skim cepat kaya ini, mereka dari awal lagi telah mempunyai dan merancang ‘jalan keluar’mereka (exit plan). Mereka telah merancang terlebih dahulu yang plan ini akan berjalan untuk berapa lama, dan bilakan masanya untuk mereka memberhentikan operasi dan sebagainya. kerana itu pengasas-pengasas skim begini biasanya dah meletakkan expired date untuk perniagaan yang mereka jalankan. Tiada yang pernah bertahan lebih dari 2 tahun. Kebiasaannya mati selepas 1 tahun lebih sahaja. Ini bukan semata-mata kerana akhirnya ia pasti akan di benteras oleh pihak bank negara atau kerajaan, tetapi mereka sendiri yang memang nak tutup bisnes mereka. kenapa? Kerana trend pasaran pasti akan menurun. Marketing plan yang dulunya hangat, akan beransur-ansur menyejuk. Kadar kemasukan agent baru akan menurun. Jika 20% daripada agent berhenti dan tidak meneruskan pelaburan, re-purchased, re-consumption atau apa sahaja gelaran yang diberikan, beerti dalam tempoh 1 bulan sahaja company akan ‘overpaid’ kepada agent. Tambahan pula jika waktu tersebut turn-over capital telah meningkat keangka belasan atau puluhan jutaan ringgit. Bayangkan sebenarnya berapa kerugian yang terpaksa ditampung untuk membayar kesemua imbuhan sekiranya kesemua agent mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi sebelum perkara ini terjadi, mereka akan stop dan lari dengan baki 50% duit pool yang ada (kan sekeping cheque lagi hanya boleh diapprovedkan selepas 2 bulan..? So paham-paham jer la. Walaupun anda berjaya menunaikan cek yang pertama… tapi adakah anda cukup yakin yang cek kedua anda tersebut ‘Sempat’ untuk anda tunaikan?) Adakah anda mempunyai exit plan?
Tujuan saya menulis pasal Money game atau Skim cepat kaya ini bukanlah kerana saya cemburu atau iri hati dengan pendapatan mereka-mereka ini. Tapi saya sebenarnya simpati kepada yang betul-betul susah dan terdesak yang mana mereka kononnya merasakan hanya inilah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tetapi akhirnya hilang kisah dari susah nak senang, langsung jadi bertambah melarat sebab kena tipu. Tambah simpati bila yang ditipu dan yang biasanya terjebak dengan skim-skim begini bukanlah orang lain, sebaliknya bangsa melayu yang lazimnya seagaama dengan saya. Dan tambah menyedihkan bila ada yang menyertainya apabila ia disogok-sogokkan dengan hadiah perjalanan umrah, haji dan sebagainya.
Saya yakin dari 100 orang yang menyertai skim perniagaan sebegini, 10 orang daripadanya dah tahu ianya berisiko tetapi hanya mencuba. Tetapi bagaimana dengan 90 orang lagi yang betul-betul yakin dan percaya bulat-bulan kepada orang yg memperkenalkan skim ini kepada mereka? Bagaimana pula kalau dah kita sedar sistem perniagaan ini tak sah dan cara perolehan wangnya juga tidak sah, abis bagaimana pula dengan ibadat haji dan umrah yang dibiayai dengan wang ini tadi? Biasalah… yang dibelakangnya yang buat plan pun bukannya orang islam. “Aiiya.. ini manyak bagut maa.. pasti mereka suka punyerr”. Samalah keadaannya bila salah seorang teman saya berbangsa cina mengatakan; “Ini halal maa.. daging ayam!”. Sebab bagi mereka melayu (islam) cuma tak makan babi. Melayu makan ayam. Mereka tak tahu yang ayam pun kalau tak disembelih, adalah haram. Mereka tak tahu walaupun ayam, dan walau ia disembelih sekalipun tetapi kalau tak mengikut syarat sah sembelihan ianya tetap haram.
Walau bagaimana pun dalam mengulas isu money game ini, saya tak nak ulas dari konteks agama sebab saya kurang arif. Mungkin boleh rujuk dengan Ustaz Zaharuddin atau yang lain-lainnya. Saya cuma mengulas dari sudut aqlinya sahaja.
Harapan saya, kepada yang terasa dirinya sekarang berada dalam permainan money game ini, baiklah berhenti sekarang sebelum terlajak lebih jauh lagi. Rugi duit mungkin tidak sekiranya anda dah lama menyertai dan anda rasakan sudah balik modal. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan jadi mangsa sumpah seranah, maki hamun dan caci maki orang bawahan anda sekiranya terjadi apa-apa selepas ini. Nama, air muka dan maruah diri bukanlah boleh dinilai dengan wang ringgit…

Copylah artikel saya ini dan publishkan dalam blog anda atau forwardkan ke email rakan-rakan serta saudara mara kita supaya sama-sama kita membantu menyebarkan mesej ini kepada yang lain.

Isu Sijil HALAL: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)


oleh SAY NO to MLM pada pada 15hb Julai 2011 pukul 1.31 ptg
Contoh: Logo tulen JAKIM yang SAH
Assalamualaikum... salam jumaat
Adaka anda menitikberatkan halal dan haram dalam kehidupan seharian? Mari kita bincangkan bersama-sama. Semoga kita bersama mendapat pengajaran dan ilmu dengan perbincangan ini.

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.

1. Mengapa Halal?
 Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.

a. Perintah Tuhan
 Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.
 Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

b. Mengelakkan daripada azab Neraka
 Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.
 Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)
 Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)

 c. Doa makbul
 Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)

d. Diterima Amalan
 Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)

e. Hati bersih
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”

 2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa
 Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:
 a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.
 b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.
 c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

Sumber : Halaqah.net

Khamis, 5 Mei 2011

Kesedaran Masyarakat tentang SCAM : Ibu terselamat jadi mangsa 'gores dan menang'


by SAY NO to MLM on Wednesday, 27 April 2011 at 10:42
 
Scam!! Penipuan!!
 
SETINGGI-TINGGI ucapan terima kasih kepada pengurus sebuah bank di Kepong yang telah berjaya membantu ibu saya yang hampir terperdaya oleh syarikat gores dan menang.Ibu saya kononnya telah memenangi sebuah Toyota Camry. Dia dikehendaki untuk segera mengeluarkan wang untuk ditunjukkan kepada pihak syarikat bagi membuktikan beliau adalah layak untuk memiliki kereta Toyota Camry tersebut. Mengikut pihak syarikat gores dan menang tersebut, wang tersebut akan dikembalikan.

Ibu tua yang begitu teruja kerana seumur hidup beliau tidak pernah begitu bernasib baik untuk mendapat kereta secara percuma dengan segera telah pergi ke bank untuk membuat pengeluaran wang memandangkan wang tersebut akan dikembalikan. Berbagai-bagai teknik yang digunakan oleh syarikat gores dan menang ini. Dan sasaran penipuan ditujukan kepada warga tua yang tidak mengerti apa-apa.

Kecekapan pihak bank mengesan situasi sebegini memang tidak disangkal. Apatah lagi sikap peramah kakitangan bank yang melayani ibu ketika itu, berbual santun dapat megesan unsur-unsur penipuan yang tidak disedari langsung oleh si ibu tua itu. Dan seterusnya berjaya menghalang penipuan ke atas ibu saya.
Apa yang lebih penting adalah keselamatan ibu tua saya telah diberi keutamaan kerana kuncu-kuncu syarikat gores dan menang sedang menunggu si ibu di luar bank untuk menanti wang RM18,000. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Syabas dan tahniah.

DR DAHLIA DAHNIL
Bandar Baru Selayang, Selangor


Kisah Ako...

Masih lagi cerita pasal ‘orang tipu orang’. Dalam kereta masa nak pegi kerja pagi tadi aku ikuti satu topik yang diperbincangkan di Radio Sinar iaini tentang Scam Gores dan Menang. Benda ni memang kaedah segera untuk mendapatkan wang bagi si Penipu manakala menjadi kaedah pantas menghanguskan wang bagi yang terkena. Untuk pihak yang terpedaya dan jumlahnya pulak ribuan ringgit pastinya ini menjadi satu pengalaman yang amat menyakitkan.

Percaya atau tidak bahawa aku adalah salah seorang yang  menjadi mangsa Sendikit Gores dan Menang nih. Perasaan lepas terkena tu memanglaa sakit yang amat.. huhu..
Benda ni terjadi pada tahun 2006. Ketika tu baru jee lepas raya.. mana tak rasa sakitnya kan. Baru jee habis duit untuk raya, lepas tu boleh kene tipu pulak. Phew! Mula ceritanya begini..

Lokasi : Extra Taman Suria Johor Bahru ( Sekarang dah tukar jadi Giant)Masa   : 1.30 PM

Masa tu aku pergi ambil duit untuk bayar kereta dan jugak untuk beli barang-barang keperluan nak buat rumah terbuka. Rayalaa katakan.. Jadi lepas ambil duit aku terus menuju ke kereta. Ketika aku nak masuk ke dalam kereta ada laa pulak sorang mamat cina tegur aku. Disuruhnya aku buka salah satu satu kupon kat tangan dia. Aku pada mulanya dah terhidu benda ni.. lalu aku malas layan tapi atas kesungguhan dia aku ikutkan juga.. Walaubagaimanapun aku tak buka kupon tu.. aku suruh dia yang bukak depan mata aku. Jadi lepas jee mamat ni bukak dia punya excited tak tahu nak cakaplaa kan.. aku sendiri terpinga-pinga. Dia kata aku bakal menang salah satu dari 7 hadiah utama yang mana terdiri dari kereta perdana, kancil, wang dan beberapa lagi. Aku masih tak percaya sebenarnya.. tiba-tiba datang pulak sorang amoi.. kononnya macam tak tahu apa-apalaa.. lepas chong-cheng-chong-cheng cakap cina.. dia pun ikut sama excited.. ‘ waa.. abang.., janji.. aa.. lepas ni bawak kita olang makan kfc.. abang akan dapat hadiah besar nih’ Huh! betul ke nih..?? aku masih confuse..

Menurut mereka untuk aku buat cabutan bagi 7 hadiah utama , aku perlu untuk dapatkan beberapa barang kesihatan dan aku menolak lagi tak mahu layan. Tapi diorang ni memang tak putus asa betul untuk menipu.. Diringkaskan cerita dek terpukau oleh ayat-ayat manis mereka aku  akhirnya mengikut mereka ke pejabat mereka dengan membawa duit RM 2 ribu ditangan (Ishh.. aku bila ingat saat ni memang sakit…) . Masa berbual dalam kereta tu memang manis jee mulut diorang ni. Pada ketika tu pulak isteri aku tengah mengandungkan anak pertama, jadi aku cerita laa dalam perbualan dengan mamat cina tadi. Dia pulak boleh cakap , “ini mungkin rezeki anak abanglaaa”. “Abang baca bismillah yee masa saya bukak kupon tadi? “. (Adehh menggelegak darah aku bila kenang-kenang)

Masa aku sampai kat pejabat diorang. Aku disambut lagi oleh dua orang ketua mereka. Kat situ ada banyak gambar-gambar orang yang menang cabutan dan sedikit sebanyak buat aku terpengaruh. Diorang pulak lebih banyak bualkan tentang hal lain kat situ jadi aku pun dah lupa apa benda nak tanya lagi.  Lepas bagi RM 2000 diaorang keluarkan beberapa barangan kesihatan yang bakal aku bawa balik . Pada masa yang sama diangkatnya aku lagi dengan cerita-cerita yang sedap didengar sehinggalah aku membuat cabutan untuk hadiah utama tu.. dan…

Aiyak..!! kerusi urut!! aiseh aku tak perasan kerusi urut ada dalam senarai pada list no 7 sebab mereka tak fokus pada itu pun.. aduh.. masa tu baru aku tersedar yang aku dah terkena dengan lakonan mereka. Ptui!! kuciwa sungguh.. mana aku nak letak barang-barang kesihatan ni.. fikir aku.. Bini aku tau mesti bising nih.. huhu.  Nasib baiklaa bini aku memahami keadaan jadi kitaorang simpan jee barang-barang tu . Ada sampai sekarang kat rumah aku. Setiap kali tengok pedih jee rasa hati..

Apapun betullah kata seorang pemanggil di radio Sinar  pagi tadi. Pemangggil ni salah seorang yang pernah terlibat dengan sendikit ni dan menurut beliau hadiah-hadiah utama tu sebenarnya memang ada. Tapi hanya ada dimulut-mulut manis pekerja-pekerja mereka yang menipu orang ramai. Mereka sebenarnya telah ada skrip tersendiri untuk menipu orang. Aku juga telah saksikan sendiri bagaimana sandiwara diorang ketika menjerat orang ramai dalam edisi siasat yang aku lakukan sendiri selepas kes tersebut. nak tahu?? hah tunggu cerita selanjutnya nanti.. heh

Selasa, 19 April 2011

Tv 999 : Skim Cepat kaya yang tiada kesudahannya

by SAY NO to MLM on Monday, 04 April 2011 at 17:53
apa dah jagi pokcik???
1. Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya’ yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/ dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid.

2. SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

3. SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya’ yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan.

4. Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM .
Untuk maklumat lanjut lawati laman sesawang: Suruhanjaya Koperasi Malaysia

To: "Harian Metro" tempat untuk Syarikat MLM membiak & penipu orang ramai??

by SAY NO to MLM on Tuesday, 05 April 2011 at 10:37
 
Assalamuaikum... & salam 1 Malaysia. kepada Warga Facebook yang saya hormati,harap anda sihat selalu.
Cherite kali ini berkenaan surat khabar yang dah takda apa2 info berita & faedah kpd Masyarakat tapi asyik buat duit dengan jual iklan je.. antaranya surat khabar "Harian Metro" tempat untuk Syarikat MLM membiak & penipu masyarakat Malaysia. 

Aku adalah peminat akhbar Harian Metro No.1. (betul ke No.1?) semakin hari aku rasa akhbar ini asyik mengiklankan Syarikat-syarikat yang berunsur skim cepat kaya & MLM. Produk pulak tah apa-apa tah... iklan pun terang2 cakap anda bole cepat kaya.. duit masyuk macam peluru.heheheh.. ada plak Badut yang buat kelas/seminar keusahawanan.Entah lar... makin hari makin banyak helaian atau ruang muka surat Metro dibanjiri dengan iklan MLM & Skim Cepat Kaya. Rasa rugi je beli Hmetro. Aku sampai naik meyampahhh!!

Kawan2 aku( wartawan) yang keje kt Hmetro pun naik menyampah kerana ada syarikat MLM nie sengaja mempergunakan Hmetro untuk memperdaya org ramai bila syarikat mereka masuk surat khabar. Sapa tak percaya... masuk paper beb!! Pihak Pengurusan tahu tapi buat-buat tak tahu je janji masuk duit!! 
ini lagi iklan dari Hmetro
koraNG  tengok jelah info kat bawah nie.. Syarikat MLM mempergunakan surat Khabar untuk promosi Produk mereka yang tidak berkualiti. Ayat Paling "TERSIAR DALAM HARIAN METRO ----- DAN IANYA ADALAH SYARIKAT YANG SAH"

lihat contoh2 badut: 

p/s: harap2 pihak berkuasa ambil tindakan ke atas akhbar yang tidak bertanggungjawab menyiarkan peniagaan ala-ala Skim Cepat Kaya & MLM.

ini yang Hmetro bangga sangat
Harian Metro kaya dengan iklan bukan kaya dgn infomasi
ini lagi iklan dari Hmetro