Pengikut

Selasa, 19 Oktober 2010

Jangan Join Sudah!



Apakah sebenarnya yang berlaku dalam kebudayaan menyertai MLM dan skim piramid yang sedang melanda kaum Melayu sekarang ini dengan adanya alam maya facebook dan internet? Ya, saya tahu, org yg jual-beli barang MLM-style itu semua akan melenting bila saya kaitkan keduanya, tetapi tak payah kita berdolak-dalik, skim piramid itu adalah “money-game” (tiada produk langsung), tetapi apakah sebenarnya MLM itu pula? MLM adalah “skim piramid berproduk”. Maybe more... but no less. Janganlah terlalu “naive” wahai orang Islam. Lupakan sebentar apa yang anda tahu, apa yang anda diberitahu sebelum ini dan apa yang anda pernah ayatkan pula pada downline anda, suatu masa dulu. Ingat, MLM dan skim piramid itu yang utamanya, adalah permainan minda (mind-games), di mana seorang manusia akan cuba untuk mengajak dan memujuk seorang manusia lain untuk buat apa yang seseorang itu telah buat dulu, dan ianya melibatkan perpindahan wang daripada seorang ke seorang yang lain. Dan sesiapa yang pernah JOIN apa-apa MLM dan skim piramid, realitinya adalah, anda telah dipermainkan oleh dalang skim tersebut dan anda sendiri telah mempermainkan downline anda, sama ada anda sedar (maksudnya anda itu anak angkat dajjal kenit) atau pun anda memang tak sedar atau faham ianya berlaku (maksudnya anda tak abis belajar tentang ilmu berniaga - just ignorant). Saya memang kasar sikit, saya akui, tapi orang Melayu ni kalau tak kena hentak, dia buat sardin aje. Perangai orang Melayu zaman berzaman.

Apakah kata-kunci untuk semua MLM dan skim piramid? SERTAI! The keyword is... JOIN! Itu sahaja yang dalang-dalang yang menganjurkan setiap skim itu mahu. JOIN, lagi ramai join, lagi banyak duit dia dapat untung. Baik dalam skim piramid laknatullah, mahupun MLM yang penuh putar-belit itu. Dalang dan kuncu-kuncunya akan cakap macam-macam yang indah, dan mereka tak kesah kalau semua yang dijanjikan itu tidak kesampaian, janji hasutan dan pujuk-rayu dia itu terus digembar-gemburkan, dan dia berharap terdapat ada segelintir kecil manusia yang lemah iman itu JOIN skim yang diwar-warkan itu. Dia pasang jaring kat 1000 orang, tetapi dapat sangkut 1 atau 2 jadilah. Game on! Anda semua tengok kat facebook hari-hari, tak sudah-sudah iklan skim piramid, iklan MLM, iklan detox-patch, jus manggis RM170 sebotol, iklan tengok TV online, iklan jual ebook cikai, iklan loginFB dapat RM100 duit orang lain, iklan tukar hutang jadi hutang lain... dan bermacam-macam lagi yang orang Melayu tu cuba post dekat wall dia, cuba tag gambar badut pegang duit... macam-macam, saban hari. Apekebendenye yeop?

Setiap skim piramid dan apa sahaja bentuk MLM, dalang mahu anda cari downline... maksudnya anda join biz, anda ditaja oleh seseorang dan anda seterusnya menaja orang, dan perkara ini diulangi oleh setiap ahli yang join. Dan duit berpindah tangan. Dari situ kita sudah tahu ianya hanyalah sistem perniagaan yang berasaskan sistem piramid. Ada sistem suruh cari 2 tajaan, atau 3 atau 10, atau tiada had... jenis yang “carilah selagi mahu”. Dalam MLM yang jual produk itu pula, produk yang dijual tidak akan sama sekali menghalalkan sistem perniagaan bentuk piramid itu. Semua fakta ini telah dibincangkan berulang-kali, baik daripada saya sendiri, mahu pun daripada banyak sumber lain seperti oleh Ustaz Zaharuddin (sebagai contoh) di website nya, dan daripada lain-lain sumber, namun orang Melayu ni suka tengok dan dengar apa yang menyedapkan hati dia aje, dan selalunya tak sanggup cari ilmu bersungguh-sungguh... macam takut sungguh dapat hidayah. Macam la hidayah tu ada jenis hidayah yang buruk. Ada ke wujud hidayah yang tak baik? 

Anyway... anda mesti JOIN! Itu yang paling penting... implikasi kemudian hari terhadap yang joi itu, sama ada baik atau buruk, tak penting. Kalau la takde yang join apa-apa skim piramid atau MLM tu, apa akan jadi? NOTHING! Takde la sistem perniagaan jenis sebegini berkembang dan kemudiannya mengayakan dalang biz tu, dan takde pulak sekumpulan manusia yang duduk kat bawah-bawah dan jadi ahli/downline terkemudian, terus kena kencing bila biz itu “crash”. Tapi dalang skim piramid dan MLM ni memang licik dan genius... kan dia tu sekutu dajjal wang dan harta? Dajjal ni terkenal memang pro buat kerja lahanat ni, sentiasa 1st class mutu kerjanya. Ada ISO9002 certification gitu. Ada accreditation. Jadi, apa game-plan seorang dalang itu untuk menarik orang supaya join MLM atau skim piramid dia? Dia kan celoteh bahawa:  
  1. MLM atau biz itu menjanjikan pulangan yang lumayan - tapi realitinya, pulangan yang lumayan itu sebenarnya hanyalah pada CEO/dalang dan kuncu-kuncu dia yang join dulu, sebab sistem perniagaan orang taja orang ni, mesti akan menyebabkan sebahagian besar ahli kerugian. Berapa banyak yang rugi? Cuba try 99% RUGI secara kumulatif. 
  2. Semua orang boleh buat, tak perlu pengalaman - yang mana ianya memang benar. Apa susahnya nak daftar JOIN dan sedekah duit anda itu pada upline? Tak susah beb! Semua orang boleh buat. Orang tak abis sekolah rendah pun boleh buat. Tapi ya... perumpaan pasal mende ni, ianya macam menjanjikan tiket kapal-terbang Air Asia yang sangat murah (RM20 sahaja), tapi flight tu dah berlepas dah pun. Anda dah join terkemudian beb. 
  3. Harga produk yang dijual adalah setara dengan harga pasaran awam - suatu kelentong di siang hari, sebab barang MLM semuanya lebih mahal... tak terkecuali. Bar none! Kalau tak mahal, macamana nak kasi upline tu semua duit, kasi dalang duit, kasi diri sendiri seciput duit? Lagi pulak, kebanyakan MLM jual produk kepada yang nak join tu, bukan pulak sepenuhnya kepada pelanggan dalam masyarakat. 
  4. MLM itu bukan skim piramid, jadi ianya lulus undang-undang dan halal - undang-undang manusia apa pun boleh, tapi undang-undang Allah pun nak putar-belit? Sebenarnya banyak MLM itu lebih teruk realitinya berbanding skim piramid yg tiada produk. Kadar kerugian, kerugian aggregate, jumlah ahli yang rugi, semuanya gila-gila punya besar. Daripada statitik di seluruh dunia, kadar kerugian dalam MLM itu sendiri melebihi kadar kerugian dalam skim piramid, dan jika anda pergi Genting untk berjudi, kadar kemungkinan anda menang main poker dan roullete lebih tinggi daripada kadar anda akan untung dalam kebanyakan MLM. 
  5. MLM atau skim itu memberikan banyak masa terluang, dan keuntungan biz adalah berterusan, residual dan boleh dipercayai - sekali lagi, ianya benar untuk dalang dan sapa-sapa yang join dulu. Apa kata statistik? 90-99% orang yang join MLM atau apa-apa skim piramid tidak akan dapat bertahan dalam masa jangka-panjang (1-2 tahun), dan mana-mana yang kekal buat kerja lahanat ni akan terus terpaksa cari downline baru, untuk menggantikan downline yang dah cabut tadi. Lagi lama lagi susah pulak nak cari downline.
  6. Dalang menjanjikan pulangan yang lumayan... “tengok aku punya 525i”, katanya! - memang la beb! Itu duit downline tu, dan dia paling awal join kiranya, jadi dia la yang paling mengikik berlenggang pegi bank. Seteruk mana anda cari downline, dalang dan orang yang terdahulu join, pasti akan dapat lebih banyak untung daripada anda. 
  7. Dalang akan “brainwash” prospek bahawa biz yang dia nak intro adalah unik dan tiada tandingan - Ahh! ...maleh aku nak komen. Sapa sini percaya pada KhairolR? Kehkehkeh! 
  8. Kalau anda gagal dalam biz ini, andalah yang bersalah kerana tidak dapat menghayati sistem macam mereka yang telah berjaya - jadi anda akan usaha sungguh-sungguh cari downline sedangkan realitinya, apa-apa sistem perniagaan yang bergantung kepada pencarian downline ke infiniti dalam satu ruang pasaran baru, ianya hanyalah bullshit... anda tidak akan berjaya. Ianya adalah disebabkan bahawa jumlah manusia itu finit, dan tiada market baru wujud dalam dunia ni. Only new fools, no new market. 
  9. Dalang akan cakap sistem MLM adalah sistem perniagaan terkini serba canggih... "wave of the future!" - tetapi realitinya, benda MLM ini telah dicanangkan lebih daripada 30 tahun dan jualan produk MLM di seluruh dunia hanyalah lebih-kurang 1% daripada semua jualan runcit barangan. Believe it, man! Ada CEO tu cakap benda ni? Korang sendiri pergi Jusco beli pampers, beli beras, beli plasma TV Viera, beli macam-macam. Jualan daripada sistem MLM itu sungguh pathetic. 1% punya bzns! 
  10. Lagi ramai yang join lagi berkembang biz, jadi cari downline banyak-banyak - entah mana dalang tu belajar ilmu perniagaan, saya pun tak tahu nak jawab. Crazy! Kalau ada produk yang nak dipasarkan dalam satu bandar yang ada penduduk 100,000 katakan... biz tu mungkin perlukan 100 orang jurujual, bukan la pulak 100,000 orang jurujual - betul? Jadi bayangkan, semua MLM dan skim piramid tu, mana ada cakap jumlah downline nya terhad? Ada CEO cakap bila ahli/jurujual dah sampai 100 orang, pencarian downline akan dihentikan?  
OK... saya ada lebih 30 fakta lagi untuk dihuraikan, tapi nanti artikel ni jadi panjang sangat, anda semua pun malas nak baca. Berbalik kepada isu asal... dalang MLM dan skim piramid mahu anda semua JOIN biz yang dicanangkannya tu beramai-ramai. Jadi saya nak berpesan kepada diri saya dan anda semua - JANGAN JOIN! Jangan jadi orang yang lemah tenaga batin, dan tak boleh tahan... eh, nape lemah tenaga batin pulak ni? Bukan tenaga batin... saya ulang balik. Janganlah anda jadi orang yang lemah semangat, jadi orang yang senang dipujuk-rayu dan dihasut dengan peluang perniagaan sebegini. Apa yang saya huraikan di atas adalah fakta-fakta yang mereka tidak mahu masyarakat ketahui, dan percayalah, macam-macam cara mereka akan attack Aidid Mu’addib selepas ini, dan dia orang sendiri akan cuba rungkaikan pulak satu-persatu fakta-fakta diatas, dan macam-macam “denial” akan keluar daripada mulut si dalang bin dajjal, dan anak-anak muridnya (yang duduk level 2, 3, mungkin 4... sedangkan anda sudah level 11).

This is all a mind-game. Siapa lebih pandai brainwash orang pasti jadi paling kaya, dan bukan pulak siapa yang kerja lebih rajin atau siapa yang lebih berilmu akan jadi kaya-raya. JANGAN JOIN apa-apa biz yang tengah offer sekarang kat facebook. Biar dalang dan kuncu-kuncunya semua itu mati kutu. Kalau ada daripada anda yang membaca artikel ini join apa-apa MLM dan skim piramid, ingatlah bahawa anda telah terjebak dan gagal dalam mind-games mereka itu. Anda telah diperkutak-katikkan oleh orang-orang atasan sesebuah syarikat MLM atau sesuatu skim piramid itu. Anda perlu beringat bahawa, jika tiada manusia JOIN apa-apa perniagaan gharar dan lagha sebegini, industri MLM dan skim piramid itu akan berkubur, tidur nyenyak dalam liang lahad alam perniagaan. Dan jika anda JOIN jugak, anda sebenarnya adalah sebahagian daripada masalah sejagat perniagaan skim piramid di dalam dunia ini, dan khasnya sebahagian daripada penyakit yang dialami oleh orang Melayu dan orang Islam - You are part of the problem, and certainly not part of the solution!

Dan ingat juga, jika anda sertai sesuatu MLM atau skim piramid itu, anda sebenarnya memperpanjangkan lagi masalah ummah yang ada sekarang, kerana bila anda join, anda akan terpaksa bawa masuk orang lain, kalau tidak anda akan rugi begitu sahaja. Siapa yang akan anda cari sebagai downline? Abang, kakak, sepupu, kawan karib dan rakan taulan. Setiap orang yang anda bawa masuk itu pula akan cari downline dia sendiri, dan perkara ini akan berterusan sehingga ketepuan ahli yang join terhasil, dan perniagaan itu "crash". Kalau anda orang Islam... minta beringat ya. Dosa itu pun ada multi-level marketing dan ada unsur skim piramid jugak. Dan dengan menyertai apa-apa MLM dan skim piramid, anda sebenarnya tengah buat multi-level sinning! Ada terfikir sejauh itu bang? Atau pun, anda hanya memikirkan jumlah duit yang boleh masuk poket, the rest be damned!

Jadi... elakkanlah daripada menjadi sumber masalah ini. Orang alim cakap, biarlah kita diuji oleh Allah, jangan kita pula jadi bahan yang menguji orang Islam lain. Maksudnya, orang yang jadi bahan ujian kepada orang lain itu, Allah mungkin dah lepas tangan kerana kesesatan mereka yang sudah jauh sungguh dalam dunia ni. Allah sekarang tengah menguji umat Islam yang prihatin dan sentiasa berjuang ke jalan yang di redhaiNya, dengan dakyah itu-ini, begitu-begini, daripada kiri, kanan, atas dan bawah. Dalam pandangan saya yang cetek ini, biarlah saya diuji sebagai seorang mukmin dengan adanya kewujudan skim piramid dan MLM yang menjanjikan kemewahan yang mungkin dapat mungkin tidak (sebab kena tengok saya join kat level mana, kan? Level 3 ke, atau level 16?), yang mana situasi ini sentiasa mencabar kesabaran kita dalam dunia serba moden dan materialistik ini. Janganlah pulak saya yang menjadi orang yang menguji kesabaran seorang mukmin lain, dengan keadaan bahawa saya yang menyebarkan skim piramid dan MLM tersebut. You get me? Atau dengan kata lain.... biarlah seseorang itu dibakar dalam neraka kerana kesalahan yang dilakukannya di dunia ini, kerana ianya adalah "punishment" yang Allah jatuhkan kepadanya di akhirat kelak, sehingga denda itu selesai, dan dia dikeluarkan daripada neraka akhirnya. Jangan pulak seseorang itu jadi bahan bakar untuk membakar mukmin yang bersalah itu, kerana bahan bakar itu kan kekal selamanya di sana (Wallahu'alam). Itu kiasan sahaja, kerana hanya Allah yang tahu sebenarnya untuk setiap sesuatu perkara itu.

Berbalik kepada isu asal kita tadi, takde susah-susah... JANGAN JOIN SUDAH!


http://www.facebook.com/pages/Koleksi-Maklumat-anti-MLM-Skim-Piramid-oleh-Aidid-Muaddib/156116464408971

Tiada ulasan:

Catat Ulasan