Pengikut

Arkib Blog

Rabu, 7 Julai 2010





-----Original Message-----
From: Sistem eAduan < e-aduan@kpdnkk.gov.my >
To: {edited}@yahoo.com.my
Sent: Fri, Jul 2, 2010 11:50 am
Subject: Fw: Portal KPDNKK: Natstar AJL 931314
Tuan,

Pelan yang dipromosikan oleh NATSTAR ata FRIENDSCLUB atau seumpamanya TIDAK PERNAH DILULUSKAN oleh KPDNKK. Pelan ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang DITENDANG KELUAR oleh RZ CORPORATION kerana menjalankan pelan pemasaran berbentuk skim piramid dengan membenarkan pembelian pangkat / pelaburan secara pukal (RM40 ribu @ RM20 ribu @ RM4 ribu @ RM2 ribu dsb - tidak kira jumlah apa yang dipromosikan).
Dalam kebanyakan kes, sekiranya pengguna yang telah melabur merasakan dirinya tertipu dan hendak meminta wangnya dikembalikan oleh syarikat, perkara tersebut hanya boleh diselesaikan melalui MAHKAMAH SIVIL kerana sesiapa sahaja yang telah menjadi ahli maka secara automatik diri mereka digelar peniaga / usahawan dan bukan lagi bergelar pengguna yang dijaga kebajikannya oleh TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA.

Untuk makluman juga, syarikat tersebut memang mempunyai lsen sejak sekian, lama tetapi kumpulan yang terbuang ini baharu sahaja menyertai NATSTAR dan ingin membuat tapak di sana . Selalunya, syarikat di mana kumpulan ini bernaung akan diambil tindakan pembatalan oleh KPDNKK( Ini merupakan syarikat ke-3 kumpulan ini melompat - semua syarikat sebelum ini telahpun diambil tindakan pembatalan, hanya keputusan rayuan kepada YB Menteri yang akan mengubah segalanya).  


PERKONGSIAN PENGALAMAN:

Ini merupakan penulisan daripada pengguna yang amat perihatin. Maklumat yang ingin dikongsikan tersebut merupakan maklumat daripada pengalaman dan pembacaan, yang mana ianya amat berguna kepada sesiapa yang masih tidak dapat mengenali atau membezakan yang mana MLM dan yang mana skim piramid.

sekian, terima kasih


Kuasa Pengguna:1Pengguna 1Suara

mohd talal abu bakar
unit jualan langsung
kpdnkk
03-88825969
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan