Pengikut

Isnin, 22 November 2010

TATACARA PENGGUNAAN RANGKAIAN SOSIAL

TATACARA PENGGUNAAN RANGKAIAN SOSIAL

by Say No To MLM on Friday, 12 November 2010 at 18:35

the Dark inside
 1.   Sebagai pengguna Rangkaian Sosial ini, anda termaktub dengan terma dan syarat pada tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini.

2.   Rangkaian Sosial yang disediakan oleh SAY NO TO MLM ini terdiri daripada Facebook, Flickr dan Scribd dll

3.  SNTM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam Rangkaian Sosial ini.

4.   Sebarang pandangan yang dikemukakan di dalam Rangkaian Sosial ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan SNTM.

5.   Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

6.   Anda dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan  yang boleh menyinggung perasaan ahli Rangkaian Sosial yang lain.

7.   Anda tidak digalakkan menghantar ayat atau kandungan yang terkeluar dari topik utama.

8.   Pautan dan kenyataan yang berunsurkan LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

9.   Digalakkan supaya anda mengakui akan apa-apa kesilapan penggunaan ayat, bahasa atau kandungan dan membetulkannya dengan segera.

10.   Pastikan kenyataan atau muat naik dokumen anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

11.   Anda tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

12.   Dokumen yang telah dimuat turun tidak boleh digunakan untuk tujuan yang salah di segi undang-undang.

13.   Pihak pengurusan SNTM di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan yang di buat di dalam Rangkaian Sosial ini. Anda sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam rangkaian sosial  ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

14.   Pihak PengurusanSNTM berhak meminda Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.


From: Admin SNTM Facebook

DISEBALIK TABIR LAMAN SOSIAL POPULAR FACEBOOK

9 juta Pengguna FB di Msia
Disini SNTM ingin kongsi satu perkara yang amat penting utk kita terutamanya rakyat malaysia khursusnya yang beragama Islam..biarlah cite ni dah pun lapuk atau pun basi, tetapi satu permintaan saya, tolonglah baca dengan betul2 mengenai perkara ini....

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Facebook the DarkSide!!
Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.


ada apa dengan FB?
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?Sedarkah kita bahawa semua data-data yang ada di Facebook itu ada kaitan dengan CIA?Tahukah kita bahawa semua data itu boleh diakses oleh sesetengah pihak dengan mudah?Tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita malah keluarga kita!!Sila lihat slide flash ini:http://albumoftheday.com/facebook/

Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita:

Sila Click link ini utk keterangan lanjut:http://albumoftheday.com/facebook/

Cuba bayangkan!!!Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk orang-orang tertentu mendapatkan data peribadi kita dengan PERCUMA. Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Halo…Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:

Esok kalau katakan ada pihak yang ingin membuat onar, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Macam-macam yang mereka boleh buat kepada golongan bijak pandai ini. Ini adalah kerana mereka sudah tahu dimanakah golongan bijak pandai tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!Facebook nombor 1 sekarang !!!

Memang betul.Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.Dan ini juga adalah satu fakta:

Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

Segala Maklumat anda ada pada CIA
Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…

Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja....

 info from : http://fenomenasyid.blogspot.com/



Penipuan & Scam dari ID user FB
Penipuan dalam perniagaan seperti MLM & SCK

Sumber :: Pages Say No To MLM (Facebook)

Meminta Dalil - Ia Bukti Kejahilan Anda!

Dengan nama Allah. Segala puji hanya untuk-Nya, Tuhan dan Pelindung kami, dan moga dicurahkan keamanan dan kesejahteraan kepada Utusan terakhir-Nya.

Komentar ini tidak berniat untuk menghina sesiapa. Kami sayang semua saudara se-Islam yang mencintai Allah dan Rasulullah sallahu 'alayhi wasalam, dan yang berkerja dengan ikhlas untuk deen ini, tanpa mengira apa pun pegangan yang mereka pilih. Jika kata-kata ini kelihatan agak kasar bagi sesetengah pihak, maka ia semata-mata bertujuan bagi menyampaikan maksud dengan lebih jelas dan tepat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh mencabar ini.

Tulisan ringkas ini ditulis berikutan satu permasalahan hukum fiqh yang telah diajukan kepada saya. Si penyoal ingin juga mengetahui dalil-dalil yang digunakan tentang sesuatu hukum. Saya menyedari bahawa si penyoal itu sebenarnya berniat untuk membandingkan dalil daripada individu-individu yang telah mereka tanya, dan kemudian membuat kesimpulan sendiri tentang pandangan yang manakah lebih kuat.

Saya berpendapat bahawa mengemukan segala dalil dari pandangan mazhab Hanafi tentang soalan tersebut kepada orang awam adalah satu tindakan yang kurang sesuai. Saya akan cuba untuk menerangkan sebab-musababnya.

Saya memberitahu hukum fiqh tersebut berdasarkan pandangan mazhab Hanafi, dan kemudian saya berkata: "Apa jua fatwa, jika ia datang dari salah satu empat mazhab yang dipegang oleh ahlus sunnah wal jamaah, adalah datang dari studi, kajian, dan ijtihad oleh ratusan ulama terbilang dari ummah ini, yang mana mereka telah memberi sumbangan besar bagi menyemak semua hukum-hakam dalam mazhab masing-masing. Mereka adalah pakar dalam segala disiplin ilmuan Islam. Ramai di antara mereka yang menghafaz lebih seratus ribu buah hadith junjungan Nabi kita. Para ulama mazhab Hanafi yang berjaya mencapai darjat kehormat ini kebanyakannya adalah Hafiz Hadith.

Bukan itu sahaja, bahkan mereka adalah golongan yang mempunyai tahap kesolehan dan ketaqwaan yang begitu tinggi kepada Allah - ia boleh dibuktikan melalui biografi mereka. Maka kita harus menerima dengan gembira segala keputusan yang mereka beri tanpa perlu meyoal apakah dalil-dalil yang digunakan. Dan kita tidak akan pandang kepada golongan yang tidak mengakui autoriti para ulama terbilang ummah ini serta asyik mahu mengkaji dalil bagi setiap hukum. Padahal golongan ini tiada langsung latihan asas dalam lapangan keilmuan Islam, atau pun pernah mempelajari mana-mana kitab muktabar dengan guru yang berkelayakan.

Adalah satu perkara yang mengarut apabila orang awam sentiasa bertanyakan dalil. Ia seperti seseorang yang tidak pernah belajar subjek sains GCSE [1] berdebat tentang teori relativiti [2] dengan seorang profesor fizik. Atau pun seperti seseorang yang tiada langsung ilmu asas biologi atau kimia yang berdebat dengan seorang doktor pakar tentang ubat manakah yang paling tepat bagi merawat sesuatu penyakit.

Orang sebegini pasti akan diketawakan! Apakah anda fikir akan ada mana-mana profesor yang akan melayannya? Profesor itu tidak akan membuang masa untuk berbincang dengannya. Orang yang begini, kalau dia betul-betul ingin memberikan pandangan tentang fizik teoritikal, harus terlebih dahulu mengambil GCSE selama dua tahun, kemudian membuat A-Levels [3] selama dua tahun, kemudian mengambil ijazah (3 tahun), kemudian buat ijazah lanjutan (1-2 tahun), kemudian mengambil PhD (3-5 tahun). Dan akhirnya barulah dia boleh duduk semeja berbincang dengan profesor!

Begitu jugalah dengan seseorang yang tidak pernah belajar langsung kurikulum asas dalam bidang fiqh, tetapi dengan berani mencabar para ulama fiqh yang terbilang, yang menjadi salaf dan khalaf ummah ini. Padahal si fulan ini tiada langsung kemahiran asas bagi memahami atau pun menilai sesuatu dalil.

Anda fikir mengeluarkan pandangan berkaitan hukum-hakam itu lebih mudah berbanding mengeluarkan pandangan dalam fizik teoritikal?

Meminta dalil bagi setiap hukum itu sendiri sudah cukup menjadi dalil jelas kejahilan anda dalam proses melakukan ijtihad.

Apakah anda fikir bahawa cara mengetahui dalil-dalil bagi setiap hukum itu adalah sekadar diberitahu sepotong ayat Al-Quran atau pun hadith? Tugas kamu sebagai orang awam atau pun seorang budak mentah yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang keilmuan Islam bukannya untuk mengetahui segala dalil bagi setiap hukum-hakam. Tetapi tugas kamu cukup sekadar mengetahui hukum bagi sekian-sekian perkara, berdasarkan salah satu daripada empat mazhab yang diterima oleh ahlus sunnah wal jamaah pada hari ini, dan pada masa yang sama harus sedar bahawa semua hukum-hakam itu dibuat berdasarkan ilmu dan kajian yang mendalam dari pelbagai jenis sumber.

Jika kamu sudah betul-betul berminat untuk mengetahui dalil-dalil bagi hukum itu ini, maka sila mulakan langkah yang pertama untuk belajar ilmu Islam yang mulia ini. Kamu sangat-sangat dialukan! Untuk mendapatkan tahap ilmu paling asas pun sudah memerlukan tempoh pembelajaran serius selama 5-8 tahun. Ini baru yang asas; ia tidak termasuk tempoh untuk melakukan pengkhususan!

Percayalah kepada saya, dalil-dalil itu ada dan wujud dalam setiap mazhab. Begitu banyak kitab-kitab rujukan muktabar mazhab Hanafi yang membincangkan dengan begitu terperinci setiap hukum yang ada, dan ia ditulis oleh ulama-ulama hadith dan fiqh yang sangat berwibawa. Jangan malu-malu untuk berjumpa mereka pada bila-bila masa jika anda ingin melihat dalil-dalil bagi sesuatu hukum yang dikeluarkan. Tetapi bagi individu yang tidak terlatih, seperti anda, pasti tidak akan dapat faham hasil tulisan dan kitab peringkat tinggi ini. Ia seperti mana pelajar sains GCSE yang membaca artikel kajian dalam bidang fizik kuantum, atau pun membaca jurnal perubatan yang begitu kompleks. Kamu pasti tidak akan dapat faham langsung apa yang dibaca, malah akan makin keliru.

Inilah masanya untuk kamu merendah diri. Jika kamu pelajar GCSE, kamu hanya perlu belajar perkara asas, dan terima sahaja apa yang guru kamu ajarkan. Bertahun-tahun lepas itu, apabila kamu sudah makin pintar, dan makin rajin mencari ilmu, kamu mungkin akan dapat membincangkan teori-teori yang sangat kompleks dan kemudian membuat rumusan sendiri.

Malangnya, sebagai sebahagian daripada bida'ah zaman moden yang patut diperbetulkan, telah wujud satu fahaman yang menjalari umat, yang mana ia menolak keempat-empat mazhab, dan memberikan dorongan kepada orang awam bagi menyoal setiap hukum - dengan itu mereka dapat membuat pendapat sendiri dan mencanai jalan sendiri! (Ini sebenarnya adalah sunnah seorang penyanyi Amerika, Frank Sinatra, yang menanyi "I did it my way'", tapi ni sudah tentu bukan sunnah para ulama salaf). Jika kamu percaya bahawa pelajar GCSE boleh mengeluarkan pendapat dalam teori kuantum, maka ahlan wa sahlan!

Kamu harus diberikan amaran bahawa apa yang kamu lakukan ini adalah haram, iaitu mengeluarkan fatwa tanpa memiliki kelayakan. Jika semua orang secara automatik berkelayakan untuk mengeluarkan/memilih hukum sendiri, ia akan membawa kepada kemusnahan dan kekacauan dalam bidang perundangan syariah. (Oh ya, hanya kerana kamu berbangsa Arab atau tahu berbahasa Arab, itu tidak menjadikan kamu seorang mufti secara automatik!). Setiap bidang ilmu ada kurikulum dan kaedah masing-masing. Perundangan Islam dan kaedah mengeluarkan hukum-hakam adalah salah satu disiplin ilmu yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk menguasainya.

Sebagai contoh, untuk menjadi seorang peguam, kamu mestilah memiliki keputusan A-level yang cemerlang, kemudian ambil ijazah Perguaman. Malah selepas itu kamu perlu lulus Bar examinations [4]. Itu masih tak cukup! Kamu kemudian perlu menghabiskan masa bertahun-tahun bersama-sama dengan seorang peguam sebelum kamu boleh menjalankan bisnes sendiri. Pada waktu ini, kamu baru setakat menjadi peguam junior. Selepas itu berapa tahun lagi yang diperlukan untuk membuat kajian dan mengumpul pengalaman yang diperlukan sebelum kamu boleh menjadi salah seorang QC, atau hakim tinggi?

Cukup ganjil apabila ada orang yang menganggap dirinya sudah layak untuk mengeluarkan hukum setelah dia membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran dan juga versi rumusan kitab Sahih Bukhari! Ini semua sebenarnya adalah refleksi kepada kejahilan kita yang teramat sangat. Kamu tidak pernah masuk sekolah Undang-undang dan kamu pula begitu teringin untuk mengeluarkan hukum??

Kamu adalah pelajar sains GCSE dan kamu pula ingin masuk bersama dalam perbincangan sesama profesor??

Merendah dirilah! Kalau kamu mahu berbincang isu-isu dalam hukum-hakam Islam, maka pergi cari para ulama yang menjadi pewaris Nabi, dan duduk bersama mereka, dan belajar dengan mereka. Tirulah juga sifat-sifat mulia yang ada pada mereka, termasuk juga ilmu yang para ulama ini miliki - mudah-mudahan kamu dapat menerima cahaya yang ada pada ilmu Islam yang mulia ini.

Jika kamu telah menghabiskan usiamu mempelajari perubatan atau kejuruteraan, atau pun sibuk dalam bidang perniagaan sehingga tiada masa untuk mendalami ilmu Islam, dan kini apabila tiba masa tua, kamu pun berazam untuk menjadi lebih 'religious' - kamu pun selalu berkunjung ke masjid dan lain-lain lagi. Tapi tolonglah, jangan fikir kamu boleh buat crash-course dalam deen ini dengan sekadar membaca Fiqh al-Sunnah atau pun Tafsir al-Mawdudi, dan kemudian kamu fikir kamu sudah sampai tahap untuk berdebat dengan para ulama. Tolong biarkan perkara berkaitan deen kepada mereka yang telah menyimpan masa muda untuknya dan telah mengorbankan masa bertahun-tahun untuk mempelajari disiplin ilmu Islam yang sangat luas ini.

Seorang daripada guru saya selalu berkara: "This is the deen, not teen (fig)!!" [5] Kamu sedang berurusan dengan ilmu Islam! Ini bukan benda main-main yang boleh diperbincangkan sesuka hati oleh orang awam. Ini datang dari budaya Barat yang menjadikan seseorang itu angkuh - mereka percaya bahawa mereka boleh memberikan pandangan dalam segala isu, dari teologi kepadalah hukum fiqh. Hakikat sebenarnya, kamu tidak berada pada kedudukan untuk menilai dalil-dalil yang ada, dan kemudian membuat kesimpulan sendiri akan pandangan manakah yang lebih kuat atau rajih.

Saya masih ingat satu perbualan saya dengan seorang remaja berusia 18 tahun, jambang dan misainya dicukur rapi, memakai jeans dan jaket kulit, di bahagian luar sebuah masjid di kawasan saya. Remaja ini mula mengamalkan Islam dengan baik sejak dua tahun yang lepas. Dia dengan agak serius menerangkan kepada saya tentang bagaimana dia menilai dalil-dalil yang dikemukakan dari mazhab-mazhab yang berlainan tentang sesuatu isu, dan kemudian dia sudah boleh membuat rumusan akan pandangan manakah yang lebih kuat! Walau pun si remaja ini tidak tahu satu pun perkataan dalam bahasa Arab, namun itu tidak membuatkannya berputus asa - pastinya dia akan mendapatkan bahan rujukan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris!

Malangnya, si remaja ini tiada idea sama sekali betapa kompleksnya proses mengeluarkan hukum, dan juga betapa luasnya perbincangan di antara mazhab tentang sesuatu isu. Apakah dia tidak sedar bahawa dia juga sekadar bertaklid buta kepada apa jua ulama bentangkan kepadanya tentang sesuatu isu? Dia sendiri tidak pernah menyemak sama sekali sumber maklumat yang dijadikan hujah, iaitu kitab-kitab rujukan dalam keempat-empat mazhab - dia tidak melihat apakah yang diperbincangkan dalam keempat-empat mazhab tentang isu tersebut. Sudah diketahui umum bahawa kamu tidak boleh mengeluarkan hukum dalam mazhab Hanafi berdasarkan teks dari mazhab Shafi'i, dan sebaliknya. Ini kerana ia selalu memberikan pandangan kurang tepat tentang mazhab yang lain - kamu sebenarnya kena menelaah teks dari mazhab yang kamu ingin kaji, dan bukannya mengambil teks dan kitab yang ditulis oleh mazhab Shafi'i untuk menilai hukum-hakam dalam mazhab Maliki.

Saya akan berikan anda satu contoh mudah yang selalu dijumpai pada hari ini. Kita akan melihat bagaimana terdapat sesetengah umat Islam yang berfikir bahawa mereka telah pun melakukan 'ijtihad' yang sangat hebat, dan melakukan kesimpulan sendiri berkenaan sesuatu hukum (setelah menyedari bahawa semua empat mazhab telah salah sejak 1424 tahun lamanya). Isu ini adalah berkaitan tentang di manakah sepatutnya meletakkan tangan semasa berdiri dalam solat.

Hari ini agak mudah untuk melihat umat Islam yang meletakkan tangan di atas dada atau leher ketika berdiri dalam solat. Sebenarnya, kaedah sekian lama yang diamalkan lebih seribu tahun adalah meletakkan tangan di bahagian sedikit atas-atau-sedikit bawah dari paras pusat. Dan inilah cara yang dipersetujui dalam keempat-empat mazhab - dan bukannya di atas dada (kecuali bagi wanita mengikut pandangan mazhab Hanafi), dan sama sekali bukan di atas leher! (Sesetengah ulama mazhab Maliki berpendapat adalah sunnah untuk menyengetkan sedikit kedudukan tangan ke bahagian sisi badan).

Namun demikian para Imam Mujtahid muda abad ke-21 lebih cerdik. Bagi mereka, kesemua pakar dalam empat mazhab tidak pernah buka kitab Fiqh al-Sunnah, satu kitab penting bagi yang ingin menjadi mujtahid! Malah kitab ini juga banyak terjemahannya bagi mujtahid yang jahil bahasa Arab! Kamu buka dan selak bab yang membincangkan: "Sunnah dalam Solat, Kedudukan Tangan" (jilid 1, halaman 132) dan kamu akan jumpa hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi yang menunjukkan bahawa Rasulullah sallahu alayhi wasalam bersolat dengan meletakkan tangannya di atas dada. Imam al-Tirmidhi mengatakan hadith ini hasan. Kamu juga akan dapat membaca hadith serupa yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaima dalam kitab Sahih Ibnu Khuzaima, yang mana beliau menarafkan hadith ini sahih.

Nah, itu dia! Mujtahid muda ini telah pun membereskan kerjanya! Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat hadith sahih tentangnya. (Padahal tak tahu pun siapa Ibnu Khuzaima ni...tapi macam penting aje orangnya!). Keempat-empat mazhab - Hanafi, Shafi'i, Maliki, dan Hanbali - telah salah. Dan selepas itu, si mujtahid muda ini kelihatan bersolat di masjid dengan meletakkan tangannya tinggi di atas dada, dan melihat dengan pandangan menghina kepada mereka yang 'bertaqlid membabi-buta' kepada mazhab.

Sekarang kita akan melihat dengan mendalam akan 'dalil-dalil' yang diberikan dalam Fiqh al-Sunnah itu. Dan satu penemuan mengejutkan telah ditemui.

Pertama sekali, bagi mereka yang betul-betul belajar kitab al-Jaami oleh Imam al-Tirmidhi, pasti akan sedar bahawa al-Tirmidhi TIDAK pernah sama sekali menyentuh hadith yang mana Rasulullah meletakkan tangannya di atas dada ketika solat! Apatah lagi menilainya sebagai hasan!! Ini adalah kesalahan yang sangat serius bagi pengarang Fiqh al-Sunnah.

Kesilapan besar nombor dua: Walau pun Ibnu Khuzaima ada membawakan hadith tersebut dalam kitabnya, beliau TIDAK PERNAH menganggapnya ia sahih. Sebenarnya, Ibnu Khuzaima tidak langsung membuat sebarang komen tentang status hadith yang beliau muatkan di dalam kitabnya. Namun demikian, bagi sesiapa yang faham metodologi yang digunakan oleh Ibnu Khuzaima, pasti akan dapat melihat petunjuk-petunjuk yang boleh dijadikan inferens untuk menolak hadith ini sebagai hasan, apatah lagi sahih. Pertama, beliau tidak meletakkan hadith tentang meletakkan tangan di atas dada di bahagian awal bab (yang mana ini adalah kaedah lazim beliau dalam memberi isyarat tentang status hadith di dalam setiap bab). Kedua, beliau meletakkan hadith tersebut di bahagian akhir bab, yang mana ia menandakan kedaifannya.

Sekarang, mari pula kita lihat sanad hadith ini yang menunjukan bahawa terdapat Mu'ammal ibnu Ismail, yang mana majoriti ulama hadith mengatakan bahawa dia adalah periwayat yang lemah, dengan menekankan bahawa beliau seorang yang tidak kuat daya ingatan! Imam Bukhari sendiri mengatakan belliau adalah 'munkar al-hadith', bermaksud hadith yang datang darinya adalah ditolak sama sekali! Terdapat kritikan yang lebih dalam tentang sanad hadith ini, tetapi kita tidak akan membincangkan dengan lebih dalam buat masa ini.

Sekarang kita sudah pun nampak apa masalah sebenar. Mujtahid muda sebenarnya bukanlah seorang mujtahid sama sekali! Dia sekadar membaca satu bab dari Fiqh al-Sunnah dan menerima bulat-bulat dan bertaqlid apa yang dibacanya, tetapi telah merasakan dirinya telah membuat satu ijtihad mantap! Bayangkan berapa banyak lagi kesilapan ilmiah dalam kitab itu, dan kitab ini telah menjadi antara kitab paling popular di kalangan Muslim! Kesalahan yang dikorek dari kitab itu adalah begitu serius. Salah seorang dari guru saya pernah mengatakan bahawa kesalahan fakta dalam kitab Fiqh al-Sunnah itu bukannya kesilapan kecil yang kadang-kala akan dapat kita jumpa dalam tulisan-tulisan para ulama. Tetapi ia adalah bukti kejahilan mutlak pengarangnya, dan ia tidak boleh dimaafkan.

Pada akhirnya nanti, realitinya kamu akan tetap menjadi muqallid, sama ada kamu sedar atau tidak. Untuk mengikut siapa adalah terpulang kepada kamu: sama ada pengarang Fiqh al-Sunnah, atau al-Albani, atau pun salah satu dari mazhab yang empat. Akhir sekali, mempelajari dan mengetahui dalil-dalil bagi hukum-hakam bukannya sesuatu yang salah, tapi ia mesti disesuaikan dengan konteks dan tempatnya.

Sebarang komen boleh dibuat tentang isu ini, tetapi cukuplah bagi saya dengan apa yang telah diutarakan. Berdoalah kepada Allah agar Dia melindungi kita semua dalam payungan rahmat-Nya dan membimbing kita ke arah kebenaran dalam apa jua perkara. Semoga Dia memberikan kekuatan bagi kita untuk melakukan amalan yang dapat menggembirakan-Nya. Dan moga keamanan serta rahmat dicurahkan ke atas Rasulullah sallahu alayhi wasalam, ahli keluarganya, dan para sahabat Baginda. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekian alam.

Ditulis oleh:
Hamba kepada ilmu yang mulia,
Ridhwan ibnu Muhammad Saleem,
Damascus, Ramadhan 1424 H

Diterjemahkan oleh:
Tawel-Sensei
,hembusan.blogspot.com30
Rejab 1427 H

PELABURAN TERNAKAN / KONTRAK FARMING ADALAH PENIPU/SCAM!!

Jika anda mendapat apa-apa panggilan telefon handphone daripada oraang yg tak dikenali yg offer anda join sesuatu program pelaburan dalam bidang pertanian, JANGAN SESEKALI TERPEDAYA!!!

Contoh Skim Cepat Kaya yg belom kena tangkap lagi...
Itu semua adalah penipu. Penjenayah2 ini nak menipu orang Islam dgn menggunakan taktik "Pertanian Adalah Perniagaan" dan suka jual nama Jabatan Pertanian, MARA, koperasi2, bank2 kononnya boleh bagi pembiayaan modal utk projek pertanian.

Diingatkan supaya jangan join jadi pelabur/pelebur duit utk projek2 seperti berikut:

1- Projek ternakan kambing/saham ternakan kambing
2- Projek ternakan lembu/saham ternakan lembu
3- Projek ternakan ikan keli/saham ternakan ikan keli
4- Projek ternakan ikan ketutu/saham ternakan ikan ketutu
5- Projek ternakan ikan arowana/saham ternakan ikan arowana
6- Projek ternakan cacing tanah/saham ternakan cacing tanah
7- Projek ternakan lintah/saham ternakan lintah
8- Projek ternakan ketam nipah/saham ternakan ketam nipah
9- Projek ternakan burung layang-layang (Walid)/saham ternakan burung layang-layang (Walid)
10- Projek tanaman pokok jarak/saham pokok jarak
11- Projek tanaman pokok roselle/saham pokok roselle
12- Projek tanaman pokok vanilla/saham pokok vanilla
13- Projek tanaman pokok serai/saham pokok serai
14- Banyak lagi tolong senaraikan....
Ini yg dapat dikesan sebagai program pertanian penipu.

Dan jangan sesekali terpedaya dgn kaedah KONTRAK FARMING kerana kontrak farming adalah kaedah yg paling mudah utk menipu. Semua program KONTRAK FARMING ADALAH PENIPU. DEMI ALLAH!!!!

DEMI ALLAH!!! Aku bercakap di sini berdasarkan pengalaman aku. Bukan sembarang2. Aku dah masak dgn benda2 macam ni.thanks bro....

Ahad, 7 November 2010

Henti jadikan kakitangan awam 'lubuk emas' skim MLM & SCK

Oleh: Mohd `Adlan Mohd Shariffuddin
Gambar sekadar hiburan sahaja.
Bekerja sebagai penjawat awam merupakan impian emas ramai orang kerana faktor kestabilan pendapatan bulanan dan faedah-faedah yang diterima berbanding kerjaya dalam bidang swasta atau bekerja sendiri. 

Gaji bulanan yang tetap dianggap sebagai satu jaminan untuk kehidupan yang sejahtera. Justeru, ramai ibu bapa berharap agar anak-anak mereka dapat menjadi polis, tentera, pegawai kerajaan, atau sekurang-kurangnya kerani di mana-mana jabatan.

Namun, sesetengah pihak yang panjang akal melihat hal ini sebagai satu kesempatan untuk menjana pendapatan mereka dengan cara tersendiri, atau untuk mengaut keuntungan seolah-olah penjawat awam adalah lubuk emas. 

Hal ini dapat dilihat apabila banyak golongan terutama yang berorientasikan perniagaan menyasarkan penjawat awam sebagai pasaran utama mereka. Bermula dengan pelbagai syarikat insurans, pinjaman peribadi, Ah Long, pakej percutian, alatan komputer dan telefon bimbit,perniahaan berasakan MLM & skim cepat kaya serta tidak ketinggalan aksesori kenderaan. Banyak daripada mereka menjadikan penjawat awam sebagai pelanggan nombor satu mereka.

Benar, banyak transaksi boleh berlaku dengan hanya menggunakan skim 'potong gaji' atau skim ansuran. Namun, kita dapat melihat ramai penjawat awam yang merungut kerana berasa terperdaya dengan produk yang tidak berkualiti, lebih mahal daripada harga sebenar di pasaran, khidmat pasca-jualan yang tidak memuaskan dan kemudian di hujung bulan, mereka merungut kerana lebih banyak hutang berbanding pendapatan bulanan.

Lebih teruk apabila penjawat awam ini mengambil sikap melulu dalam membeli sesuatu produk atau perkhidmatan tanpa membuat kajian kualiti terhadap produk atau perkhidmatan tersebut. Ini ditambah dengan sikap sesetengah daripada mereka yang membeli dengan alasan 'kerana boleh berhutang' walaupun produk tersebut bukan keperluan mereka.

Saya menyeru kepada pihak yang terlibat dalam memanipulasi penjawat awam ini agar berhenti daripada menjadikan kakitangan awam sebagai lubuk emas mereka. Berniagalah dengan adil dan tawarkanlah produk atau perkhidmatan yang benar-benar berkualiti, bukan semata-mata untuk keuntungan peribadi.

Para penjawat awam pula hendaklah tidak sewenang-wenang membuat sebarang 'hutang' atau pembelian produk dan perkhidmatan yang bukan keperluan mereka. 

Banyak saluran boleh digunakan oleh penjawat awam untuk mendapatkan nasihat atau pandangan kedua sebelum membeli sesuatu. Sekurang-kurangnya, mereka boleh merujuk kepada majikan masing-masing, atau lebih baik, mencari maklumat lanjut daripada Persatuan Pengguna atau di Internet.

Rabu, 3 November 2010

Penipuan Penganjur Kelas FOREX berkonsep MLM

KUALA LUMPUR: Teruja dengan tawaran jawatan tinggi sebagai eksekutif pentadbiran menyebabkan puluhan graduan tempatan menjadi mangsa penipuan syarikat pelaburan ‘wajib rugi’ yang didakwa menjalankan perdagangan mata wang asing (forex) di luar negara.
salah satu contoh kelas FOREX. cikgu ajar tapi cikgu main forex pun rugi...
Kebanyakan mangsa yang baru tamat pengajian dan terdesak mahu mendapatkan pekerjaan didakwa tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran pekerjaan itu yang kononnya menawarkan gaji sehingga lima angka setiap bulan.
Bagi mencapai hasrat itu, semua mangsa dikehendaki keluar mencari pelanggan yang berminat melabur wang ke dalam syarikat berkenaan.

Pihak syarikat berjanji memberi komisen sehingga AS$60 atau RM186.80 kepada pekerja yang membawa seorang pelanggan melabur dalam syarikat itu.
Tertarik dengan tawaran gaji lumayan itu, menyebabkan ramai graduan lepasan ijazah bersetuju bekerja di syarikat itu yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng di sini.
Sumber polis berkata, bagi memastikan sasaran memperoleh komisen tinggi tercapai, ada graduan sanggup memujuk ahli keluarga dan rakan termasuk ibu bapa menjadi pelanggan mereka.

Beliau berkata, mangsa bersetuju melabur antara RM100,000 hingga RM200,000 selepas diyakinkan syarikat berkenaan mereka akan memperoleh keuntungan lumayan.

*jual E-Book Forex & buat kelas Forex (yuran rm300 seorg ) buat yang ini lagi untung.hehehehe.. kene tipu selalu

Nasihat PPS Kenshido Kepada Para Usahawan MLM Dan Yang Seangkatan Dengannya.

Status Halal Old Town White Coffee (OTWC) | Status Sijil Halal Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)

Status Halal Old Town White Coffee (OTWC) | Status Sijil Halal Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)

SCAM : PROJEK PERKONGSIAN TERNAKAN KAMBING

Lagi Bisnes Penipuan.... tgk ayat baik punya....

SYARIKAT INDUK : ADZ Cycas Sendirian Berhad (771275 - U) 

Di Bawah Pengurusan : Tangga Gemilang EnterpriseAlamat : 09-01, Susur Larkin Perdana 1, Persiaran Larkin Perdana Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Syarikat Tangga Gemilang Enterprise mempelawa anda menyertai perniagaan ternakan kambing secara perkongsian. Anda hanya perlu membeli kambing mengikut kemampuan anda. Satu perjanjian akan dibuat dan ditandatangani yang mana anda bersetuju menyerahkan sepenuh kuasa kepada Syarikat ADZ Cycas Sendirian Berhad untuk menternak, membeli semula dan memasarkan @ menjual kambing tersebut. Pembeli akan diberi sijil pemilikan.
Picture sekadar hiburan
Syarikat akan memberikan keuntungan hasil dari penjualan selepas 60 hari kepada anda bagi setiap ekor kambing yang anda beli.

CONTOH :RM 550.00 =Harga Belian Seekor KambingSELEPAS 60 HARIRM 900.00 =Harga Kambing DijualRM 150.00 =(Tolak) Kos PenjagaanRM 750.00 =Untung KasarRM 550.00 =(Tolak) Modal – Akan Digantikan Dengan Kambing BaruRM 200.00 =Untung Bersih *

Jumlah Kambing / Harga Belian / Untung Bersih2 Ekor / RM 1100 / RM 400 *3 Ekor / RM 1650 / RM 600 *4 Ekor / RM 2200 / RM 800 *5 Ekor / RM 2750 / RM 1000 *6 Ekor / RM 3300 / RM 1200 *7 Ekor / RM 3850 / RM 1400 *8 Ekor / RM 4400 / RM 1600 *9 Ekor / RM 4950 / RM 1800 *10 Ekor / RM 5500 / RM 2000 ** Dibayar Setiap 2 Bulan @ 60 Hari* Tertakluk Pada Perjanjian

TUJUAN PROJEK : Berkongsi Modal - Syarikat Menjual Kambing Kepada Pekongsi• Berkongsi Keuntungan - Syarikat Membeli Semula Kambing Tersebut Dengan Harga Yang Dipersetujui Dan Membayar Keuntungan Dengan Kadar Yang Tinggi• Meningkatkan Ekonomi - Dengan Kadar Keuntungan Yang Tinggi, Mudah-mudahan Mampu Meningkatkan Ekonomi Terutama Untuk Orang Islam

PROSES PEMBELIAN : Seekor Kambing Berharga RM 550.00• Pembeli Akan Mengisi Borang Pesanan Pelanggan Dan Perjanjian Serta Membuat Pembayaran• Syarikat Akan Memutuskan Samada Pesanan Tersebut Diterima Atau Ditolak• Keseluruhan Bayaran Akan Dipulangkan Sekiranya Pesanan Di Tolak.

PROSES SELEPAS PESANAN DITERIMA : Pembeli Akan Menerima Sijil Pemilikan & Menyerahkan Hak Penjagaan Kambing Kepada Syarikat Selama 2 Bulan• Syarikat Akan Bertanggungjawab Ke atas Kambing Tersebut Selama Dalam Penjagaan.• Kos Penjagaan Adalah RM2.50 Sehari = RM 150.00 Untuk Dua Bulan Akan Ditanggung Oleh Pembeli

PROSES SELEPAS 2 BULAN :  Syarikat Akan Membeli Semula Kambing Tersebut Dengan Harga RM 900.00• RM 150.00 Akan Di Potong Dari Pembelian Semula Ini Untuk Kos Penjagaan.• RM 550.00 ( Modal ) Juga Akan Di Tolak Jika Pembeli Tidak Menarik Diri & Syarikat Akan Menggantikan Dengan Kambing Yang Baru.• Pembeli Akan Menerima Baki Bersih RM200.00

PROSES PEMBAYARAN & PENARIKAN DIRI :  Pembeli Akan Menerima Cek Sebanyak RM200.00 Dalam Tempoh 7 Hari Selepas Pembelian Semula.• Jika Ada Penarikan Diri Oleh Pembeli, Cek Sebanyak RM750.00 Akan Diberikan. (Modal + Untung)• Penarikan Diri Perlu Dibuat Dengan Bertulis Sebulan Sebelum Tarikh Tamat. • Pembeli Perlu Menyerahkan Sijil Pemilikan Dan Salinan Kad Pengenalan.

p/s: hati2 dengan Skim pelaburan duduk diam dapat duit (4D)

Saya beli Ferrari tunai,bukan guna dana Finas…tak mohon pun – Penerbit Les Copaque

INI cerita penerbit yang tempah Ferrari, yang kononnya dapat dana Finas untuk buat filem tapi filem sampai sekarang menyepi…. 
Rasanya, penerbit yang dimaksudkan tak lain tak bukan Haji Burhanuddin Md Radzi yang sekarang ini sudah pakai Ferrari, selain kereta mewah lain yang parking di rumahnya. 
 Wah! Apa jadi dengan filem Zaiton Sameon itu Aji, betulke you tempah Ferrari dengan duit Finas? Aji, you kena jawab… 
 “Siapa kata saya tempah Ferrari, dah pakai dah pun!” jawab Pengarah Urusan Les Copaque ini bila dihubungi . Sekalipun bengang dengan tuduhan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu, beliau tetap tenang. 
 Beliau yang mengesyaki ada pihak tertentu cuba mensensasikan isu filem Zaiton Sameon dan menyerangnya secara peribadi menanggap segala tuduhan itu adalah palsu dan tidak berasas langsung. 
 “Saya harap orang yang buat tuduhan ini semak dulu fakta betul. Saya sudah pun beli Ferrari seminggu sebelum hari raya. Dan, saya beli secara tunai, langsung tidak libat soal dana Finas kerana saya tidak pernah mohon dana Finas setakat ini,” katanya sambil memberikan maklumat lengkap tentang Ferrarinya, iaitu bewarna hitam jenis California dan baru saja dibawa masuk ke Malaysia. Ia kereta baru, bukan re-cond. 
Haji Burhanuddin (kanan) mempunyai tujuh buah kereta mewah. itu Baru Usahawan namanya
Tambahnya, beliau diberitahu Naza Italia membawa masuk 5 buah saja untuk model ini dan beliaumerupakan pembeli yang kedua membelinya. 
 Untuk makluman, Haji Burhanuddin (kanan) mempunyai tujuh buah kereta mewah dan rumahnya 5 tingkat, lengkap dengan lif. 
 “Kesemuanya saya beli dan buat secara tunai tanpa sebarang bantuan atau dana kerajaan. Sekiranya saya mendapat dana Finas, jumlah yang diterima pun tidak cukup untuk membayar sebiji Ferrari yang saya beli itu. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah pun mohon bantuan dana Finas untuk membuat filem Zaiton. Semua perbelanjaan ditanggung oleh saya sendiri,” terangnya. 
Kontroversi melibatkan penerbit Upin dan Ipin ini timbul apabila filem cereka terbitan Les Copaque, Zaiton Sameon, dikatakan tidak seperti yang diharapkan oleh Haji Burhanuddin. Filem itu diarahkan oleh Fauziah Nawi. 
 Filem itu kini terperap dan Haji Burhanuddin sedang memikirkan cara lain untuk ‘membaiki’ hasil filem berkenaan. 
 Menyentuh tentang Fauziah Nawi, Burhanuddin memberitahu, “Saya baru saja menamatkan kontraknya minggu lepas kerana tidak menghasilkan produk seperti yang dijanjikan. Hal ini telah dimaklumkan kepada FDAM, PFM dan Persatuan Pekerja Filem Professional.” 
Berhubung bajet produksi filem itu yang diungkit oleh beberapa pihak, kata Burhanuddin, ia tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana produksi yang diketuai oleh pengarah telah bersetuju semua krew produksi adalah pilihan pengarah. 
 “Mereka telah berjanji dan bersetuju untuk menghasilkan produksi dalam bajet yang telah ditetapkan. Dan, jika ada pelakon yang tidak puas hati dengan soal bayaran, ia juga tidak seharusnya timbul sekarang kerana semua upah untuk berlakon telah dipersetujui melalui rundingan dan mereka telah menangani kontrak. 
“Malahan semua pelakon dan krew telah dibayar dengan lunas tanpa satu sen tertunggak walaupun filem terseut belum habis proses pembuatannya,’ ujar Burhanuddin. 
Beliau yang percaya pada mutu kerja turut memberikan komen tentang pelakon utama, Mislina, yang membotakkan kepala semata-mata untuk filem itu. 
 “Sebenarnya tiada tuntutan di dalam skrip untuk Mislina membotakkan kepala. Saya buat homework juga, dan dari kajian saya Zaiton di dalam hospital, kepalanya berbalut semua. Sudah tentulah untuk menghasilkan filem itu, ia tidak memerlukan pelakon membotakkan kepala. 
 “Tapi oleh kerana pengarahnya pemalas untuk buat kajian dan ingin mengadakan sensasi, ia telah mengarahkan Mislina membotakkan kepala,” katanya. 
Tambah Burhanuddin, pelakon tersebut telah membotakkan kepalanya sekali lagi ketika hadir di Festival Filem Malaysia baru-baru ini. 
Katanya, “Sebenarnya rambut Mislina telah tumbuh panjang kerana filem itu telah tamat penggambaran awal September. Tapi untuk tujuan sensasi, beliau telah membotakkan kembali kepalanya ketika hadir FFM.Kami sendiri telah menanya Mislina, bila terakhir beliau membotakkan kepala dan jawapannya, baru.” -2/11/2010

Isnin, 1 November 2010

Gerakan Basmi MLM

Gerakan Basmi MLM

Objektif: Mendidik dan menghalang masyarakat dari menyertai skim MLM dalam apa jua bentuk.Kenapa MLM adalah skim piramid?- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah 'atas angin'.- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:- 
Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebutselalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih % dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.- Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidakmasuk akal.- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.- menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulanganberlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.- Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.

Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.- lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal,apatah lagi untung.- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapatkomisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.
hai.. saya anti MLM anda bila lagi??
Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda- pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.- "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jikaanda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat- 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagaimemudahkan mereka memutar belit fakta- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalakn sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.- Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 'mind control'(nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)- Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu- 'In state of denial.'tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cubamemperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka andaakan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke20, jaditidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar,biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produktersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefonboleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebutuntuk melihat dengan mata anda sendiri.- Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahalkerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapatdibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sisapa saja.- 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberikomen yang negatif. Kenapa?- Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbangmemasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah %, adakah % rakyat kita bodoh?- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yangsemata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.- Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membinasesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.


GORES & Lingkup