Pengikut

Selasa, 19 Oktober 2010

Waterdrops @ Smart Kiosk didenda berjumlah RM42,000 jer..

by Say No To MLM on Friday, 15 October 2010 at 17:42
 KUALA LUMPUR - Empat pengarah kumpulan syarikat jualan langsung, Waterdrops didenda berjumlah RM42,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas 40 pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965. Mereka ialah Cheam Tong Meng, Ang Shwu Shan, Ricky Tan Chee Hui dan Leong Chin Seng yang mewakili syarikat Waterdrops Sdn. Bhd., Waterdrops Marketing Sdn. Bhd. dan Waterdrops Corporation Sdn. Bhd. Hakim S.M. Komathy Suppiah mengenakan denda RM30,000 bagi 10 pertuduhan untuk kesalahan gagal mengemukakan penyata untung dan rugi syarikat pada mesyuarat agung tahunan.

Kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000 jika sabit kesalahan. Mahkamah mengenakan denda RM3,000 kerana syarikat telah gagal untuk menyerah-simpan penyata tahunan kepada pendaftar syarikat selepas tempoh sebulan mesyuarat agung tahunan diadakan.

Perbuatan itu menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 165(4) akta yang sama yang boleh didenda maksimum RM2,000. Bagi 10 kesalahan mengikut Seksyen 143(1) iaitu kegagalan syarikat mengadakan mesyuarat agung tahunan sekali setahun, mereka didenda RM5,000.

Tong Meng selaku pengarah bersama bagi ketiga-tiga syarikat Waterdrops Sdn. Bhd., Waterdrops Marketing Sdn. Bhd. dan Waterdrops Corporation Sdn. Bhd., juga mengaku bersalah bagi pihak tiga syarikat tersebut atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 143(1). 
Pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd. Zulkhairi Kamaruzaman mengendalikan pendakwaan. Denda berjumlah RM42,000 dibayar oleh mereka.


*Salam geng2 yang kena kencing dengan waterdrops, kes diorang kat mahkamah dah setel. duit puluh2 ribu yang korang lebur dengan diorang apa cerita?  :D  :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan