Pengikut

Arkib Blog

Rabu, 7 Julai 2010

Tipu Helah Yang Digunakan Oleh One Team

Bila kita ty camana bisnes ni bekerja,
jawapan yg akan dikeluarkan:
'' Datang dulu office, baru boleh citer. Bisnes ni bukan semua org boleh masuk''
Kawan aku yg miskin duduk flat,
sorang lagi slow motion dan pendiam,
Tapi boleh join lb..(aku tak mau masuk)
pekehel???
Nampak sgt bisnes ni ada udang di sebalik batu..
TIPU HELAH KE-2:
Pala mu..
Dah sampai office..
Nah.. korang akan lihat muka2 hipokrit..
senyum kambing.. senyum buat2.. mmg ini yg telah di'train' dikalangan scammer lb ni..


TIPU HELAH KE-3:
Kata jual barang...
Siap ada sijil jualan langsung lagi..
Terpampang kat dinding office....
Tapi bila didengar dgn teliti,
cari partner.. tapi tak nak mengaku cari org..
nak bohong la tu..
sorang akan cari 5 org..
daripada 5 org akan jadi 25 org..
drp 25 org (25 x 5 =125 org)
Sah sah skim piramid!
ni jugak salah satu tipu helah yg telah di'train'


TIPU HELAH KE-4:
Di office, korang akan lihat mereka pakai kot..
konon 5 bintang la tu.. Tapi jgn lupa, teknik diorang tarik org baru yg dtg office..


Di luar office, korang akan nampak kereta mewah2..
Terhegeh2 kat luar pusing2 , parking kat luar office mcm nak menunjuk hebat je..(teknik psikologi)
padahal kereta tu bknlah kepunyaan semua lb2..
tapi cina tokey lb..


Begitu juga barang2 oil lb yg HARGA yg x masuk akal kononnya barang 5 bintang (barang mewah).. Tapi bila dilihat rekaan dia, alahai.. saper2 boleh buat..(design macam sakai, harga je lebih)cuma harga je letak tinggi konon2 mewah la.. Tipu2 helah ni jgn terpedaya..(Ini adalah teknik psikologi brainwash syarikat & konco2nya)


TIPU HELAH KE-5


Seperti yg saya katakan pada post sblmnya..
Rata2nya adalah student dan berumur 20-an...
Diorang akan kata, dia ni amik degree biochemical,
dia ni mikrobiologi.. poiter 3.5 ke atas lagi..
konon2 budak2 yg masuk kat situ semua up up..
padahal hakikatnya, ini semua ayat2 manis supaya korang terpedaya..
konon2, kalau org pandai2 masuk, dah tentu bisnes ni betul?? Jgn kena tipu.. ni adalah teknik tarik org..


Lagi, bagi yg dh kerjaya plak, diorang akan ckp..
dia ni doktor, dia ni arkitek, tapi berhenti kerja sbb nak buat bisnes ni..
Ha ha.. ayat manis korang takkan menjadi..
kawan2 aku aku dah tgk sendiri macammana diorang jadi penghutang yg mengkayakan upline..
Pinjam duit aku, pinjam duit sedara, adik bradik, buat loan bank, tak takut ke benda tu akan memakan diri?
Bagaimana jika syarikat tu dicekup polis kerana melakukan penipuan (kata jual brg, tapi cari org)dan merupakan skim piramid di mana org bawah akan teraniaya.. Org atas boros beli sana sini guna riba duit downline2.


TIPU HELAH KE-6


Biarlah sy tulis ayat2 manis yg telah dilatih kpd ahli2 lb dlm meeting @ kelas cara tarik org (konon2 marketing plan):


JANGAN TERTIPU DGN AYAT2 INI:
1) Kalau bukan sekarang buat bisnes, bila lagi??
2) Korang nak jadi macamni jugak ke utk 5 thn akan dtg??
3) Bisnes ni pun akan melatih cara utk bercakap dgn org..
4) Bisnes ni org2 nya semuanya ramah2 dan tak der yg sombong.. kalau kau duduk sorang2 kat satu2 tempat, diorang akan sapa..
Eh.. xxxxx, buat apa nie? sorang je??
5) Bisnes ni dlm 5 thn, korang dah boleh beli rumah, kereta, bla bla bla ayat manis (tapi aku tgk upline kawan aku tu pakai kereta kancil, sewa lagi.. padahal dah 6 bln.. pakai kot macam kaya, tapi pandu pakai kete kancil sewa.. waktu tu masa kitorang nak pegi rombongan dgn prospek dgn ahli lb..)Nampakkan tipu helah?
6) Kat sini pun ada ustaz yg masuk tau..(bohong..benda ni makan duit riba org bawah.. haram tetap haram)- bila kita ty betul ke bisnes ni halal.. diorang akan attack kamu balik.. korang cakap halal haram.. korang ni sembahyang cukup ke?
Lihat.. ni adalah cara utk mengelak drp pertanyaan ttg hukum agama.. Aku dh ada kat tempat org waktu tu.. takkan la aku nak lawan diorang.. diorang ramai.. aku sorang.. tapi aku ada akal.. aku tau bisnes ni haram sbb makan riba drp duit org bawah.




Ayat manis sambungan:
7) Marquis sorang tu kan.. gaji dia five figure setiap bln..(Haha.. Setakat makan duit haram buat pe.. Duit yg ko dpt tu pun bukan titik peluh ko.. tapi duit org bawah ko dapat la percent dia..)


Kawan aku, sblm join, upline tu bkn main lagi slalu msej ayat2 best2.. Kata ni marquis ni dah beli kereta.. ni akan ada majlis kat xxxxxx..
Macam2 la.. pastu bila kwn aku dah join, drp sikap mesra tak de sebab, tukar jadi jadi pemaksa ..
kawan aku mengadu la kt aku..
XXXXX asyik2 tanya,


bila nak dapat RM2000 tu??
Bila nak buat loan??
Bila nak jadi count??
Upline kwn aku tu dah tak sabar kaya la tu hasil usaha kawan aku carik duit..


Babi betul.. Muka pun hipokrit je.. menyampah aku tgk muka org lb senyum2 tapi ada udang di sebalik batu..Tak pernah aku tgk org macam ni py hipokrit..
Tersengih2.. Tersenyum2.. Macam la aku ni dah selamatkan nyawa org..


Aku tau la bisnes ko tu scammer duit student.. dah tu tipu cakap jual barang, tapi cari org..
Mereka semua cantik pemandangan, tapi dalaman diorang byk hutang dan miskin..
Diorang ni angan2 mat jenin..
Makan dari sumber haram.. Tipu sana sini..


Byk lagi ah..
Tapi ayat2 manis tu gerenti akan buat korang cair..
tapi kita harus ingat.. Tuhan dh beri kita akan untuk berfikir.. Akal kita tu akan menentukan samada kita dpt melawan nafsu tamak atau tak..
lb mmg sah haram..
dan salah dari segi undang2 M'sia..
Kerana duit, org boleh tertipu..
Kerana duit, org sanggup menipu..
Kerana duit, soal halal haram tolak tepi @ buat tak tahu padahal tahu sebenarnya adalah haram..


Jgn biarkan anda, family anda, rakan2 anda
ditipu oleh ayat manis lampe berger ni lagi..
Ini semua kerja bodoh lagi menyesatkan!
Sesal dahulu pendapatan.. Sesal kemudian tiada gunanya..


ini bkn ayat aku ya.aku cuma copy paste aje dr 1 thread kt malaysia forum sekadar utk kt ketahui taktik2 menipu musibat2 ni!kt sini ada sebut LAMPE BERGER...biarpn mrka dh kluar dr DCHL tp teknik menipu yg mrka beroleh dr DCHL dulu msh diamalkn hngga skrg!

10 ulasan:

  1. Sememangnya bg anda yg baru dalam DCHL ini anda akan dijanjikan dengan kemewahan2 yang anda impikan... memang betul ada yang boleh buat duit TETAPI RAMAI YANG TERLINGKUP. "AWAS" sy nasihatkan anda jauhkan diri dari MLM ini kerana taktik yang digunakan cukup licik. sy akan terangkan satu persatu:

    1. Apabila seseorang memperkenalkan anda kpd. business ini, anda adalah Prospek (P). Anda akan dibawa minum @ sembang2 ditelefon. Anda akan dipancing dengan ayat "Adalah.. kalau ko free nnti jumpa aku".

    2. Semasa anda berbincang, sebenarnya anda sedang dikaji oleh "BRIDGE"
    (rakan anda @ org. yg perkenalkan business nie) mereka akan melengkapkan borang HD anda. Perbincangan biasanya akan berkisar kpd:
    -family background, hobbies, characteristic anda, impian anda, konsep MLM yg anda tahu, keadaan pekerjaan anda sekarang, keadaan kewangan anda sekarang...

    "SEMUA PERBINCANGAN INI DILAKUKAN SECARA SPONTAN TANPA ANDA SEDARI"

    3. Apabila anda bersetuju berjumpa dengan "Bridge" anda, mereka akan mengaturkan jalan untuk lentokkan anda. Borang HD anda TELAH DIEDARKAN KEPADA AHLI2 DCHL yg berada disitu untuk merekan "SHARRING" dengan anda. Kononnya mengapa mereka buat business DCHL nie..MEREKA AKAN MEMBAWA ANDA SHARRING DENGAN ORANG YG PALING HAMPIR PEKERJAANNYA @ PENGALAMANNYA DENGAN ANDA. Contohnya, sekiranya anda guru, mereka akan bawa anda untuk sharring dgn. guru.

    4.Kalau anda perhatikan partner2 lain sebenarnya sedang memerhatikan anda dari jauh. Setiap sorang akan sharring dengan anda sampai tengah malam..

    5. Anda akan dibawa utk ABP -ADVISOR, BRIDGE, PROSPEK

    6. Anda akan dibawa utk ABP- ADVISOR, BRIDGE, PROSPEK dimana mereka akan memanggil rakan mereka yang lebih senior untuk memberi penjelasan kepada anda. (mereka akan TIP-UP advisor anda, macam2lh dia ckp yg advisor ni powerlh, susah nk jumpalh, anda beruntunglh, dr kl lh & mcm2 lg), BRIDGE adalah rakan anda dan anda adalah PROSPEK (anak ikan yg akan digoreng mereka)..

    7.Advisor anda akan berpura2 tanyakan soalan pd anda (padahal mereka semua dh tau pasal anda melalui borang HD) - itulah kekuatannya.

    8.Advisor akan bercerita pungpang10x... (Anda perhatikan yg "BRIDGE" akan MENGIAKAN apa yg Advisor kata) mereka akan berkata "BETUL-BETUL-BETUL" dan menganggukkan kepala mereka tanda setuju.. (sebenarnya itu hanyalah lakonan sahaja)

    9.Advisor akan terangkan business plan bermula dgn plan FRANCHAISE, BARON, COUNT.. untuk permulaan mereka akan perkenalkan anda dengan plan FRANCHAISE dimana untuk menjadi ahli bayaran dikenakan cuma serendah RM2345 sahaja.

    10.Selepas anda bersetuju menjadi ahli, perancangan ke-2 mereka adalah untuk buat speed plan untuk anda.. (COUNT plan).. anda akan diminta melabur sebanyak RM36000 untuk mendapatkan 45000PV. disini ramai antara kita membuat LOAN kerana tertarik dengan cerita2 mereka. Rakan yg lain akan SHARRING sampai anda berminat.. anda akan rasa di-push...

    11. Selepas anda melabur, anda akan dpt produk yg bernilai rm45000, anda simpanlah stok tu dkt rumah anda kerana Lampe Berger nie dh tepu dkt Malaysia. Bridge anda sedikit demi sedikit akan menjauhkan diri dari anda, alasannya nk jaga partner baru...

    Memang benar byk event2 yg dibuat oleh DCHL, tetapi hanya org2 didalam DCHL sahaja yg tau mengapa ianya diadakan.. SebenarNya pelabur seperti anda terpaksa buat kerana bebanan hutang.. yg kaya DCHL...


    *SEBARKAN INI UNTUK MENYELAMATKAN KAWAN-KAWAN KITA SEBELUM MEREKA MENJADI MANGSA.
    **Kepada DCHLer, adakah perbuatan ini bermoral dan dibenarkan Islam sedangkan korang melabel diri korang ushawan beretika. Tepuk dada tanya selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm mna nak dapat balik duit kita labur tu

      Padam
  2. Assalam.. untuk pengetahuan kita semua tidak semua perniagaan MLM haram dan ada juga yang halal.. yg menjadi haram itu apabila berlaku penipuan dan tidak mengikut syariat Islam... Saya dah selidik ..Ini boleh jadikan rujukan .. Terima Kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/06/benarkah-semua-mlm-haram.html

      Padam
  3. macam mana nak dapat balik duit kita yg beribu2 tu

    BalasPadam
  4. Cari owg la..bawu dpt blik yg kita labur tu..wat apa kita beli produk tu banyak2 bek buka kedai mkn modai sendiri..mlm nih merepek ja.

    BalasPadam
  5. Cari owg la..bawu dpt blik yg kita labur tu..wat apa kita beli produk tu banyak2 bek buka kedai mkn modai sendiri..mlm nih merepek ja.

    BalasPadam
  6. Cari owg la..bawu dpt blik yg kita labur tu..wat apa kita beli produk tu banyak2 bek buka kedai mkn modai sendiri..mlm nih merepek ja.

    BalasPadam
  7. Betul la.... dchl paksa org.selagi x dpt duit selagi tu la kejar kita.kita ckp xnk lg x phm.kita ckp xde duit suruh pulak pinjam mak bapak. Pegi sharing smpai pkol 2 pg....huru hara hidup aku...pegi sharing mbebel smpai 3 pg.at last aku aku masok jgak francais nk puaskan ati member aku.dia yg bawak aku dlm dchl ni.niat ati aku pakai je brg sndri.ingatkan da snyap rupanye ade lg crta.....selang 2 ari aku di paksa pulak masok ke count.suruh pulak buat loan bank.hidop aku jd huru hara lg.... ari2 aku kena brainwash...tye bila nk buat loan.ramai marquis yg dtg tpat aku bg ceramah....kpala otak aku dah meyampah dgn kawan aku ni.at last smngu lbih jgak la aku di ganggu siang mlm....tel aku x henti berdering. Msg jgn ckp la....asek ajak sharing... pegi event.pastu lepak kt nz ampang smpai 3 , 4 pg...sampaikan x terurus diri aku ni.pegi keje mengantok..huhhh....!! At the end aku tukar no tel....abes crta.kwn aku dtg rumah aku pekakkan telinga. Gara2 dchl kami renggang.itu la penangan dchl.MEMAKSA. skg hidup aku normal...walau x pakai kereta mewah...x pakai barang LV....aku brsyukur dgn rezeki Allah beri.yg penting aku xnk berhutang dan memaksa org..sesiape yg nk join dchl pikir la beratus kali....pd aku lbih baik jual goreng pisang tepi jalan xde pksaan pd pembeli dr jual produk hrga 2345 yg belom tntu ade pmbeli.ape yg helah dorg buat tu aku da rase. Aku bkn dlm bidang MLM....dan aku serik dgn DCHL......

    BalasPadam
  8. Saya diperkenalkan dengan skim penipu lamb berger busuk ni pada tahun 2014, oleh kenalan lama sewaktu di sekolah.

    Trick yang mereka gunakan sama seperti yang telah dijelaskan oleh mereka-mereka yang pernah mengalami perkara ini.

    Saya akui saya telah ditipu oleh mereka, dan wang itu pun tidak mungkin dapat saya tuntut kembali, they can cheat me, but the can never influenced me.

    Ironisnya, program yang saya telah hadiri bersama introducer saya itu adalah di suatu Dewan terkemuka di sek.7 Shah Alam, di mana pada hari ini setiap kali saya mengahdiri kuliah saya di UiTM saya pasti akan teringat perkara tersebut, dan berjanji pada diri saya akan mangkaji setiap tipu helah mereka dari segi perundangan berdasarkan ilmu yang saya pelajari, dan berharap suatu hari nanti saya akan dapat publish some thesis or jurnal about all the MLM Scam in Malaysia.

    BalasPadam