Pengikut

Arkib Blog

Khamis, 8 Julai 2010

Stategi Penipuan Geng-Geng One Team @ Friends Club @ Star Club @ Family Club

Prospecting - Anda akan rasa macam mereka sangat sayang anda atau macam temuduga sebab soalan yang mereka tanya akan berkaitan dengan anda. kebanyakan soalan seakan-akan bertuju ke kewangan, majikan dan keluarga anda. Semua matlumat-matlumat akan direkodkan selepas pertemuan dan dihantar ke upline, sideline, marquis dan duke. Sebelum anda masuk office/event/convoy One Team @ Family Club/Friends Club/Star Club mereka sudah ada butir-butir anda dalam kertas, terutamanya kelemahan anda untuk upline/marquis/duke ketuk sampai anda terasa. Matlumat itu diberi secara percuma oleh kawan/saudara yang ajak anda. Cara ini dipanggil FORMHD.

F=Family O=Occupation R=Recreational M=Money H=Health D=Desire


Sharing Pembukaan - Kawan/saudara anda akan kenalkan anda kepada partner-partner yang dah pakat dan diberitau awal sebelum anda pijak dalam sarang mereka. Mereka biasanya akan buat "sharing" secara pendek untuk buka fikiran dan hati anda. Ceritanya mereka agak standard "budak tu dapat pendapatan sebulan berapa sekarang dan dulu dia berkerja sebagai apa dan last sekali kereta sport yang dia pakai" untuk buat anda fikir macam senang sahaja untuk berjaya! Cara ini di panggil T-UP.
"Peluang menang dengan taruhan tunggal pada mata ular dalam permainan dadu di Las Vegas jauh lebih besar daripada peluang keuntungan dari program-program MLM" By Jon M. Taylor, Ph.D., President, Consumer Awareness Institute

Plan Pemasaran - Disini anda akan berdepan dengan salah seorang gang yang baru diperkenalkan untuk tunjuk plan pemasaran mereka. Mereka akan tunjuk angka-angka yang luar biasa macam silap mata dan disegi teori memang macam boleh dilakukan. Best sekali tidak perlu jual barang!
" Berdasarkan data yang sedia ada daripada syarikat itu sendiri, tahap kerugian untuk merekrut MLM adalah sekitar 99,9%, iaitu 99,9% dari peserta SEMUA kehilangan wang setelah semua kos, termasuk pembelian daripada syarikat" By Jon M. Taylor, Ph.D., President, Consumer Awareness Institute

Penutup - Sampai tahap sini, gang-gang mereka akan cuba sedaya upaya untuk paksa anda join dengan kata-kata manis seperti "ada sistem yang berjaya" dan "ketua-ketua yang sudi menolong" sampai anda capai impian anda. Dan penutup yang best sekali "jika anda rajin pasti boleh berjaya"!
Jangan diperdaya! Dalam setiap group "kecil" Marquis ada dalam lingkungan 100-400 orang! Yang peliknya tetapi setiap kali jika anda perhatin hanya segelinter dalam linkungan 20-30 sahaja yang aktif.. Dan teruk sekali yang aktif itu hampir kesemuanya orang yang sama! Soalannya, mana pergi ahli-ahli yang lain? by Ex-Marquis of One Team

Tambahan Waktu Penutupan - Jika anda masih beragu-ragu atau sudah tandatangan borang-borang untuk masuk ahli gang-gang ini, anda akan dibawa ke marquis-marquis untuk di injeksikan @ kata yang lebih digemari mereka "injection" supaya orang luar seperti kami tidak senang goyang fikiran anda. Ini adalah satu cara orang Inggeris panggil "brain washing"!
  • Jangan dengar cakap-cakap orang yang tidak berjaya
  • Jangan beritahu sesiapa pun termasuk ahli keluarga sebelum anda masuk ahli atau status count
  • Mesti datang office atau event-event yang mereka aturkan
  • Ini business yang moden, orang luar tidak akan faham
  • Ramai orang cemburu dengan kami sebab kami sangat berjaya
  • Mereka sudah ada cara @ sistem yang berjaya
  • Mereka boleh tolong orang miskin jadi kaya

Goreng - Bahagian ini boleh klasifikasi sebagai yang paling penting dan mustahak bagi gang-gang penipu. Sebab disinilah mereka goreng sampai anda buat pinjaman untuk melabur wang yang besar program penipuan mereka. Disinilah marquis-marquis dan duke-duke scammer dapat keuntungan yang lumayan!!

JANGAN JADI MANGSA ONE TEAM @ FRIENDS CLUB @ STAR CLUB @ FAMILY CLUB!

2 ulasan:

  1. Benda ini masih rancak sehingga hari ni. Money game di Malaysia seolah-olah kebal sedangkan DCHL di negara jiran telah kena sapu bersih sebab money game.

    MLMer DCHL sekalian, ingatlah money game dengan membuat sale meletup melalui pembelian pangkat oleh downline ini halal ke tidak. Betul ada produk dan resit serta lesen kdnkk, tapi akad jual beli itu sempurna ke tak. Niat hati downline "aku setuju beli produk dengan harga sekian puluh K", "Betul ke ni aku invest pasal upline suruh" atau "Lepas ni aku berpeluang kaya, Yes". Harus diingat MLM ini memperoleh keuntungan secara berperingkat tetapi kalau ia haram, macamana. Sanggupkah anda menerima dosa secara berperingkat dan apakah jawapan anda masa akhirat nanti. harap bukan "Upline Saya Yang Ajar".

    BalasPadam
  2. http://www.scmp.com/news/hong-kong/article/1343986/marketing-chain-dchl-vows-refund-customers
    http://www.strippedpixel.com/dchl-protest-hong-kong/
    http://www.news100hk.com/news/dchl-distributors-banned-from-visiting-hong-kong-23742

    You can surf about what happen outside our country. In Macau, China, Australia and even EU already banned this company. Hong Kong now in worry about the effect. Thailand already burn down whole company by DSI for money fraud and pyramid scheme.

    What wrong with Malaysia. Do our government just stay still and watch this pyramid scheme go free and kick people ass. What BNM action when seeing a bunch of people making loan for MLM purposes. Nothing.

    All DCHL guys like to label themselves as entrepreneur, wearing smart and act cool. Actually they were just a bunch of well nice organize professional licensed liars. They sell nothing just head hunting. When they get no prey just push their downline to invest more to hit sales target.

    I lost my love one to this business. She already high rank. So that I had to study everything about this DCHL to stop her.

    One more thing, DCHL terms
    1. Sharing = Brainwash
    2. Prospect = Prey
    3. Advisor = Brainwasher
    4. T-Up = When people like you
    5. T-Down = When people against you.
    6. No Google = Mind block (North Korean prove its success)
    7. Investment = Yeah, hit sale
    8. FORMHD = Prey data, everything
    9. Prospecting = Head Hunting

    Sold nothing, head matter.

    BalasPadam