Pengikut

Ahad, 8 Ogos 2010

HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT

Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Tip-Tip Membuat Aduan

Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda sangat tidak berpuas hati dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberi kepada anda ?
Adukan ketidakpuasan anda kepada pihak yang berkenaan, jadilah pengguna yang bijak.
ANDA BERHAK UNTUK BERSUARA!!
Tips-tips membuat aduan :
  1. Simpan semua maklumat pembelian di dalam fail.
  2. Dapatkan bukti yang berkaitan.
  3. Bertenang dan atur stategi yang berkesan.
  4. Gunakan fakta dan statistik untuk membuktikan kesahihan aduan.
  5. Tulis surat aduan yang ringkas dan padat.
  6. Ikuti dan catat perkembangan aduan yang dilaporkan.
  7. Gunakan media massa untuk membuat laporan aduan jika perlu.
  8. Membuat aduan melalui agensi aduan kepenggunaan.

Saluran Aduan Yang Boleh Ditujui Oleh Pengguna Untuk Membuat Aduan

Pertubuhan Kerajaan
logo_aduan
E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.
logo_ttpm
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online
logo_bpaBiro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan.

logo_kpkt
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat.
logo_tthaKementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)
Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan
yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air, sila kemukakan maklumat-maklumat yang diperlukan di laman ini
logo_skmm
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.
logo_km
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

logo_nccc
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan . Ia turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian.
logo_ppim
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.
Agensi Lain

logo_suruhanjaya_sekuriti
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
logo_fmbBiro Pengantaraan Kewangan (BPK)
Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK.BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan