Pengikut

Rabu, 3 November 2010

Penipuan Penganjur Kelas FOREX berkonsep MLM

KUALA LUMPUR: Teruja dengan tawaran jawatan tinggi sebagai eksekutif pentadbiran menyebabkan puluhan graduan tempatan menjadi mangsa penipuan syarikat pelaburan ‘wajib rugi’ yang didakwa menjalankan perdagangan mata wang asing (forex) di luar negara.
salah satu contoh kelas FOREX. cikgu ajar tapi cikgu main forex pun rugi...
Kebanyakan mangsa yang baru tamat pengajian dan terdesak mahu mendapatkan pekerjaan didakwa tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran pekerjaan itu yang kononnya menawarkan gaji sehingga lima angka setiap bulan.
Bagi mencapai hasrat itu, semua mangsa dikehendaki keluar mencari pelanggan yang berminat melabur wang ke dalam syarikat berkenaan.

Pihak syarikat berjanji memberi komisen sehingga AS$60 atau RM186.80 kepada pekerja yang membawa seorang pelanggan melabur dalam syarikat itu.
Tertarik dengan tawaran gaji lumayan itu, menyebabkan ramai graduan lepasan ijazah bersetuju bekerja di syarikat itu yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng di sini.
Sumber polis berkata, bagi memastikan sasaran memperoleh komisen tinggi tercapai, ada graduan sanggup memujuk ahli keluarga dan rakan termasuk ibu bapa menjadi pelanggan mereka.

Beliau berkata, mangsa bersetuju melabur antara RM100,000 hingga RM200,000 selepas diyakinkan syarikat berkenaan mereka akan memperoleh keuntungan lumayan.

*jual E-Book Forex & buat kelas Forex (yuran rm300 seorg ) buat yang ini lagi untung.hehehehe.. kene tipu selalu

2 ulasan:

  1. Kalau penganjur tu pandai main forex , sentiasa boleh untung , kenapa dia tak main sendiri . Kenapa nak ajak orang lain main . Kalau dia pandai dia dah jadi kaya tak payah susah2 nak anjur seminar . Cuba majukan soalan ini kepada penganjur , apa jawab mereka .

    BalasPadam
  2. There is one rule everybody should remember:

    Kalau orang buat bisnes yang menguntungkan , dia tak akan ajak kita 'join' dia . Dia akan buat sendiri senyap2 sampai dia jadi kaya. Kalau dia ajak kita `join' dia itu bermakna bisnes tu rugi atau itu bisnes scam.

    Once remember this rule all the time you will be safe from scams

    BalasPadam