Pengikut

Arkib Blog

Sabtu, 31 Julai 2010

Wanita rugi RM1.2j labur dalam firma antarabangsa



Wanita rugi RM1.2j labur dalam firma antarabangsaOleh Mohd Roji Kawi, Suzan Ahmad, Hafizah Iszahanid dan Adli Shahar
bminggu@bharian.com.my
2010/08/01

Ada MLM jalankan kegiatan menjurus kepada skim cepat kaya 

KUALA LUMPUR: Seorang usahawan wanita mendakwa rugi lebih RM1 juta dalam masa setahun gara-gara melabur dalam sebuah syarikat antarabangsa, kononnya memberi keuntungan berlipat ganda.
Mangsa dari Kuching berusia awal 40-an yang enggan mendedahkan identitinya, berkata pada mulanya beliau yakin pelaburan dalam syarikat yang mendakwa menjalankan perniagaan hartanah itu akan memberi pulangan lumayan.
Bagaimanapun, akhirnya beliau menyedari menjadi mangsa penipuan apabila wang yang dilaburnya itu ‘hangus’ dan syarikat terbabit dikatakan tidak wujud lagi. 

“Saya diminta memasukkan wang ke dalam akaun syarikat berkenaan setiap tiga bulan, sepanjang tahun lalu. Disebabkan yakin, saya meningkatkan jumlah pelaburan sehingga RM400,000 setiap kali memasukkan wang ke dalam akaun syarikat berkenaan, menjadikan jumlah pelaburan saya mencecah RM1.2 juta,” katanya. 

Beliau yang kecewa selepas menyedari tertipu membuat laporan polis terhadap syarikat berkenaan, bagaimanapun sehingga kini gagal mendapatkan semula wang yang dilaburkan itu. 

Sementara itu, seorang pelabur yang dikenali sebagai Ati, 29, berkata dia membuat pinjaman bank sebanyak RM41,000 untuk menyertai skim cepat kaya dan kini perlu membayar RM480 sebulan bagi menjelaskan hutang itu. 
Beliau berkata, ‘upline’nya berjanji pinjaman banknya boleh dilangsaikan dalam masa tujuh bulan jika berjaya mencari lima ‘downline’, sekali gus boleh mendapat keuntungan. 

“Saya dalam usaha mencari pendapatan tambahan ketika itu dan keuntungan lumayan yang dijanjikan syarikat itu ditambah bukti yang ditunjukkan ‘upline’ lain seperti penyata bank dengan pendapatan melebihi lima angka sebulan meyakinkan saya,” katanya. 

Ati berkata beliau mula rasa ditipu apabila seorang kawan yang menyertai skim itu menyatakan lesen perniagaan syarikat terbabit sudah tamat tempoh pada 14 Jun lalu apabila diperiksa di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 

Penipuan yang dilakukan skim terbabit membawa kepada kewujudan kumpulan di laman sosial Facebook, iaitu Gerakan anti-Friends Club yang mempunyai 10,746 pengikut setakat malam tadi. Kumpulan terbabit dibentuk orang ramai yang mendakwa menjadi mangsa penipuan skim berkenaan dan mahu mendedahkannya. 

Mereka mendakwa empat kumpulan iaitu Friends Club, Family Club, Club Star, dan Super Team bergabung diterajui syarikat MLM (pemasaran berbilang peringkat) yang menjalankan kegiatan menjurus kepada skim cepat kaya. 

Timbalan Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Daud Tahir berkata, sumber risikan kementerian itu mendapati ada syarikat jualan langsung yang dibatalkan lesen kerana penipuan pelan perniagaan muncul semula dengan nama berbeza. 

Pengarah Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Sha’ani Abdullah pula berkata, taktik merekrut downline dengan menjanjikan golongan berpendapatan rendah dan terdesak pulangan berganda dalam masa singkat sering menjadi modus operandi syarikat perniagaan berteraskan pelan perniagaan bertingkat (MLM). 

Polis ambil alih laman web skim cepat kaya

KUALA LUMPUR 29 Julai – Laman web sebuah skim cepat kaya yang ditumpaskan di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini kelmarin diambil alih oleh polis bagi mengesan mereka yang teraniaya dalam skim berkenaan.
Pegawai Jabatan Siasatan Komersial Ibu Pejabat Bukit Aman, Supritendan Ahmad Noordin Ismail berkata, polis terpaksa mengambil alih laman web berkenaan selain meminta pelanggan yang terlibat dalam pelaburan itu tampil memberi kerjasama.
“Setakat ini, kita telah dapat berhubung dengan beberapa pelanggan yang terlibat dan mereka telah bersetuju untuk memberi keterangan.
“Berdasarkan keterangan daripada semua mangsa yang terlibat, kita akan dapat mengetahui jumlah pelaburan yang dikumpul oleh sindiket itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan polis berjaya menyelamatkan seramai 80 orang daripada turut terlibat melaburkan wang terhadap sebuah skim cepat kaya yang aktif di Lembah Klang ketika ini.
Seramai 59 agen skim tersebut ditahan ketika sedang memberi taklimat di Mentari Court, Bandar Sunway.
Turut dirampas, 18 buah kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes-Benz yang dijadikan modal untuk meyakinkan pelabur baru.
Ahmad Noordin memberitahu, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan berhubung individu lain yang terlibat dalam skim berkenaan.
Jelas beliau, tempoh reman selama tiga hari yang akan tamat esok terhadap 59 agen itu mungkin akan dilanjutkan sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ciri MLM berunsur tipu akan disenarai Oleh Faridzwan Abdul Ghafar



Ciri MLM berunsur tipu akan disenaraiOleh Faridzwan Abdul Ghafar

2010/07/30


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan 10 ciri perniagaan multi level marketing (MLM) berasaskan skim piramid untuk rujukan supaya orang ramai tidak terpedaya dengan skim cepat kaya.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penyenaraian ciri berkenaan membolehkan orang ramai melindungi diri mereka daripada ditipu oleh syarikat jualan langsung, yang menjalankan perniagaan mengikut prosedur skim piramid.
“Antara ciri yang patut diketahui semua orang ialah penjualan produk dengan harga yang tidak munasabah, mengutamakan pencarian ‘downline’ serta pembayaran yuran mahal untuk menyertai aktiviti jualan langsung anjuran syarikat terbabit.
“Kerajaan serius dan berharap orang ramai dapat merujuk serta memberi perhatian kepada 10 ciri perniagaan MLM berasaskan skim piramid seperti yang kementerian senaraikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azmi Ariffin.

Ismail berkata, KPDNKK tidak akan berkompromi dengan pengusaha syarikat jualan langsung yang mengamalkan skim piramid dalam urusan perniagaan mereka.

“Kita akan mengambil tindakan tegas menanganinya dan usaha ini akan sentiasa berterusan dengan kerjasama pihak polis. 
“Pengusaha yang disyaki melakukan jenayah berkenaan akan digantung lesen operasi mereka sementara siasatan dijalankan dan lesen mereka akan ditamatkan serta-merta jika didapati bersalah,” katanya. 

Wanita dalang sindiket cepat kaya dikenal pas

Wanita dalang sindiket cepat kaya dikenal pasti
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2010/07/30

KUALA LUMPUR: Sindiket skim cepat kaya yang ditumpaskan polis di Mentari Court, Bandar Sunway, malam Selasa lalu, didalangi seorang wanita berusia 20-an yang dikatakan memperoleh kekayaan melebihi RM10 juta sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, suspek wanita itu adalah ahli serpihan sebuah syarikat jualan langsung (MLM) lain yang diharamkan pada akhir tahun lalu kerana menjalankan pelan pemasaran berbentuk skim piramid.

Suspek dipercayai menjadikan asetnya seperti kereta dan kediaman mewahnya sebagai umpan bagi mempengaruhi mangsa selain memberi motivasi kepada ‘downline’ untuk menambah ahli skim berkenaan.
Selain kereta dan kediaman mewah, suspek dikatakan turut menjanjikan percutian ke luar negara sebagai imbuhan kepada mereka yang berjaya mengutip wang pelaburan melebihi kuota ditetapkan.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata polis sudah mengenal pasti suspek itu dan pergerakannya sedang dipantau.

“Siasatan sedang dijalankan, bagaimanapun kita tidak akan bertindak terburu-buru. Kita akan mengumpul bukti yang secukupnya sebelum tindakan lanjut diambil.

“Suspek turut menggunakan laman sosial dan laman sembang untuk menarik perhatian orang ramai kononnya mereka yang memasuki skim itu mampu meraih pendapatan tinggi dalam tempoh singkat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Selasa lalu, polis menumpaskan sindiket skim itu yang menyasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway dekat sini.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes-Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu.

Seratus ‘upline’ skim itu yang berusia 20 hingga 30-an ditahan ketika mengadakan pertemuan di restoran berkenaan dan daripada jumlah itu 50 lelaki dan sembilan wanita direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, sindiket itu menawarkan skim pelaburan antara RM2,000 hingga RM41,000 dengan ahli disyaratkan mencari 10 ‘downline’ bagi mendapatkan pulangan modal, selain keuntungan lumayan setiap bulan.

Mengulas lanjut, Rohaimi berkata, tempoh reman semua suspek berakhir hari ini, namun siasatan terhadap mereka akan diteruskan.

Rabu, 28 Julai 2010

Jerat Cepat Kaya : Kereta Mewah Pancing Mangsa

59 ditahan, sindiket skim cepat kaya terbongkar


59 ditahan, sindiket skim cepat kaya terbongkar

28/07/2010 7:54pm


KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Rohaimi Md Isa berkata sindiket yang meminta para pelabur membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.
Beliau berkata kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan “Operasi Serama” yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.
Katanya 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap higher level atau upline dalam sistem piramid yang dianjurkan itu, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.
"Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk ”mengumpan” orang ramai menyertai skim ini,” katanya.
Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.
"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta-kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman,” katanya.
Menurut beliau modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai downline bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.
Rohaimi berkata bagaimanapun orang ramai menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah downline yang disasarkan.
"Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran-restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan upline bagi membincangkan perniagaan mereka.
"Kami terima dua laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan,” katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak tiga bulan lepas.
Beliau berkata, kesemua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Rabu, 21 Julai 2010

Skim cepat kaya berselindung disebalik 'suruhan agama'

SKIM cepat kaya menarik minat orang ramai menyertainya kerana dipercayai cara mudah untuk mendapat kekayaan. Pelabur dijanjikan pulangan lumayan.Pelbagai nama skim cepat kaya menarik pelaburan tinggi dicipta untuk mereka yang ‘bodoh’ dan ‘tamak’. Cita-cita mendapat kekayaan tidak menjadi kenyataan, sebaliknya bala kemiskinan dan kesusahan terpaksa ditanggung.

Daripada laporan, ramai pelabur tertipu sehingga setiap seorang kerugian mencapai puluhan ribu ringgit. Ramai yang mencagarkan kereta, rumah dan mengeluarkan simpanan semata-mata ingin membuat pelaburan.

Kisah penipuan skim cepat kaya memang diketahui ramai. Malangnya ramai yang masih tidak mengambil iktibar. Mereka seperti ‘rela’ ditipu. Ini kerana cara skim cepat kaya sentiasa ‘disesuaikan’ dengan memasukkan elemen yang mudah dipercayai oleh orang ramai.

Ada skim cepat kaya dijalankan dengan menyalahgunakan lesen perniagaan jualan langsung. Barang yang disebut dalam perniagaan itu hanya untuk mengelirukan bakal pelanggan.

Keuntungan jualan yang diperolehi tidak masuk akal. Membeli barangan sekitar RM100 (harga barang sebenar sekitar RM10), tetapi akan mendapat keuntungan sehingga lebih RM1,000 jika berjaya mempengaruhi sejumlah pelanggan baru.

Jumlah keuntungan yang didakwa sebenarnya diambil daripada pelaburan peserta baru (harga barang yang dinaikkan berkali ganda) untuk diberikan kepada peserta di atas (penaja) yang disebut sistem priamid. Sebab itu peserta awal menyertainya akan mendapat keuntungan besar. Sebaliknya, padah terpaksa ditanggung oleh peserta kemudian.

Disebabkan ingin mendapat untung, ramai membeli barang itu biarpun tidak memerlukannya. Nilai barang dan kegunaan tidak lagi diambil kira. Apa menarik ialah pulangan bakal diperolehi.

Kebanyakan peserta memang sudah mengetahui keadaan itu. Sebab itu ramai berlumba-lumba menyertai setiap skim baru. Mereka mengharapkan ‘sokongan’ peserta baru untuk mendapat keuntungan. Nasib peserta baru itu sudah ‘ditakdirkan’ akan rugi. Itu dikira nasib.

Islam menghalalkan perniagaan. Bagaimanapun mana-mana perniagaan yang wujud unsur penipuan dan meragukan adalah diharamkan. Hasil keuntungan daripada perniagaan haram adalah haram.

Hukum itu jelas dalam sistem piramid. Sistem itu hanya menguntungkan pihak atas dan merugikan pihak bawah. Ia banyak membabitkan unsur penipuan dan helah. Jika ada barang diniagakan, itu hanya helah. Penindasan, mendedahkan kepada keadaan merugikan, penipuan dan helah semuanya diharamkan dalam Islam.

Berlainan dengan perniagaan, biarpun ada kemungkinan rugi, ia dijalankan secara dibenarkan. Untung ruginya berdasarkan kecekapan urus niaga dan faktor lain yang berkaitan. Sebaliknya, keuntungan skim cepat kaya berdasarkan tipu muslihat dan penindasan. Maka hasil skim cepat kaya ternyata haram.

Selain skim yang dijalankan pelaburan secara terus, ada juga yang disebut skim sumbangan dan sedekah. Skim ini banyak merebak secara surat. Ia kononnya diasaskan bertujuan tolong-menolong dan sedekah.

Jika difikirkan tujuannya, perkara itu memang baik. Sesiapa yang menyertainya dianggap saling menolong. Sebab itu, skim ini banyak berselindung di sebalik ‘suruhan agama’. Banyak skim didakwa demi kebaikan dan kejayaan umat Islam.

Maka, dalam mempengaruhi orang ramai menyertainya, kandungan surat itu disertakan potongan ayat al-Quran dan hadis yang menggalakkan amalan tolong menolong dan bekerjasama. Sesiapa menyertainya dianggap telah bersedekah, menolong atau memberi kebaikan kepada orang Islam.

Maka sesiapa menyertainya bukan saja bakal mendapat keuntungan dalam bentuk wang, malah balasan kebaikan daripada Allah. Sesiapa tidak mahu menyertai skim itu dianggap anti Islam dan tidak mahu berjihad ke jalan Allah. Mereka juga didakwa kedekut dan tidak bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah.

Dalam surat yang disertakan, kadang kala sehingga lima muka surat, turut disertakan kisah mereka yang menerima kebaikan daripada skim itu. Dinyatakan kesyukuran dan ucapan terima kasih daripada mereka yang telah memperolehi kebaikan daripada skim itu. Ibu tunggal, keluarga miskin, pelajar miskin dan sebagainya dikatakan telah banyak menerima faedahnya.

Benarkah berita baik itu? Jika benarnya, rasanya sudah ramai tampil secara terbuka. Apa yang dicatatkan hanya pengakuan dan tidak ada maklumat lain. Rumusannya, ia hanya direka-reka untuk mengelirukan orang ramai supaya turut mempercayai dan menyertainya.

Skim melalui surat ini ada dua pendekatan. Pertamanya, ada pihak yang menjadi penganjurnya. Setiap peserta perlu ‘mendaftar’ dengan penganjur. Kegiatannya dikawal oleh penganjur itu.

Penganjur ini ada yang berdaftar sebagai syarikat jualan langsung atau pendaftaran syarikat yang sah. Apa yang tidak sahnya cara operasi atau menyalahi undang-undang Akta Jualan Langsung 1993 atau Akta Bank Negara dan Institusi Kewangan 1989, yang mana berkenaan.

Cara kedua ialah tanpa wujud penganjur. Ia dicetuskan oleh seseorang sebagai surat berantai dan kemudian terus berkembang. Peserta memberi ‘sedekah’ atau sumbangan antara mereka.

Cara kedua sebenarnya lebih banyak. Ia berkembang dengan mudah kerana pelaburan yang diperlukan relatif rendah berbanding cara pertama. Pelaburan biasanya sekitar RM10 saja. Malah ada sumbangan diperlukan hanya RM1.

Cara memberi sumbangan biasanya dibuat melalui bank atau kiriman wang. Jika sumbangan melalui bank, peserta perlu menyertakan nombor akaun bank yang telah ditetapkan. Kaitan pihak bank (sebenarnya tidak mempunyai apa-apa hubungan) menyebabkan ramai yakin ia satu program diluluskan oleh kerajaan.

Mengapakah skim ini terus berleluasa. Benarkah ia sebagai tujuan bantu membantu? Cara ini dikenal pasti anjuran mereka yang sengaja melahirkan masyarakat yang malas, tetapi ingin cepat kaya.

Skim itu menyebabkan ada orang begitu yakin akan kaya melaluinya. Ada yang tamak bukan saja membuat 12 salinan, bahkan ada hingga beratus-ratus salinan. Agak banyak juga wang digunakan. Mereka yakin dengan membuat lebih banyak salinan, maka lebih kayalah.

Sebab itu ada yang sanggup berbelanja lebih mengiklankan skim itu dalam akhbar. Semuanya disebabkan sikap tamak. Selepas itu mereka memasang angan-angan kosong. Ada yang sudah awal-awal lagi membeli secara kredit atau sewa beli barangan yang akan dibayar menggunakan wang yang bakal diperolehi nanti.

Ada peserta yang begitu yakin sehingga sanggup berhenti kerja, walhal kalaupun menyertai skim itu tidak mendatangkan masalah kepada kerja yang dilakukan. Tetapi, disebabkan yakin dan hendak menunjukkan bahawa dia akan kaya dan senang-lenang bukan kerana hasil kerjanya sekarang.

Justeru, umat Islam tidak wajar menyertai apa pun bentuk skim yang dijanjikan pulangan lumayan dengan hanya sedikit usaha. Alasan demi kepentingan umat Islam seperti yang didakwa hanya perbohongan. Sebaliknya ia diada-adakan bagi melahirkan masyarakat yang berfikiran dan bersikap negatif.

Semua orang yang kata skim pelaburan ini tipu…… adalah penipu!!!!!

Notes>>>Ayat orang-orang yg tak boleh terima kenyataan hakikat FriendClub,One Community Worldwide,Micro Macro Business,SGN,Unstopbebal,Hyprobulksms,Login FB dapt 100,& Skim-Skim Piramid yang ntah hapa2 nama lagi yg sama waktu dengannya sebagai Scam..

Info Pengguna - Skim Cepat Kaya
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=457&ac=551&lang=bm
Sumber Bank Negara.(kalau budak friend club mana ader pedulik dah ni..web KPDNKK pun diorg cakap GAFC yang ubah suai...aku nak tanya..yg join lain2 tu ada fikir camtu jgak ker)


>>>Apabila anda mengetahui tentang sejarah skim pak man telo ini, anda boleh lihat, sejarah ini sedang berulang pada masa ini. Bagaimana orang ramai yang menyertai skim ini, sanggup mempertahanan skim ini mati-matian. Bagi mereka, semua orang yang kata skim pelaburan ini tipu…… adalah penipu. Tidak kiralah orang itu makcik kantin ke, tukang kebun ke, penoreh getah ke, doktor ke, penasihat kewangan ke, mufti ke ataupun jutawan sebenar pun! Jika orang itu kata skim pelaburan yang mereka sertai itu adalah tipu.. bagi mereka, orang yang cakap itulah yang penipu. Mereka akan kata, orang tersebut busuk hati, dengki, tak boleh tgk orang senang dan orang yang cakap skim pelaburan mereka sertai itu tipu, tidak tahu apa-apa kerana mereka belum masuk dan sertai lagi pelaburan itu.

Ho! ho!.. satu alasan yang sungguh kurang bijak!…

Anda tidak perlu terjun dari bangunan untuk mengetahui bahawa jatuh bangunan itu adalah sesuatu yang menyakitkan dan boleh membawa maut. Anda tidak perlu membiarkan diri anda di patuk ular, untuk mengetahui dipatuk ular itu adalah sesuatu yang menyakitkan. Dan anda, tidak perlu menjilat tahi, utuk mengetahui tahi itu busuk.

Sejarah pak man telo sudah mengajar, jadi mengapa perlu biarkan ia berlaku sekali lagi? Anda boleh lihat bagaimana orang ramai kehilangan wang berpuluh-puluh ribu di dalam skim pak man telo dahulu.. dan situasi dulu, saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku sekarang.

Apa yang paling pelik, jika seseorang penasihat kewangan dan jutawan yang boleh menjadi jutawan kerana kebijaksanaan mereka menguruskan wang serta pelaburan mereka serta bijak mengendalikan dana-dana pelaburan di bank. Turut dituduh tidak tahu apa-apa tentang skim mereka. Oh! Jika orang tersebut boleh menguruskan pelaburan serta dana-dana di bank.. memahami segala selok belok urusniaga perdagangan dan instrument pelaburan yang ada di dunia ini, saya tidak nampak mengapa mereka tidak boleh faham dengan skim pelaburan anda.

Jadi… sudah-sudahlah, berhentilah dari menyertai dan mengajak orang ramai menyertai scam pelaburan internet ini!

Kalau scam, kenapa saya masih dapat wang tiap2 bulan tepat pada masanya?

Helloooo…. do you know what is “scam” means?

Scam di dalam kamus oxford bermaksud “dishonest plan to making money”, atau dalam bahasa melayunya, suatu rancangan yang tidak jujur di dalam membuat duit, lihat perkataan yang di “bold”kan itu.. ia adalah “rancangan”…

Jadi… apabila saya menyeru, jangan sertai sesuatu pelaburan itu, kerana ia adalah scam.. ia bermaksud, jangan sertai pelaburan tersebut, kerana ia adalah merupakan satu rancangan yang tidak jujur yang berniat untuk menipu wang anda.

Tetapi, yang sedihnya, ramai orang yang salah faham dengan maskud scam ini. Bagi mereka, selagi website tersebut membayar mereka, maka, ia bukanlah scam. Ia hanya akan dikatakan scam apabila website tersebut sudah tidak membayar mereka lagi…

Sekali lagi…. helllooooo…. itu dipanggil “fraud” bukan lagi “scam”.

Scam = rancangan jahat untuk menipu wang anda ( pada fasa ini, mereka akan memberikan anda maklumat yang tidak jujur tentang bagaimana wang anda akan berganda, kononnya, offshore investment, commodity, warrant dan apa2 sahaja nama yang pelik dan sedap didengar, dan yang pastinya, anda tidak tahu apa-apa pun mengenainya) = masih membayar, bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai lagi mangsa

Fraud = penganjur cabut lari (dilakukan selepas kuota mangsa & keuntungan mereka sudah mencukupi atau sistem mereka sudah tepu dan tiada lagi mangsa baru yang dapat dicari) = tidak lagi membayar anda

Itulah kesilapan yang seringkali dilakukan oleh orang-orang tamak yang pemalas tetapi mahu kaya. Mereka sangkakan, yang “fraud” itu scam.. dan yang “scam” itu adalah jujur dan murni. Dan pihak yang jujur dan murni di dalam menegur mereka, di panggil pula sebagai pendengki, busuk hati, bodoh, tak tahu apa-apa dan sebagainya. Oh! Sadisnya…

Nota Ulangan: Scam bermaksud suatu rancangan yang berniat jahat untuk menipu wang anda, ia bukan bermaksud.. “website yang tidak membayar”, usah terkeliru. Manakala, website yang sudah tidak membayar pula, dipanggil “fraud” bukan “scam” lagi. Dan apabila fasa “fraud” ini berlaku, masa itu, barulah anda akan tahu, betapa bijak & jujurnya orang yang menegur anda sebelum ini.. tetapi, pada waktu itu, anda sudah terlambat.. wang anda sudah pun lesap

Dipetik drpd:
http://www.mohdsuhaimy.com/2007/03/26/pelaburan-internet-scam/

...Dah bila tak dapat cekau dah duit orang bawah maka keluarlah ayat Kami Tak Tipu. Malah Kami dItipu.... >: - (

Isnin, 12 Julai 2010

Mulut Manis tapi Lepas Join Lepas Tangan - Realiti Dunia Penipuan One team

Manusia mencari peluang utk mengubah taraf hidupnya,
Fc hebat memperdaya ramai org, dengan mudah memperdaya Fc hanya berkata :- 

Sebelum Join FC:"

"Fc sebuah Partime Bukan MLM Penipu, U join jamin u dapat bayar Loan U dengan Cash dalam masa 6bulan, Cuma Ajak Kawan kami Jamin Semua kawan u Join FC, jgn risau Kita One Team tolong Menolong Semua Partner, U tgk semua kereta (sambil menunjukkan kereta mewah) ini dalam masa setahun sahaja u boleh pakai ma......."

3bulan selepas Join ,FC kata :

"u yang malas, jgn nk salahkan kami, u sendiri tak ikut sistem, apa kami suruh u tak buat, mcm mana mahu berjaya, kan saya kata hari2 ajak kawan minum/belanja lepas tu dtg sini terus,u tak pandai pancing kawan u sendiri, so salah sapa? u punya salah laa!!! !"Kan saya suruh u datang semua event/NDO, setiap malam u kena datang dgr sharing ma...., knp u tak dtg??" u sendiri ikut kepala otak u sendiri...!!kan saya kata u behenti kerja sahaja laaa kan senang fokus ikut kami ke Putrajaya utk cari Prospek!!! u yg masih degil xdgr kata kami...!!"


=Sistem yang memaksa orang
=Sistem Menindas Orang
=memaksa menipu kawan sendiri / Family sendiri
=memaksa utk pergi ke setiap event / NDO
=Malam-malam kena datang
=memaksa utk berhenti kerja
=memaksa utk pergi ke setiap event yg di ajurkan.


* Duit utk ke event + Tenaga + Masa bersama Family+kos Minyak+belanja makan/minum (semua ditangung sendiri oleh partner) 


Modal yg dikeluarakn bukan pada RM41K!!!! TAPI MELEBIHI 41K!!!!!! jadi renung-renungkan............

SAY NO TO ONE TEAM

Sabtu, 10 Julai 2010

FRENIENDS CLUB 8282

SILA LAPOR JIKA ANDA TELAH MENJADI MENJADI MANSA PENIPUAN KEPADA PIHAK BERWAJID


JIKA ANDA MANGSA PENIPUAN DARI ONE TEAM ATAU LAIN-LAIN MLM LAIN SILA LAPORKAN KEPADA :

1) POLIS DIRAJA MALAYSIA :

* BERI NAMA PIHAK YANG MENIPU ANDA
= SERTAKAN NO TELEFON / ALAMAT / KAD PENGENALAN
(JIKA ADA SIMPAN SILA BAWA)


2) SILA DATANG KE PEJABAT KPDNKK BERDEKATAN ANDA ATAU TERUS EMAIL ADUAN ANDA KEPADA :

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fe-aduan.kpdnkk.gov.my%2F&h=c1c83nt8w_JyIJ0aI12k5luRL0Q

KPDNKK 
NO 13 PERSIARAN PERDANA,
PRESIT 2, 62623 PUTRAJAYA , MALAYSIA

HOTLINE : 1800-886-800
TEL : 603 - 88825500
FAX : 603- 88825762



3) BIRO-BIRO ADUAN TERSEBUT IAITU :


* BIRO PENGADUAN AWAM :-
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fapps1.pcb.gov.my%2FeApps%2Fbpaiaducmpl%2FAduCmplPublic%2Fadd.do%3FaplCode%3Den&h=c1c83GABLqwMyAUjOaabH_twUkw

* TRIBUNAL :-
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fttpm.kpdnkk.gov.my%2Fportal%2Findex.php%3Foption%3Dcom_content&h=c1c83Kmn1bYFogKjPERDUmC2wzw

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2,
No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62623 Putrajaya.
Toll Free : 1-800-88-9811 
Telephone No. : 03-8882 5822 
Fax No. : 03-8882 5831


* FOMCA :-
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.nccc.org.my%2F&h=c1c83n1DpTObmpxlIK-CZNT8nqg



4 ) JIKA MELIBATKAN DEPOSIT TANPA LESEN 

(SERTAKAN SLIP DOKUMEN BERKAITAN 
CTH : SLIP BANK YANG TELAH ANDA DEPOSITKAN WANG KEPADA PIHAK YANG MENIPU ANDA)

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.bnm.gov.my%2F&h=c1c83j-ACErLBQmHsRxweKIsxTQ

Tel.: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Fax: 03-2174 1515
SMS to 15888: BNM TANYA [your report / query]
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

Ground Floor, D Block,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn 
50480 Kuala Lumpur 

Operating Hours: 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Monday - Friday)