Pengikut

Selasa, 19 Oktober 2010

‘Skim Cepat Kaya" mengapa masyarakat mudah terpedaya??

Assalamualaikum!

‘Skim Cepat Kaya’. Dengar saja perkataan kaya, pasti memikat siapa sahaja. Ya, zaman ni, mana ada orang tak nak kaya. Tuntutan kehidupan begitu mendesak dan kita semua pun turut terdesak. Lihat sajalah terkini harga beras yang telah naik. Harga minyak yang terus melambung. Dua contoh ini saja dah cukup mengheret satu dunia ke kemelut kenaikan kos taraf hidup yang tinggi.
Jadi semua orang pasti nak ‘kaya’ bukan materialistik tapi untuk memastikan diri dan keluarga terjamin. Tidak meminta-minta atau ketinggalan anak-anak dari segi pendidikan.

Berbalik pada bangsa Melayu yang mudah terpedaya dengan SCK, tidak dinafikan kebenarannya. Mengapa? Segan nak cakap, sebab kita pun Melayu. Namun hakikatnya:
1) Ramai yang terlalu memilih jalan mudah. Ingin mewah dengan usaha yang sedikit. Tak mahu keluar keringat. Harapkan letak wang dan terlalu percaya tanpa usul periksa latarbelakang pihak ketiga untuk menjayakan untungnya.
2) Tiada atau kurang pengetahuan tentang ilmu pelaburan. Tak bermakna pula kita kena kelulusan tertentu baru boleh melabur. Kita sentiasa boleh dapatkan bantuan mereka yang arif dan bertauliah. Kalau tak mampu pergi je melabur dalam dana-dana kerajaan, yang famous ASB sebagai contoh.
3) Kelicikkan mereka yang mencipta dan menggerakkan sistem ni kepada orang ramai juga diambil kira. Masa sekarang, pelbagai cara digunakan. Kekadang ia berjaya kelabukan mata orangramai dan tidak disangka ia sebenarnya SCK dan penipuanlah yang dihadapi.

Saya pernah di ‘approach’ oleh seorang pekerja salon untuk memasuki satu skim. Ia menggunakan wang pos. Perlu cari 2 orang dibawah kita dan kutiplah RM40 seorang dan ia perlu diteruskan oleh orang bawahan tu. Katanya di dah dapat RM500 dalam seminggu dan itu dikira sedikit, ada yang lebih lagi. Saya terus terfikir jika kita boleh untung begitu mudah tanpa usaha dan bermodalkan RM40, pasti ada pihak lain yang akan kerugian begitu mudah juga. Menurut katanya dia dah banyak pengaruh ’student’ kolej dan IPT. Kesian!
Cth diatas modalnya mungkin sikit. Sama saja kalau yang meminta modal besar. Pasti orang yang datang tu lebih hebat penampilannya dan mahir dalam ilmu mempengaruhi orang ramai.

Kesimpulannya: Tiada jalan mudah nak hidup senang atau mewah. Belajarlah naikkan harga kepercayaan kita supaya tak mudah terpedaya dan mulut yang terlalu manis berkata-kata mungkin terkandung racun berbisa bila kita percaya. Jangan pula mudah menilai orang dari luaran. Segak, berkereta besar tidak menjamin niatnya bersih.

Wassalam.-Adam Gonzale
http://www.facebook.com/pages/Say-No-To-MLM/154618694571313z

Tiada ulasan:

Catat Ulasan