Pengikut

Selasa, 19 Oktober 2010

“Matta Fare Not Fair” with MLM travel & vacatian Club

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Institut Perniagaan Beretika Malaysia (BIEM) mengesa pihak Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) supaya memansuhkan bayaran masuk untuk mengunjungi MATTA Fair Kuala Lumpur 2010 di PWTC.

Matta fair jadi Sasaran skim MLM

MANSUH TIKET MASUK

Ini adalah kerana program promosi ini tidak memberi faedah nyata kepada pengunjung berbentuk pendidikan ataupun pembaharuan kecuali mereka yang membeli produk pelancongan. Hanya kelebihan aadalah pengguna dapat membanding dan memilih keperluan mereka setempat. 

Bagaimanapun pihak MATTA harus lebih mesra pengguna untuk membenarkan pelawat secara percuma sepertimana diamalkan oleh penganjur PC Fair yang mana memberi manfaat dari segi pengenalan produk-produk baru serta teknologi inovasi untuk meningkatkan produkiviti. 

FOMCA dan BIEM juga mendesak pihak MATTA melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan amalan perniagaan yang beretika di kalangan ahli-ahli yang diwajibkan menjadi ahli MATTA untuk mendapatkan Lesen Agensi Pelancongan dari Kementerian Pelancongan. 

Pihak MATTA tidak harus menggunakan kedudukan untuk berniaga dan mengaut keuntungan berlipatganda tetapi juga menjalankan tanggungjawab kepada pengguna.

ADUAN-ADUANPihak FOMCA telah menerima 1,107 aduan melibatkan industri pelancongan pada tahun 2007 dan bagi 2008 hingga kini 600 aduan diterima. 

Masih banyak syarikat agensi pelancongan yang dikesan menerima aduan berulang dan adalah tanggungjawab pihak MATTA untuk memastikan aras pematuhan amalan perniagaan beretika di kalangan ahli-ahlinya. 

Tahap aduan yang tinggi melibatkan industri pelancongan menggambarkan kelemahan pengurusan dan kawalselia oleh agensi bertanggungjawab. 

Sebagai panduan kepada pengguna laman web FOMCA akan menamakan 5 agensi pelancongan yang terlibatk dalam pertikaian yang berulangan dengan pengguna supaya pihak pengguna lebih berhati-hati untuk berurusan semasa MATTA Fair kali ini.

Untuk maklumat lanjut hubungi,En. Muhammad Sha’ani bin Abdullah (013 336 3647),


Tiada ulasan:

Catat Ulasan