Pengikut

Selasa, 19 Oktober 2010

kisah Noradz Travel & Services Sdn. Bhd

Kisah dahulunya.. pada pertengahan tahun 2008

Statement dari Agent Noradz Travel & Services Sdn. Bhd:
Sesiapa yang ingin bersama-sama menjadi rakan kongsi kepada salah sebuah syarikat sewa kereta terbesar di malaysia,inilah peluangnya.
Syarikat Noradz Travel & Services Sdn Bhd mempelawa kita bersama berkongsi keuntungan bersama dalam syarikat melalui peluang menjadi rakan kongsi perniagaan(ingat! bukan dalam bentuk pelaburan).

Syarikat yang telah bertapak lebih 25 tahun ini menyediakan peluang menjana keuntungan melalui satu skim untuk bumiputera di mana anda sebagai penyumbang modal dan menerima keuntungan tanpa perlu bersusah payah selama 7 tahun!!

PENIPUAN?.....bukan sama sekali!Syarikat menyediakan perjanjian bertulis yang sah di sisi undang-undang dan tak perlu risau mengenainya.saya akan memberikan contohnya untuk analisis anda(jika berminat)

Datuk Adzhar Sulaiman, pemilik syarikat Noradz
APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Anda hanya perlu menyediakan modal sebanyak RM3300 dan akan mendapat pulangan sebanyak RM250 bagi 7 tahun.Pendek kata RM3300 itu untuk satu lot kereta sahaja.kalo nak lebih sediakan modal yang lebih jugak

 tidak ada unsur skim cepat kaya atau sistem piramid dalam syarikat ini.semua adalah Sah di sisi undang-undang.
 Syarikat Noradz dalam proses pembukaan ibu pejabat cawangan sabah di Sandakan.
  sekiranya ada pertanyaan lanjut boleh hubungi atau sms ja saya di  0198435004(jarang aku online.takut ndak terjawab soalan nanti)

insyaallah.kalo benda ni tak benar,tidak akan saya berani masukkan di sini.Cuma nak bagi peluang kepada kita semua merasa sedikit keuntungan yang tak seberapa bersama Syarikat Noradz Sdn Bhd. 

Pada HUJUNG TAHUN 2009
Statement dari Utusan Malaysia: 
"Pada tarikh 13 Oktober 2008, Bank Negara Malaysia menyerbu Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd, Jazmeen (M) Sdn. Bhd, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd, dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd dalam Seksyen 25 (1) Perbankan dan Lembaga Kewangan Act (BAFIA) 1989 dan Perkara 4 (1) Anti-Pengubahan Wang dan Anti-Kewangan Keganasan Act (AMLATFA) 2001. Perkara 25 (1) BAFIA 1989 melarang setiap orang menerima, mengambil, atau menerima deposit tanpa harus mempunyai lesen yang sah, sedangkan Perkara 4 (1) AMLATFA 2001 melarang setiap orang daripada terlibat dalam, atau cuba untuk terlibat dalam, atau bersubahat yang yuran kegiatan pengubahan wang haram."


Noradz Travel & Services Sdn. Bhd
Datuk Adzhar Sulaiman, pemilik syarikat Noradz bukan sahaja terlibat dalam penerbitan drama & filem. Malah beliau juga menjalankan perniagaan pelaburan, penyewaan kereta dan insurans. Kedua-dua anak perempuan’nya turut menghadapi pertuduhan yang sama. Mereka dikatakan menggunakan wang haram untuk membeli beberapa hartanah di Perak dan Pahang, membeli produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka.
Datuk Adzhar Sulaiman, penerbit filem “Shhh.. Dia Datang” (yang dibintangi pelakon, Saiful Apek) serta dua anak perempuan’nya dikatakan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di antara Julai 2006 hingga Oktober 2008. Berikutan itu, mereka kalau disabitkan kesalahan akan menjalani hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Disebabkan kerugian yang besar, mahkamah telah menetapkan bon jaminan setiap seorang sebanyak RM1 juta dengan cagaran sebanyak RM150 ribu beserta seorang penjamin.

http://www.facebook.com/pages/Say-No-To-MLM/154618694571313

Tiada ulasan:

Catat Ulasan