Pengikut

Arkib Blog

Rabu, 7 Julai 2010

10 sebab kenapa Melayu sanggup Membela Aktiviti Penipuan

Adakah anda selalu tanya, kenapa ramai melayu sanggup membela aktivity penipuan seperti, One Team, Friends Club, Star Club, Family Club dan lain-lain scam penipuan di Malaysia?

1. Mereka dilatih untuk menjawap - Ada perasan yang jawapan mereka semua hampir sama? Ya.. mereka diberi kelas latihan dari awal-awal lagi bila mereka join sebagai member. Kelas-Kelas ini akan berterusan dengan "sharing-sharing" taktik bercakapan dari upline dan ketua-ketua mereka.
2. Kekurang pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan - Ia amat jelas sekali dari jawapan mereka. Hampir 99.99% dari mereka TIADA pengetahuan perniagaan, ini juga termasuk ketua-ketua mereka sekali. Yang pelik sekali taktik mereka biasanya memputar pelit hakikat bisnes untuk keuntungan mereka sendiri.
3. Jatuh terlalu dalam di lubang arnab - Bila sampai tahap ini mereka sudah terlalu dalam walaupun mereka tahu apa yang mereka buat adalah salah. Tetapi dengan wang yang telah banyak telah dilabur, mereka hanya ada satu jalan sahaja, terus berterusan dengan penipuan.
4. Keserakahan dan selalu mencari cara paling mudah untuk kekayaan - Orang macam ini adalah dikalifikasi "selfish", hanya pentingkan diri sendiri dan kekayaan dunia sahaja. Penipuan dan scam biasanya bukan satu isu asalkan boleh dapat untung sahaja. Mereka juga selalu menusahkan ahli keluarga dan kawan-kawan sekeliling mereka.
5. Mudah ditipu tanpa kajian - Kebodohan mereka sendiri biasanya ditutup dengan pelajaran yang dibagi oleh upline dan ketua-ketua scam mereka. Tanpa apa-apa kajian mereka percaya sahaja apa yang diajar secara terus. Tidak pernah dengar GOOGLE ke? Atau buat la panggilan ke pihak berkuasa untuk dapat matlumat sebelum buat apa-apa keputusan. Itu pun tak erti?
6. Selalu mengadar buku dari sampulnya - Selalu melihat permukaan sahaja dan tidak perhatin dan menyedari sekitarnya.
7. Mudah merangsang - Orang macam mereka, tunjuk kereta sport, beg LV dan wang kat muka mereka sudah cukup. Mereka boleh jadi jadi hamba kepada sesiapa pun yang diklasifikasi sebagai "berjaya" walaupun perlu melibatkan diri dalam penipuan dan scam.
8. Tidak boleh membezakan kebenaran dan penipuan - Oleh sebab kekurangan atau tiada pengetahuan tentang bisnes, ketua mereka senang menyembunyikan kebenaran dari mereka.
9. Program cuci otak berterusan dijalankan oleh tuan mereka - Program cuci otak adalah berterusan setiap hari, malahnya setiap jam untuk buat mereka kabur dengan realiti dan hanya tahu satu sasaran sahaja, CARI PROSPEK!
10. Apa yang mereka lakukan adalah benar - Oleh sebab program cuci otak yang mereka terima setiap jam. Mereka selalu fikir yang apa yang mereka buat adalah benar, walaupun ada undang-undang yang kata sebaliknya. Biasanya mereka baca apa yang mereka hendak baca sahaja dan tutup satu mata atas isi-isu yang tidak berpihak kepada mereka.

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam