Pengikut

Selasa, 26 Oktober 2010

Kena tipu sapa yang salah??

Banyak pelaburan samada online atau offline yang ditawarkan sekarang ni..Kalau dulu yang glamer ceramic, noradz, monsun biz dan bermacam lagi. Tapi yang mana betul dan yang mana salah? Ramai juga yang tertipu..tapi siapa yang salah sebenarnya?

makcik kayo!!
Ramai yang sertai bila syarikat tu maju dan glamer dengan sekejap sahaja beroperasi..Maklumlah mereka janjikan pulangan pelaburan yang kekadang tu tak masuk akal. Contohnya masuk RM1,000 dapat Rm1,500 dalam masa sebulan. Kalau masuk Rm50,000 pula anda dijanjikan pulangan Rm75,000..nahh takkan bodoh kalau kita tak masuk benda ni..TAPI nanti dulu…. betul ke janji mereka tu?
HMMMM..betul ke tak betul, ramai yang terpedaya. Hasilnya, banyak aduan di Balai Polis, Biro Pengaduan Pengguna dan macam2 lagi. tak kurang juga yang masuk akhbar tau. Salah satunya yang kat bawah ni..
Perniagaan program ‘atas angin’ perlu dikenakan tindakan tegas
SAYA hanya berpendidikan dan perwatakan sederhana dan mempunyai sedikit asas berniaga. Apa yang ingin saya ketengahkan ialah program niaga ‘atas angin’. Saya sendiri pernah menjadi mangsa kepada program ini, seperti program perniagaan internet, ‘monsun- biz’, pelbagai program laman web, koperasi Buluh Emas, Inteleca dan sebagainya.
  • Produk yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran pendahuluan. Saya mendapat minyak kelapa dara yang terlalu mahal harganya dan tertera nama New Zealand pada produk mereka walhal ia dibuat hanya di Malaysia.

  • Mereka menjanjikan pinjaman Tekun. Dengan bangga dan yakin serta menjaminkan hasil, pinjaman ini pasti dapat tidak sampai sebulan. Mereka menyuruh kami meminjam duit dengan pelbagai cara dan pinjaman Tekun ini akan membayar kembali semua hutang itu dalam jangka masa tidak sampai sebulan, itu janji mereka.Namun sampai ke sekarang, janji hanya tinggal janji. Borang hilang dan pelbagai alasan mereka beri kepada saya. Sekali lagi, duit saya ditelan oleh buaya bangsa sendiri. Di mana harus saya mengadu? Undang-undang tidak menyebelahi kami.Mereka juga menjanjikan pinjaman Bank Al-Rajhi namun tanpa memberitahu kami, pinjaman ini adalah terlalu sukar untuk mendapatkannya. Ramai pengedar mengeluh. Banyak borang permohonan ditolak atas pelbagai alasan.Saya sudah habis ribuan ringgit dalam mencari ruang perniagaan yang terbaik bagi saya. Ramai lagi Melayu seperti saya menjadi mangsa. Kami tiada sokongan seperti peguam, persatuan atau badan dalam menangani permasalahan ini.

  • Saya mengambil keputusan untuk menulis ke ruang akhbar bagi menyampaikan penyakit masyarakat yang saya ibaratkan `api dalam sekam` dalam mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda, malah ia memburukkan lagi tohmahan terhadap kerajaan kerana tidak bertindak terhadap kumpulan berkenaan.
    BULUH KASAP
    ,Kuala Lumpur.
    -Surat di Berita harian

    Kebanyakkan bukan sebab tak diberitahu tapi sebab TAMAK! HALOBA! pantang orang tunjuk sikit kekayaan, kita dah kelabu mata sampai tak nampak yang mana betul dan yang mana salah dan ragu-ragu. Korang dah tahu yang pelaburan macam ni memang takkan kekal lama punya. Jadi tolonglah berhenti dari percaya benda2 pelaburan internet macam ni. Yang korang perlu percaya ialah perniagaan internet yang mempunyai produk dan jelas urusan jual belinya..

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan