Pengikut

Selasa, 19 Oktober 2010

Kes aktiviti MLM: Penyampai TV 3 Saiful Nizam Ismai & Aida Juara Gadis Melayu

PAGES KRYPTON NI ADALAH MILIK PRSENDIRIAN & BUKAN SYARIKAT PUNYA!.. PROMOSI TAK AKAN DILAKUKAN LAGI KERANA SYARIKAT TAK BAYAR DUIT AHLI SEJAK OGOS 2009!HARAP MAKLUM!…
Ini Pula Gambar Aida Juara Gadis Melayu (Isteri Kepada Saiful Nizam) Menjadi Duta kepada Produk Syarikat Ini :
Aida Gadis melayu
Penyampai TV 3 Saiful Nizam Ismail, pada mulanya didakwa menipu dan menurut Saiful Nizam dakwaan itu mula tersebar dilaman facebook.Disebabkan dakwaan mengatakan dia menipu, Saiful Nizam tampil untuk membersihkan namanya di Hariam Metro.Menurut Saiful Nizam Ismail, dia tidak menipu malah dia sendiri ditipu oleh syarikat MLM tersebut.

“Hakikatnya, saya juga kerugian kerana pelaburan saya RM30,000 ke dalam syarikat itu tidak mendapat pulangan sebagaimana dijanjikan,”
“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan saya langsung tidak menerima pulangan dijanjikan. Jika mengikut perjanjian, setiap bulan saya akan menerima bayaran yang jumlahnya 10 hingga 30 peratus daripada wang yang saya laburkan.
“Saya bukan terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan pulangan yang dijanjikan itu, sebaliknya saya ingin membuat kebajikan kerana syarikat itu mendakwa sebahagian daripada keuntungan syarikat didermakan kepada badan kebajikan,”
“Secara jujur saya dan Aida tidak tahu langsung mengenai kegiatan penipuan syarikat itu, jauh sekali bersubahat seperti didakwa sesetengah pihak menerusi facebook. Jadi, saya berharap semua pihak berhenti melemparkan tuduhan yang bukan-bukan terhadap saya dan Aida.
“Saya tampil membuat penjelasan ini kerana tidak mahu ramai lagi menjadi mangsa penipuan syarikat itu memandangkan mereka masih bergiat aktif mencari ahli di laman facebook serta tidak takut membuat promosi besar-besaran di seluruh negara,”
“Apapun, saya mengakui tertipu dengan ‘permainan’ syarikat itu. Saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan meminta orang ramai tidak menyalahkan saya dan suami kerana kami juga menjadi mangsa.
“Saya juga ingin membuat penjelasan saya dan suami bukan menyertai skim cepat kaya seperti dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar, tapi kami menyertai sebuah syarikat MLM yang kami sangka jujur serta banyak membuat kebajikan,”
metro

Seeorang Juruteknik pula rugi RM60000 dengan syarikat yang sama.
“Saya tidak menyangka syarikat itu yang terkenal dan sudah beroperasi sejak 2000 itu rupa-rupanya melakukan penipuan profesional. Sesiapa pun boleh terpedaya dan yakin dengan perniagaan yang dijalankan mereka berdasarkan bukti ditunjukkan mereka,”
juruteknik rugi 6oK

“Pemilik syarikat itu bijak bermain kata-kata dengan menggunakan ayat al-Quran dan hadis ketika berucap dalam seminar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota,
“Saya menghubungi bank untuk mengetahui status cek yang saya terima dan pihak bank memaklumkan ia cek tendang kerana akaun syarikat terbabit sudah ditutup pemiliknya,”


p/s: Saiful Nizam kata, dia tampil untuk mengelakan lebih ramai orang ditipu oleh syarikat ini tetapi syarikat apa? Tertanya-tanya jugak syarikat mana yang dimaksudkan…?????

Update : Syarikat Yang Dimaksudkan ialah Kryptonworks
sumber: hmetro
Detective : Adam Gonzalez
Editor       : Maryam Mussa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan