Pengikut

Ahad, 24 Oktober 2010

Tip-Tips melabur dalam keadaan hutang or kekeringan...

Melabur Dalam Hutang

Melabur dalam hutang? Mungkin agak sedikit pelik bunyinya… tetapi, itulah salah satu pelaburan yang mungkin memberikan manfaat yang lebih baik kepada diri anda berbanding pelaburan-pelaburan yang lain.
Apa yang dimaksudkan dengan melabur didalam hutang? Kalau melabur dalam unit amanah ke? saham ke? hartanah ke?.. biasalah juga saya dengar.. tapi melabur dalam hutang.. tak pernah dengar pun!
Apabila membicarakan tentang pelaburan.. perkara pertama yang kerap timbul di fikiran ialah..
 “Berapa % kah kadar pulangan yang akan diperolehi?”
Secara kasarnya… berikut adalah peratus kadar pulangan bagi sesuatu pelaburan yang SAH disisi undang-undang.
Deposit Tetap – 3-4%
Unit Amanah – 5-9%
Saham – 10-20%
Option – 15-30%
Contoh Saham: tapi masuk la yg SAH sahaja seperti Public Mutual,CIMB unit Trust dll
Note : Ini hanya kadaran kasar sahaja.. realitinya. mungkin kurang atau mungkin juga lebih banyak lagi.
Biasanya apabila ada duit lebih sedikit.. kita akan lebih cenderung untuk melaburkan duit kita kepada produk-produk kewangan yang diharapkan dapat memberikan pulangan wang yang lebih tinggi seperti iASB, Unit Amanah dan juga Pasaran Saham. Seringkali, hutang-hutang yang ada, akan di abaikan dan dibayar hanya pada kadar yang minimum sahaja.

Kuiz! Jika anda mempunyai wang lebih sebanyak RM500 sebulan, dimanakah anda akan gunakan wang tersebut?

A) Melabur dalam Deposit Tetap ( Pulangan 3% setahun)
B) Melabur dalam ASB (Pulangan 6% setahun)
C) Melabur dalam Unit Amanah (Pulangan 12% setahun)
D) Membayar Hutang Kad Kredit ( Kadar Faedah 18% setahun)
18% -36% interst bank
So Pikir2 la mana nak melabur?? jawapanya C kot.. apapun  jgn labur duit anda kt perniagaan MLM sudah.. LESAP laa duit anda.
Klue Jawapan : Tidak ada gunanya anda melabur pada tempat yang menambahkan duit anda sebanyak 3% setahun, sedangkan hutang anda, menghakis duit anda sebanyak 18% setahun.

Anda hanya akan menjadi lebih miskin dan bertambah kecewa. Jadi.. fikir-fikirkan, laburkanlah duit anda pada tempat yang betul dan sah.
P/s:- Wei ****! bila nak bayor hutang aku? Mentang2 ler takde interest.. ko buat dek je ek! Isk! isk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan