Pengikut

Arkib Blog

Sabtu, 31 Julai 2010

Ciri MLM berunsur tipu akan disenarai Oleh Faridzwan Abdul Ghafar



Ciri MLM berunsur tipu akan disenaraiOleh Faridzwan Abdul Ghafar

2010/07/30


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan 10 ciri perniagaan multi level marketing (MLM) berasaskan skim piramid untuk rujukan supaya orang ramai tidak terpedaya dengan skim cepat kaya.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penyenaraian ciri berkenaan membolehkan orang ramai melindungi diri mereka daripada ditipu oleh syarikat jualan langsung, yang menjalankan perniagaan mengikut prosedur skim piramid.
“Antara ciri yang patut diketahui semua orang ialah penjualan produk dengan harga yang tidak munasabah, mengutamakan pencarian ‘downline’ serta pembayaran yuran mahal untuk menyertai aktiviti jualan langsung anjuran syarikat terbabit.
“Kerajaan serius dan berharap orang ramai dapat merujuk serta memberi perhatian kepada 10 ciri perniagaan MLM berasaskan skim piramid seperti yang kementerian senaraikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azmi Ariffin.

Ismail berkata, KPDNKK tidak akan berkompromi dengan pengusaha syarikat jualan langsung yang mengamalkan skim piramid dalam urusan perniagaan mereka.

“Kita akan mengambil tindakan tegas menanganinya dan usaha ini akan sentiasa berterusan dengan kerjasama pihak polis. 
“Pengusaha yang disyaki melakukan jenayah berkenaan akan digantung lesen operasi mereka sementara siasatan dijalankan dan lesen mereka akan ditamatkan serta-merta jika didapati bersalah,” katanya. 

1 ulasan: