Pengikut

Arkib Blog

Jumaat, 9 Julai 2010

SEBAB-SEBAB 'KATAKAN TIDAK' PADA ONE TEAM (sumber dari www.mlmscam.net)



1. Adakah zaman ini adalah zaman network marketing dan apa itu network marketing. Semasa NDO, mereka menyatakan bahawan Donald Trump dan Robert T.Kiyosaki melalui bukunya Why We Want You to Be Rich telah menyatakan network marketing adalah satu cabang untuk mendapat kekayaan pada masa ini. Adakah ia benar dan MEMANG BENAR. Robert T. Kiyosaki ada menulis 'after opening my closed mind, i could finally see some of the unique benefits the network marketing industry offers people who want more out of their lives. Donald Trump juga menulis 'Network marketing has proven itself to be viable and rewarding source of income, and the challenges could be just right for you. There have been some remarkable examples of success, and those successes have been earned through diligence, enthusiasm and the right product combined with timing. Donald Trump dan Robert T.Kiyosaki menyarankan 3 cara untuk mencapai kekayaan iaitu real estate, network marketing dan starting your own business. Persoalan sekarang adakah One Team benar2 menjalankan network marketing?. Maybe ramai ahli One Team tak pernah baca buku ini pun dan hanya mengikut bulat2 apa yang duke cina mereka cakap.






2. Jadi apa itu network marketing. Berdasarkan Ezine article menyebut ‘network marketing known as multi-level marketing or MLM. It is part of the direct selling industry and is run as a business-distribution model that allows a parent company to market its products directly to consumers through a large network of distribution and consumers. Wikipedia menyebut MLM also called network marketing a.k.a direct selling is a term that describes a marketing structure used by some companies as part of their overall marketing strategy. So ini bermakna network marketing dan MLM adalah benda yang sama, dan One Team adalah terlibat dengan MLM walaupun ini tidak diwarwarkan oleh One Team semasa NDO.



3. Sebagai kumpulan yang terlibat dengan MLM, apa syarat-syarat MLM. Part II (Requirement for a Licence to Carry on Direct Sale Business) di bawah Direct Sales Act 1993. So, One Team telah mendakwa mempunyai lesen di bawah syarikat Natstar Sdn. Bhd (telah pun dibatalkan pada 14.6.2010 sebenarnya). Cuba fikir yang mempunyai lesen adalah Natstar dan bukannya One Team. Apa fungsi One Team disini. Sebagai kumpulan pengedar kepada Natstar?. Anda perlu pandai membezakan MLM yang benar atau MLM tipu. Sebagai contoh Mary Kay (isteri aku telibat dengan Mary Kay) merupakan syarikat kosmetik yang mengamalkan MLM. Setiap distributor akan terus register atau berhubung langsung dengan Mary Kay yang dipanggil independent distributor tanpa memerlukan kumpulan pengedar. Pada masa ini, aku lihat ramai kumpulan pengedar yang wujud dibawah Hai-O, Uptrend yang aku percaya salah.



4. Seterusnya, Syarikat MLM perlu menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan insentif berasaskan jumlah atau kuantiti atau perkhidmatan yang dijual atau diedar oleh setiap peserta dan bukannya daripada pengambilan orang ke dalam skim. Cuba fikir, One Team tidak mengalakkan barang yang dibeli dijual (nak jual pun boleh kata dia orang). Setiap orang yang kita rekrut akan mendapat komisyen. Sebagai contoh 11k jika kita invest 41k. Apa maknanya. Maknanya One Team telah melanggar syarat akta yang melarang komisyen diberikan berdasarkan jumlah rekrut dan bukannya berasakan perjualan barang atau produk.



5. Tahun 2004, United States Federal Trade Commission (FTC) ada menyatakan ‘steer clear of multilevel marketing plans that pay commissions for recruiting new distributors. They’re actually illegal pyramid schemes’. Ini bermakna jika sesuatu MLM mengamalkan komsiyen berasakan jumlah rekrut dan bukannya berasakan perjualan barang atau produk adalah skim piramid. Jadi One Team adalah terlibat dengan skim piramid?.



6. Apa itu skim piramid. ‘A pyramid scheme is a non-sustainable business model that involves the exchange of money primarily for enrolling other people into the scheme, without any product or service being delivered’. Saya ulang ‘without any product atau service’. Adakah One Team mempunyai produk. Memang One Team akan menjawab ya. Tetapi anda fikir adakah produk itu dijual dan anda mendapat komisyen daripada penjualan tersebut. Jawapan adalah tidak. Jadi adakah One Team merupakan satu plan piramid?.anda fikirkan.



7. Jadi perbezaan di antara MLM yang benar atau MLM tipu adalah sumber komisyen. Jika anda lihat, MLM yang betul seperti Cosway, Mary Kay, Tupperware mengamalkan komisyen berasaskan jualan dan bukannya berdasarkan rekrut. Senang saja kan?.



8. Anda perlu invest 41k dan anda akan dapat 11k (kalau tak salah), buat baju, star cruise handphone dan pergi konvoi. Tidakkah anda fikir duit itu juga merupakan duit anda dan diguna semula untuk menyakinkan anda.



9. Untuk dapat modal 41k. Kebanyakkan daripada kita termasuk saya akan membuat loan (target One Team adalah government sector). Untuk mendapat 41K anda perlu membuat loan mungkin 50k selama 15 tahun dengan interest katakan 4.99%. Jumlah bayaran anda setiap bulan adalah RM 489 selama 15 tahun. Jumlah hutang anda adalah RM 88,020. Adakah anda dapat memperolehi pulangan tersebut. Jawapan One Team adalah ya. Tetapi adakah anda dapat memberi jaminan bahawa One Team dapat bertahan sehingga loan anda selesai.



10. Jika anda sudah terlibat dengan One Team, saya nasihatkan anda untuk melangsaikan hutang anda secepat mungkin sebelum apa-apa terjadi kepada organisasi anda kerana bisnes ini bersifat uncertainty. Anda tidak akan tahu apa yang akan jadi pada organisasi pada masa depan. Tetapi percayala, skim yang bersifat seperti ini tidak akan bertahan lama.



11. ADAKAH SKIM INI DAPAT MEMPEROLEHI BANYAK WANG. Saya katakan ia memang benar selagi anda sanggup menipu (saya katakanan menipu kerana One Team adalah skim cepat kaya berdasarkan fakta-fakta yang saya berikan) kawan2 dan sedara mara untuk invest 14k dan 41k untuk mendapat komisyen dan anda sanggup kehilangan kawan2 dan sedara mara. Saya percaya bahawa segala penyata akaun yang ditunjukkan kepada saya dengan gaji 5 angka adalah benar tetapi dengan jalan yang salah.



12. Tetapi anda kena ingat, United States Federal Trade Commission (FTC) ada mengatakan ‘why is pyramiding dangerous?. Because plans that pay commissions for recruiting new distributors inevitably collapse when no new distributors can be recruited. And when a plan collapses, most people-except perhaps those at the very top of the pyramid end up empty handed’. So berapa lama sesuatu skim piramid akan collapse. Saya tidak tahu, mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun, mungkin

15 tahun. Yang pasti skim ini akan jatuh dan yang merana adalah golongan bawahan. Skim Pak Man Telo mengambil masa selama 20 tahun sebelum didakwa oleh BNM.



13. Dalam pembentangan plan, MQ ada memberi satu hipotesis seperti berikut. Pada masa ini bank mendapat untung dengan memberi pinjaman kepada peminjam dan mengenakan interest. Sumber pinjaman pula di ambil dari simpanan yang telah disimpan oleh pelanggan. So. MQ One Team mengatakan mengapa kita tidak mengunakan bank dengan membuat pinjaman dan membuat untung (melabur dalam One Team) dan tidak mengunakan duit sendiri. Bagi saya hipotesis ini adalah sangat naïf dan kosong. Jika anda membuat loan untuk memulakan perniagaan konvesional adalah tidak pelik, tetapi jika anda membuat loan untuk memulakan MLM, anda adalah pelik. Kerana apa? . Kerana dalam Peraturan-Peraturan Jualan Langsung 2001 ada mengatakan ‘Peserta tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dengan harga/amaun yang tidak munasabah’. Cuba bandingkan MLM yang betul dengan MLM scam.



14. Cuba anda fikir, One Team telah berpindah dari satu syarikat ke syarikat yang lain seperti Lampberger – DHCL/RZ Corp – Natstar. Syarikat ini mempunyai produk yang berlainan satu sama lain. Ini bermakna One Team tidak mementingkan produk tapi hanya ingin menumpang yang mempunyai AJL yang sah. One Team tidak lebih dari parasit yang menyebabkan lesen2 syarikat tersebut dibatalkan.



15. ‘Manusia memang pelik’, ‘orang di luar tidak faham dengan skim ini’. Manusia tidak pelik tetapi yang pelik skim ini. Tiada apa yang istimewa tentang MLM atau network marketing. Ianya hanyalah salah satu method untuk menjual produk dan perkhidmatan. Masalahnya terdapat skim cepat kaya yang berselindung di sebalik MLM dan salah satunya adalah One Team.



16. ‘Untuk berjaya berlajarlah dari orang berjaya’, ‘orang berjaya mencari jalan, orang gagal mencari alasan’. Mendapat banyak wang melalui skim cepat kaya bukanlah orang berjaya. Belajar dari orang yang berjaya melalui skim cepat kaya adalah orang yang dungu. Orang bijak adalah orang yang berfikir sebelum membuat sesuatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan