Pengikut

Ahad, 24 Oktober 2010

SCAM email used Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

KUANTAN: Sungguh mengejutkan apabila satu sindiket penipuan melalui e-mel semakin berani dengan ‘menjual’ nama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sebagai taktik baru kumpulan terbabit untuk memperdayakan mangsa.
Sindiket terbabit memaklumkan kepada penerima e-mel bahawa mangsa terpilih sebagai penerima anugerah geran berjumlah AS$4 juta (RM12.8 juta) daripada Yayasan Najib Tun Razak.

Penipuan itu terbongkar selepas seorang kakitangan swasta, Zamin Isa, 29, berkata, dia terkejut selepas membuka e-melnya dan mendapati ia dikirim seorang wanita dikenali Puan Amy Tijan yang kononnya mengakui sebagai penyelaras Yayasan Najib Tun Razak.
Menurutnya, dia dimaklumkan terpilih sebagai penerima anugerah geran daripada Yayasan Najib Tun Razak sebelum diminta menghubungi Bank CIMB, untuk pengesahan serta urusan penyerahan sejumlah wang itu yang akan didepositkan ke dalam bank berkenaan.
saya hanya nak duit anda..
 Katanya, pihak bank akan menyerahkan satu akaun kepadanya untuk memudahkan urusan pembahagian dana ke akaun bank secara dalam talian selain menyatakan anugerah geran itu diberikan hanya sekali dalam setahun.
Zamin berkata, yang menghairankan e-mel berkenaan memintanya supaya merahsiakan sebarang isu berkaitan pemberian geran itu sehinggalah wang terbabit selamat diterima.

 “Pada masa sama pengirim turut meminta saya mengemukakan beberapa maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon bimbit, pekerjaan, umur serta status sama ada bujang atau sebaliknya.
“Selepas mengisi semua maklumat itu, pengirim terbabit meminta saya menghubungi Ali Audu melalui nombor telefon yang tertera atau melalui e-mel mralibinaudu@luckymail.com,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Sekilau, di sini, semalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan