Pengikut

Arkib Blog

Rabu, 7 Julai 2010

Netword Marketing Dan Manfaatnya

Salam semua,


Tujuan tread ini dibuka hanya sekadar untuk perbincangan dan membetulkan salah anggap tentang konsep perniagaan multi level dan network marketing.


Secara peribadi, saya sendiri sangat anti-MLM suatu ketika dulu kerana tidak faham. Antara anggapan saya pada ketika itu,


1- MLM kaya kan orang atas
2- MLM kena jual-jual barang
3- MLM kena cari orang

Mungkin bagi rakan yang lain, ada sebab mereka tersendiri untuk anti dengan MLM (boleh kongsi di sini).Ramai juga yang negatif terhadap MLM setelah melihat KEGAGALAN orang terdekat mereka dalam bidang ini. Termasuk saya apabila melihat bapa sendiri yang pernah menceburi bidang network tetapi hasilnya tidak memberangsangkan.


Tetapi secara peribadi, salah anggap terhadap industri berkonsep Network Marketing adalah satu kerugian yang amat besar terutamanya kepada Masyarakat Melayu. Hasilnya, kerana inginkan pendapatan sampingan, ramai yang menyertai SKIM CEPAT KAYA.


Kita tidak boleh salahkan sesiapa yang tidak mahu sertai perniagaan/ peluang yang kita bawa kerana ramai yang kurang faham atau salah anggap terhadap industri ini. Saya cuba untuk perbetulkan salah anggap ini dan terpulang kepada rakan-rakan untuk menilainya.
Masalah salah faham ini turut diburukkan lagi oleh syarikat atau leader yang tidak bertanggungjawab dengan memanipulasi plan pemasaran semata-mata kerana mengejar keuntungan segera. Perbuatan ini banyak menyumbang kepada anggapan negatif masyarakat terhadap industri ini secara keseluruhan sehingga ada iklan terang-terang menulis, ini bukan MLM.


Sampai begitu sekali FOBIA rakyat Malaysia terhadap industri Network Marketing. Belum dikira syarikat yang buka beberapa tahun dan akhirnya tutup, ini menambahkan lagi persepsi buruk terhadap MLM.
Sebenarnya MLM (multi level marketing) adalah sistem perniagaan berbilang tingkat dan KONSEPNYA ialah NETWORK MARKETING (pemasaran secara rangkaian).


Jika faham konsep, kita akan faham bahawa ini ialah perniagaan yang disampaikan secara berangkai dari A kepada B, B kepada C dan seterusnya. Konsep yang juga dikenali sebagai dari promosi mulut ke mulut. Kaedah ini nyata lebih berkesan dari iklan konvensional yang memerlukan kos yang tinggi.


Sedari kecil ILMU ini sebenarnya telah dipraktikkan oleh setiap manusia tanpa kita sedari. Bezanya kita tidak pernah dibayar untuk membuat kerja mempromosikan sesuatu produk oleh penjual atau pengeluar produk tersebut.


Contoh : Masa jalan-jalan, anak kita nampak permaianan dan ingin kita belikan permainan tersebut. Selepas kita belikan, anak tadi bawa mainan tersebut bermain bersama rakan2nya. Apabila ditanya mana dibeli permaianan tersebut, si anak akan jawab di kedai A. Rakannya tadi akan minta pula bapanya belikan sambil menanggis2. Si bapa akur dan kedai A telah mendapat seorang pelanggan hasil promosi anak kita.


Hampir setiap hari kita kayakan ramai orang tanpa kita mendapat manfaatnya.


- Eh, pasaraya A ada promosi, baik ko pergi cepat, barang dia murah-murah.


- Ko cuba makan kat kedai tu, nasi ayam dia best giler, rugi tak cuba.


- Lawa tudung, mana ko beli. Ala aku beli murah je, kat kedai tuttt.


Persoalan saya, pernah ke semasa kita bayar di cashier selepas membeli atau makan, tokeynya suruh kita promosikan kedai mereka dan mereka akan beri komisen jika ada yang datang membeli disebabkan kita? Jika tiada, mengapa kita buat?


Setiap manusia tidak akan pernah miss melakukan perkara tersebut.

Selingan untuk jawab En. Mubin,


Salam,


Antara Soalan En. Mubin yang ingin saya jawab,


1- MLM mana yang baik dan tidak menipu
2- Pembahagian keuntungan
3- mengapa produk mahal
4- mengapa banyak mlm jual makanan kesihatan dan penapis air


1- Antara syarikat yang saya tahu baik selain 4Life ialah Amway, Cosway, CNI dan Tuppaware (banyak lagi, tetapi di luar pengetahuan saya).


2- Pembahagian keuntungan syarikat bergantung kepada marketing plan sesuatu syarikat. Antara cara kita boleh mengetahuinya dengan melihat laporan audit tahunan sesebuah syarikat. Kebanyakan syarikat yang telus akan membuat audit tahunan dan menyiarkannya.


3- Produk MLM biasanya mahal, dan saya tidak nafikan dan tidak pula mahu mengiakannya. Soal harga adalah sangat subjektif. Bagi saya, kualiti adalah salah satu faktor yang menentukan harga. Mungkin bagi anda mahal, tetapi tidak bagi yang telah dan sedang menggunakannya.


Tuppaware - produknya sangat berkualiti dan hampir tiada tandingan dengan produk yang dijual di kedai. Jaminan kualitinya adalah sepanjang hayat.


Amway, Cosway, CNI - Syarikat mlm berasaskan barangan kegunaan harian. Harganya sedikit tinggi tetapi setanding kualitinya. Contohnya jus buah-buahan dr Cosway, anda boleh cuba membeli jus yang dijual di kedai biasa bandingkan dengan jus dari Cosway. Slogan mereka biasanya ialah menjadi pengguna bijak (berbelanja dan mendapat faedah dari perbelanjaan mereka dalam bentuk kupon, rebat dan lain-lain).


4- Terdapat satu ramalan oleh pakar ekonomi dunia iaitu Paul Zane Pilzer. Ramalan beliau, 2010 di US, industri kesihatan (wellness) akan menjadi sebuah industri bernilai trillion dollar. Sesiapa membuat Network Marketing akan menguasai pasaran.
Baiklah, kita secara sedar atau tidak telah membuat MLM/ Network Marketing. Bezanya, dibayar atau semata dengan kerelaan diri dan dibuat secara percuma tanpa disedari. Jadi, mengapa kita tidak ubah TABIAT semulajadi kita kepada sesuatu yang mendatangkan hasil?


Banyak peluang yang disediakan oleh industri ini, dari menjana pendapatan sampingan sehingga ada yang mampu menjadi jutawan melaluinya. Jika Industri ini tidak bagus, saya percaya Donald Trump dan Robert T Kiyosaki pasti tidak akan mencadangkan kita menyertainya.


Siapa mereka? Mengapa mereka bergabung menulis buku 'Why We Recommend Network Marketing'? Nak tahu rahsia besar Network Marketing, bacalah buku tersebut. Barulah kita sedar bahawa industri ini adalah antara tempat terbaik untuk MELAHIRKAN JUTAWAN DARI KALANGAN MANUSIA BIASA dan ianya telah terbukti sejak sekian lama dan akan terus melahirkan lebih ramai Jutawan.


Masalah orang kita, apabila mendengar perkataan JUTAWAN, pasti ada yang sinis dan tersenggih-senggih. Cubalah cakap dengan kawan anda, AKU NAK JADI JUTAWANLAH. Perhatikan reaksi mereka.
Sebelum pergi jauh, saya ingin berikan satu lagi pendapat mengapa orang benci MLM/ Network Marketing.


Perkara ini saya sendiri turut rasakan walaupun saya menceburi bidang yang sama. Hasilnya saya membuat kesimpulan bahawa bukan sistem atau bidang perniagaan ini yang silap, tetapi pendukungnya.


Antara perkara yang saya benci dilakukan oleh pengiat industri ini ialah EGO. Mungkin tujuan asal sekadar memberi semangat atau cabaran kepada ahli atau bakal ahli, tetapi bila dilakukan secara berlebihan ia akan mengundang kebencian.


Sebagai contoh keegoan yang ditunjukkan oleh mereka yang digelar leader ialah menunjuk-nunjuk income mereka atau lebih malang income orang lain. Mencaci kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh orang lain. Merendahkan kemampuan orang lain yang belum sertai atau tidak mahu sertai mereka.


Saya sendiri rajin menghadiri perjumpaan/ taklimat syarikat lain semata untuk melihat gelagat leader satu2 kompeni selain untuk menyuntik semangat diri. Ada satu Dato' bila beri ceramah, hanya kekayaannya saja yang diceritakan hinggakan membuka kasut dan berkata, sebelah kasut ni je beharga RM2000, belum cerita kereta dll. Paling klasik ialah menceritakan kemiskinan lampau dan kehidupan sekarang, motivasi sebegini telah saya dengar sejak saya berusia 13tahun.


Tetepi tidak semua leader seperti yang saya nyatakan. Syarikat Network Marketing yang saya sertai terdapat juga leader yang menunjuk-nunjuk dan terdapat ramai yang tidak pernah langsung menceritakan income peribadi mereka. Bukan kerana sedikit, tetapi mereka lebih suka orang memikirkan sendiri apa yang MEREKA boleh perolehi, bukan apa yang LEADER sedang kecapi.


Oleh itu, saya menganggap bukan syarikat yang teruk, tetapi leader yang terikut2 stail ego leader terdahulu kononnya mereka tunjuk income sebagai bukti.
MALU,


Ramai yang mengetahui dan dalam Islam sendiri sering digambarkan bahawa 9/10 punca rezeki adalah dari sumber perniagaan. Tetapi mengapa ramai yang tidak mahu berniaga? Antara alasan biasa yang didengari ialah takde modal dan tak pandai.


Berapa modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan sehingga anda menyatakan tiada modal?


Siapa di dunia ini lahir-lahir terus menjadi pandai berniaga tanpa belajar?


Jadi, bolehkan alasan-alasan tersebut diterima?


Maaf cakap, rata-rata orang melayu tidak berniaga kerana MALU. Malu yang tidak bertempat dan amat merugikan diri, keluarga, bangsa dan agama. Di mana silapnya apabila Idola Umat Islam sendiri Berniaga tetapi tidak diikuti oleh orang yang menyanjunginya. Saya ingin menyeru rakan forum agar mulalah berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan secara sambilan tanpa menjejaskan pekerjaan harian sedia ada. Abaikan IKLAN yang menyatakan tidak perlu jual-jual barang kerana ia terang-terang melanggar praktik berniaga (kecuali yang disediakan adalah perniagaan berbentuk perkhidmatan).

Bagaimana nak berniaga dengan modal yang kecil?


Terdapat banyak cara untuk memulakan perniagaan. Sebenarnya modal bukanlah masalah yang besar tetapi KEMAHUAN perlu besar. Saya sendiri boleh menyediakan peluang untuk mereka yang benar-benar berminat dengan bermodalkan kurang dari RM500. Tanpa perlu menyewa kedai dan sebagainya.


Apa yang perlu hanyalah KEMAHUAN untuk berubah dan belajar. Produk boleh dijual kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Keuntungan insyaAllah lumayan dan produk mampu dibeli oleh sesiapa sahaja.


Apabila kita mula berkongsi peluang dengan yang lain pula, ada imbuhan lain yang menanti. Hebatkan bisnes secara rangkaian. Istilah mengkayakan orang atas amat tidak tepat untuk dikaitkan dengan Network Marketing. Semua yang menyertainya pasti mendapat manfaat.


Contoh : Anda sertai perniagaan Network Marketing dengan modal RM220 dan anda dibekalkan 10 set produk satu set RM22.00 dan jual RM35.00 (harga disyorkan RM39.90). Produk anda jual dan mendapat keuntungan sebanyak RM130. Rugi atau untung? Dapat tambah pendapatan atau tidak? Jika anda buat lebih, lebih lah anda dapat. Jika anda bantu orang lain untuk mulakan perniagaan, anda pasti mendapat manfaat lebih besar dan sambil itu dapat pula membantu orang lain mencari sumber pendapatan. Inilah konsep Pemasaran Berangkai (Network Marketing).


(Hubungi saya untuk keterangan lanjut berkenaan perniagaan contoh tersebut - Kota Kinabalu dan Sabah sahaja buat permulaan).

1- Benarkah kita kayakan orang atas?
2- Benarkah perlu jual-jual barang?
3- Benarkah perlu cari-cari orang?


1- MLM ni kayakan orang atas je.


Jika kita mempunyai pemikiran begini, bermakna kita telah tersalah anggap. Kita perlu sedar bahawa rakan kita telah membawa satu peluang kepada kita dan mereka berhak mendapat imbuhan kerana telah membawa seorang pelanggan kepada syarikat. Kita juga berhak mendapat hak yang sama jika kita juga membuat perkara yang sama.


Kita mungkin mampu menambah pendapatan sampingan RM1000 hasil peluang yang dikongsi bersama oleh orang atas tadi. Jika kita memilih untuk tidak menyertai Network Marketing kerana tidak mahu kayakan orang atas, mungkin tiada pendapatan sampingan yang kita perolehi.


Tetapi, kita harus berfikiran lebih terbuka berkenaan perkara ini. Indahnya dalam network marketing ialah kerjasama. Seseorang leader tidak akan ke mana sekiranya tidak membantu orang yang telah ditaja. Di sinilah kerjasama penting, saling tarik menarik ke atas untuk sama-sama berjaya. Tetapi, seseorang leader juga terpaksa memilih mana-mana d/line yang benar-benar ingin berubah dan berjaya tanpa pilih kasih.(Tetapi kebanyakkan d/line silap apabila mengharap leader mencarikan d/line untuk mereka).


2- Kena jual-jual barang.


Perkara ini bergantung pada individu yang menyertai perniagaan ini. Ada yang memerlukan kita menjual produk, tetapi kebanyakkannya menggalakkan kita menggunakan produk dan menyebarkan kebaikan produk kepada yang lain (ini konsep sebenar Network Marketing). Kita bebas memilih untuk menjual atau membina rangkaian. Tetapi, dalam perniagaan ini, membina network lebih baik dan menjual produk sebagai pilihan.


Tetapi, kepada yang ingin belajar menjadi usahawan kecil-kecilan, mungkin ini bidang yang tepat untuk diceburi kerana kita hanya memerlukan modal yang sangat minima untuk memulakan perniagaan sendiri tanpa memerlukan permis, kepakaran, pekerja dan yang penting ialah risiko yang paling minima. Malah latihan turut diberikan agar kita nampak jalan menuju kejayaan (boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian-tidak terhad kepada MLM yang anda sertai).


3- Perlukah cari-cari orang?


Cari orang benda yang paling cuba dijauhi oleh mereka yang ingin menceburi MLM, mengapa?


Dalam network marketing, konsep sebenarnya adalah anda guna -> anda puas hati -> anda kongsikan kepada yang lain (yang anda kenal). Begitulah proses seterusnya berulang-ulang. Dengan berkongsi kebaikan sesuatu produk dengan orang lain (pastikan yang benar-benar memberi manfaat), anda bukan sahaja akan mengembangkan rangkaian, tetapi menambah sumber kewangan anda dan d/line anda.

Tips memilih perniagaan berkonsepkan Network Marketing.


1- Produk
2- Plan Pemasaran
3- Syarikat


1- Pastikan produk benar-benar memberi manfaat kepada pengguna, senang untuk dikongsikan dan harga berpatutan dengan kualiti dan fungsinya. Jika dapat produk yang unik (tiada produk serupanya, jarang ditemui, inovasi terkini, satu keperluan) adalah lebih baik dan mudah untuk kita bergerak.


2- Plan pemasaran juga penting untuk dilihat sama ada ianya adil kepada semua atau menguntungkan syarikat lebih dari pengedar. Anda boleh mencuba membuat simulasi dengan membuat carta anda dengan bbrp d/line untuk mengkaji potensi pendapatan yang boleh anda diperolehi. Jika anda rasa berbaloi, teruskan.


3- Kekukuhan syarikat juga penting kerana kita bukan nak berniaga sebulan dua, tetapi selama mana yang boleh.


Ada pendapat yang menyatakan bahawa syarikat berusia 5-10 tahun sesuai dan terbaik untuk disertai kerana telah melepasi tempoh bertahan sesuatu perniagaan.


Ada pendapat pula, syarikat yang telah melahirkan ramai jutawan kurang sesuai kerana membawa maksud dah terlalu ramai yang sertai syarikat tersebut, sebaiknya cari syarikat yang belum lahirkan jutawan kerana peluang anda untuk berjaya cerah di situ.


Sukar untuk mengia dan menafikan pendapat di atas kerana terlalu subjektif. Tetapi menurut kajian, syarikat yang telah melepasi tempoh 10tahun adalah paling sesuai kerana momentum akan lebih besar boleh berlaku selepas melepasi usia tersebut. Syarikat yang telah berusia lebih 20tahun mungkin kurang sesuai kerana sedikit sukar untuk kita berjaya di situ melainkan produknya tiada dijual ditempat lain atau kualitinya sukar ditandingi seperti tuppaware (kita sekadar pengguna produk bukan buat network).


Syarikat baru juga sukar untuk dinilai kerana jika ia mampu bertahan, pasti kejayaan lebih besar menanti anda, tetapi ia juga boleh lenyap sekiranya tidak mendapat sambutan dari orang ramai. Banyak kes syarikat MLM tempatan hanya mampu bertahan setahun dua dan akhirnya tutup kerana tidak mampu bersaing atau tidak diterima oleh masyarakat.
banyak perbezaan antara MLM sebenar dgn MLM yg menipu,x salah nk buat MLM tapi biar dgn cara yg betul,99% para2 penipu x tahu langsung cara sistem MLM yg sebenar sbb tu diaorg pun turut tertipu dan terus menipu diri sendiri


sambungan..............................................
Dengan ini, saya mengakhiri perkongsian diruangan topix, sekiranya ada yang berminat untuk berkongsi pandangan atau memberi teguran, saya mengalu-alukannya. Segala yang tercatat adalah pandangan peribadi saya dan saya memohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan pendapat yang dilontarkan.


Bagi saya, Network Marketing menyediakan peluang yang sangat besar bukan sahaja kepada mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan, tetapi juga kepada mereka yang ingin membina kekayaan sehingga bergelar Jutawan. Dalam sistem perniagaan ini, tidak ada yang mustahil kerana ramai orang dari seluruh dunia telah membuktikannya.


Namun, sebagai manusia yang berakal, kita perlulah bijak menilai mana yang benar dan mana yang palsu. Jangan terpengaruh dengan wang ringgit dan kemewahan yang ditonjolkan oleh leader. Kejayaan mereka belum tentu menjadi kejayaan kita, tetapi pilihlah syarikat yang mempunyai produk mudah diterima dan pelan pemasaran yang mudah untuk kita jana pendapatan (adil), InsyaAllah, semua boleh berjaya atau sekurang-kurangnya membawa pulang pendapatan sampingan 3, 4 atau 5 angka.


Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam MLM dan jangan terperangkap dengan janji manis mengatakan perniagaan yang cuba diperkenalkan dengan mudah menjadikan anda kaya. Usaha yang berterusan serta ILMU amat penting untuk anda berjaya dalam bidang ini. Tetapi anda tidak perlu khuatir kerana syarikat yang bagus, leader yang bertanggungjawab pasti akan memimpin tangan anda untuk mencapai impian yang anda sasarkan dengan latihan dan bimbingan yang berterusan.

Keindahan Network Marketing.


Dalam Network Marketing, UNTUK BERJAYA, ANDA PERLU MENJADIKAN ORANG LAIN BERJAYA.


Inilah ungkapan yang perlu difahami, dikaji dan difikirkan kebenarannya. Berbeza dengan amalan perniagaan konvensional, untuk berjaya mereka perlu mengatasi pesaing mereka dengan pelbagai cara termasuk cara yang salah. Sangat biasa kita dengan PHD dalam perniagaan terutamanya yang melibatkan perniagaan melayu. Restoran melayu jika berniaga bersebelahan pasti akan menggunakan kaedah yang salah untuk bersaing (sendiri boleh faham).


Berbeza dengan Network Marketing, jika anda ingin berjaya, anda perlu menjadikan d/line anda berjaya dahulu, barulah anda akan naik dan berjaya. Konsep ini juga gagal difahami oleh mereka yang tidak melihat bidang ini dari sudut yang positif. Anda tidak akan berjaya jika memikirkan kejayaan diri sendiri tanpa membantu rangkaian anda. Sebab tu, jangan kecewa jika anda tidak dibantu oleh upline kerana mereka melihat potensi dan kesungguhan anda untuk berjaya.


Oleh yang demikian, kita perlu membuktikan bahawa kita ingin berjaya dan upline akan membantu anda dengan senang hati. Ramai d/line yang ditinggalkan upline kerana sikap d/line sendiri yang gagal untuk membantu diri mereka menetapkan matlamat dan impian. Maka, timbullah banyak runggutan dan akhirnya salah menyalah berlaku.


* tulisan ini sekadar pandangan peribadi saya melalui pengamatan dan perkongsian saya dengan rakan-rakan seperjuangan. Saya sendiri secara jujurnya, sedang berusaha memantapkan perniagaan Network Marketing yang sedang saya ceburi dan saya percaya dengan bidang perniagaan ini. Saya tidak akan menyalahkan bidang ini, apatah lagi upline saya sekiranya saya berhenti buat.

...

Gandakan kekayaan anda dengan benyak memberi.


Ramai yang salah anggap memberi hanya dalam bentuk material seperti DUIT semata. Bagaimana pula memberi (kongsi) peluang?


Contoh, saya ada perniagaan dan saya mahu kembangkan perniagaan ini. Saya memberi peluang kepada rakan yang tidak bekerja untuk mengendalikan perniagaan baru saya. Di sini kita telah memberi peluang kepada rakan tadi dan mereka mendapat manfaat (kerja dan upah), kita pula makin berjaya kerana dari satu kita dah ada dua perniagaan atau cawangan. Tetapi perniagaan cara konvensional ini berisiko tinggi dan kena banyak perhatian perlu diberikan.


Bagaimana pula dengan dunia Network Marketing? Kita punya peluang jana income dengan modal yang rendah (jual produk atau bina rangkaian) lalu kita kongsikan peluang ini dengan rakan yang lain dengan niat nak bantu mereka tambah pendapatan atau kepada yang belum kerja, kita memberi peluang perniagaan/ pekerjaan kepada mereka. Di sini saya lihat dunia perniagaan network ini mulia kerana peluang yang ada dikongsi bersama. Kita dapat lihat di sini bahawa bukan mereka sahaja yang mendapat manfaat, tetapi kita juga mendapat ganjarannya. Proses ini akan terus berjalan dan saling memberi manfaat kepada mereka yang memahami.


(Cuba pandang dari sudut konsep perniagaan dan jangan bandingkan dengan syarikat2 yang kita tidak suka kerana penyelewengan distributor mereka).


....
Kat Malaysia ni terlalu banyak kompeni MLM. Apa yang penting, pilihan kena betul dari segi produk, harga, keperluan sesuatu produk kepada pengguna, kekukuhan syarikat (lagi bagus produk keluaran syarikat bukan syarikat tolong pasarkan produk orang lain), plan yang adil dan boleh buat duit dan beberapa faktor lain la.


Tetapi, saya bukan nak takutkan tetapi cuma nak ingatkan. Dunia Network Marketing ni tak semudah yang kita sangka. Setakat nak dapatkan RM1K-2K sebulan tiada masalah kalau kita buat sambil2. Kalau nak sampai bergelar JUTAWAN, kenalah usaha seperti nak jadi jutawan. MATLAMAT kena jelas mengapa kita masuk MLM, ikut kawan atau kerana kita ada target yang mahu dicapai. Kalau ada target, pegang target tu sampai dapat, dari situ kita akan berusaha kerana terbayangkan target kita.


Mahu atau tidak, selalu hadiri training atau BOP (taklimat perniagaan). Walaupun dah berkali pergi, pergi lagi kerana bukan saja ilmu yang disampaikan dalam training tu penting, tetapi penting untuk kita caj semula energy positive kita kerana yang hadir semuanya orang yang positive untuk berjaya.


(Semangat kita sentiasa turun naik dan perlukan suntikan untuk kekalkan semangat ke tahap yang optima. Saya sendiri masih belajar dan terus belajar kerana masih belum capai apa yang saya impikan. Tujuan saya tulis pun untuk ingatkan saya tentang apa yang saya tulis perlu saya lakukan).


.....
Sebenarnya terpulang pada individu.


Pada hemat saya (dengan rendah diri)


Apabila kita membandingkan bisnes MLM dengan bisnes, bisnes MLM ni banyak kelebihannya. Saya bandingkan macamni.


Kedai Runcit
==========
- Sudahkah anda ada pengalaman/berilmu dalam meniaga kedai runcit.
- Adakah anda mempunyai satu sistem yang gerenti anda berjaya ( sekiranya untuk cukup makan, takpelah)
- Modal yang puluhan ribu anda simpanan anda, sanggupkah anda melabur dengan risiko belum pasti.
- Sudakah anda ada jaringan pembekal anda atau pun network peniaga runcit.
- Bolehkah bisnes runcit anda bersaing dengan Hypermarket yang tumbuh macam cendawan, disebabkan kapitalis.
- Pastikah lokasi runcit anda boleh dapat pelanggan (kena cari orang jugak):)
- Berapa tahun bisnes anda stabil 3 tahun/4 tahun??
- Ini penting, Boleh waris ke tidak? minat ke anak kita meniaga??
Ini usaha kita, takan nak tinggal begitu sahaja.


Network Marketing
==========
- Modal yang rendah, risiko kurang.
- Produk yang berkualiti (sesetengah kompeni sahaja Amway, Herbalife, Tupperware, Monavie dan macam2 lagi).
- Anda belajar dan alami meniaga, secara part time dahulu..kemudian baru full swing.
- Terbukti sistem yang dipakai boleh berjaya dengan kemunculan
ramai Jutawan MlM.
- Perlukan masa 1 atau 2 tahun untuk berjaya. Kalau rajin, lagi
cepatla.
- MLM ini, especially yang dah establish/ dan recognition..kalau kita buat betul2 ada potensi anak cicit dapat merasa hasil titik peluh kita, sebab ada kompani bagi royalti hasil dari pengorbanan kita.

tapi ada juga dalam penulisan ini sy x setuju
Ed Zahrin wrote:

Kedai Runcit
==========
- Sudahkah anda ada pengalaman/berilmu dalam meniaga kedai runcit.
- Adakah anda mempunyai satu sistem yang gerenti anda berjaya ( sekiranya untuk cukup makan, takpelah)
- Modal yang puluhan ribu anda simpanan anda, sanggupkah anda melabur dengan risiko belum pasti.
- Sudakah anda ada jaringan pembekal anda atau pun network peniaga runcit.
- Bolehkah bisnes runcit anda bersaing dengan Hypermarket yang tumbuh macam cendawan, disebabkan kapitalis.
- Pastikah lokasi runcit anda boleh dapat pelanggan (kena cari orang jugak):)
- Berapa tahun bisnes anda stabil 3 tahun/4 tahun??
- Ini penting, Boleh waris ke tidak? minat ke anak kita meniaga??
Ini usaha kita, takan nak tinggal begitu sahaja.
jawapan saya(copy paste):-yg ni aku x setuju,dalam biz runcit sebelum bukak mesti kita ada ilmukan,xkan nk main terjah,
ilmu tu mesti kita dapatkan dulu sebelum memulakan ape2 perniagaan skrg ni pun kerajaan menggalakkan kita hadiri kursus perniagaan sebelum memulakan perniagaan dah tentu diajar sistem yg berjaya.
bab RISIKO plak xde masalah kalau kita berusaha memantapkan perniagaan kita,layan pelanggan sebaiknye,harga berpatutan,lokasi yg startegi,jaringan pembekal mestilah kita dah ada sbb kita nak bukak kedai runcitkan.
jaringan pelanggan x perlu risau kalau kita pandai cari lokasi kedai yg sesuai(ni pun perlu kebijaksanaan bukan main terjah jerk).
hypermarket yg banyak xde masalah,masing2 ade kelebihan,runcit ni memudhkan pelanggan utk membeli barangan kecil2lan.
kalau dah ade ramai pelanggan dah tentu stabil selagi kita jujur dalam perniagaan.
kalau waris kita xnak jaga kedai kita boleh upah orgkan semuanye ade jalan biz runcit adelah biz yg memerlukan minat kesungguhan dan strategi.


MLM utk org yg baru nak belajar berniaga je,sampai bila nk jadi selesmen lambat laun kena buka kedai juga kalau produk yg dilariskan tu mendapat sambutan.sama juga konsepnye dgn biz runcit.

dan jawapan beliau pula
jujur MLM:-
copy_paste wrote:
yg ni aku x setuju,dalam biz runcit sebelum bukak mesti kita ada ilmukan,xkan nk main terjah,
ilmu tu mesti kita dapatkan dulu sebelum memulakan ape2 perniagaan skrg ni pun kerajaan menggalakkan kita hadiri kursus perniagaan sebelum memulakan perniagaan dah tentu diajar sistem yg berjaya.
bab RISIKO plak xde masalah kalau kita berusaha memantapkan perniagaan kita,layan pelanggan sebaiknye,harga berpatutan,lokasi yg startegi,jaringan pembekal mestilah kita dah ada sbb kita nak bukak kedai runcitkan.
jaringan pelanggan x perlu risau kalau kita pandai cari lokasi kedai yg sesuai(ni pun perlu kebijaksanaan bukan main terjah jerk).
hypermarket yg banyak xde masalah,masing2 ade kelebihan,runcit ni memudhkan pelanggan utk membeli barangan kecil2lan.
kalau dah ade ramai pelanggan dah tentu stabil selagi kita jujur dalam perniagaan.
kalau waris kita xnak jaga kedai kita boleh upah orgkan semuanye ade jalan biz runcit adelah biz yg memerlukan minat kesungguhan dan strategi.
MLM utk org yg baru nak belajar berniaga je,sampai bila nk jadi selesmen lambat laun kena buka kedai juga kalau produk yg dilariskan tu mendapat sambutan.sama juga konsepnye dgn biz runcit.
hmmmm yg ni aku pun minta utk x bersetuju jugak..mulakan belajar bisnes dgn MLM sbb modal kecil n x perlu korban masa yg banyak mmg aku setuju..aku jugak setuju buat bisnes apa pun ttp dapat duit..dah nama pun bisnes..cuma untung kecik besar sj..n kalau nak jd jutawan bisnes konvensional mmg x cukup kalau setakat seribu dua..padan dgn modal laaa..hahha..itulah kelebihan MLM yg berjaya melahirkan jutawan walaupun modal kecik..sbb itu cuba bc blk post sy yg sy kata FOKUS..fokus itu atas beberapa sebab
1) co kompem strong n ada track record yg baik terutamanya track record dlm bidang mlm ni, bkn co r individu tokey yg nk buat duit semata dgn mlm( sila rujuk post sy yg sblm ni)lps tu habis madu sepah dibuang
2)nampak peluang bkn part time..mn ada org buat part time jd jutawan..mula dgn part time pastu FOKUS mmg banyak yg jd jutawan
3) sy percaya yg semua kat thread ni tahu r faham ttg cashflow quadrant robert kyosaki..nah!! pikirkan2 dgn mendalam...
lalu apa lg permasalahan kita FOKUS sajalah..dah barang tentu statistik atau pun dgn sekadar pemerhatian sj kita boleh menghukum bahwa apa yg robert kyosaki kata itu betul..
advantage lg networking ini modal kecik n bermula sbg part time, usaha berterusan (tp dgn co yg strong laaa..sbb tu br kemudiannya boleh jd karier..kalau co cap ayam r bermasalah yg susahnya nnt kita la sbb kononnya SAMPAI BERANI BERHENTI KERJA..hahha)
sebenarnye x perlukan penerangan yg panjang lebar mengenai MLM,sebelum berniaga lihat aje produk kalau rase boleh jual teruskan register ahli,gunakan produk tersebut dan lihat kesannya jika kesannya baik anda sendiri yg akan promosikan barangan tersebut.
nampak kan perbezaan MLM sebenar dengan mlm scam nie,jauh panggang dari api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan