Pengikut

Rabu, 3 November 2010

Saya beli Ferrari tunai,bukan guna dana Finas…tak mohon pun – Penerbit Les Copaque

INI cerita penerbit yang tempah Ferrari, yang kononnya dapat dana Finas untuk buat filem tapi filem sampai sekarang menyepi…. 
Rasanya, penerbit yang dimaksudkan tak lain tak bukan Haji Burhanuddin Md Radzi yang sekarang ini sudah pakai Ferrari, selain kereta mewah lain yang parking di rumahnya. 
 Wah! Apa jadi dengan filem Zaiton Sameon itu Aji, betulke you tempah Ferrari dengan duit Finas? Aji, you kena jawab… 
 “Siapa kata saya tempah Ferrari, dah pakai dah pun!” jawab Pengarah Urusan Les Copaque ini bila dihubungi . Sekalipun bengang dengan tuduhan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu, beliau tetap tenang. 
 Beliau yang mengesyaki ada pihak tertentu cuba mensensasikan isu filem Zaiton Sameon dan menyerangnya secara peribadi menanggap segala tuduhan itu adalah palsu dan tidak berasas langsung. 
 “Saya harap orang yang buat tuduhan ini semak dulu fakta betul. Saya sudah pun beli Ferrari seminggu sebelum hari raya. Dan, saya beli secara tunai, langsung tidak libat soal dana Finas kerana saya tidak pernah mohon dana Finas setakat ini,” katanya sambil memberikan maklumat lengkap tentang Ferrarinya, iaitu bewarna hitam jenis California dan baru saja dibawa masuk ke Malaysia. Ia kereta baru, bukan re-cond. 
Haji Burhanuddin (kanan) mempunyai tujuh buah kereta mewah. itu Baru Usahawan namanya
Tambahnya, beliau diberitahu Naza Italia membawa masuk 5 buah saja untuk model ini dan beliaumerupakan pembeli yang kedua membelinya. 
 Untuk makluman, Haji Burhanuddin (kanan) mempunyai tujuh buah kereta mewah dan rumahnya 5 tingkat, lengkap dengan lif. 
 “Kesemuanya saya beli dan buat secara tunai tanpa sebarang bantuan atau dana kerajaan. Sekiranya saya mendapat dana Finas, jumlah yang diterima pun tidak cukup untuk membayar sebiji Ferrari yang saya beli itu. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah pun mohon bantuan dana Finas untuk membuat filem Zaiton. Semua perbelanjaan ditanggung oleh saya sendiri,” terangnya. 
Kontroversi melibatkan penerbit Upin dan Ipin ini timbul apabila filem cereka terbitan Les Copaque, Zaiton Sameon, dikatakan tidak seperti yang diharapkan oleh Haji Burhanuddin. Filem itu diarahkan oleh Fauziah Nawi. 
 Filem itu kini terperap dan Haji Burhanuddin sedang memikirkan cara lain untuk ‘membaiki’ hasil filem berkenaan. 
 Menyentuh tentang Fauziah Nawi, Burhanuddin memberitahu, “Saya baru saja menamatkan kontraknya minggu lepas kerana tidak menghasilkan produk seperti yang dijanjikan. Hal ini telah dimaklumkan kepada FDAM, PFM dan Persatuan Pekerja Filem Professional.” 
Berhubung bajet produksi filem itu yang diungkit oleh beberapa pihak, kata Burhanuddin, ia tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana produksi yang diketuai oleh pengarah telah bersetuju semua krew produksi adalah pilihan pengarah. 
 “Mereka telah berjanji dan bersetuju untuk menghasilkan produksi dalam bajet yang telah ditetapkan. Dan, jika ada pelakon yang tidak puas hati dengan soal bayaran, ia juga tidak seharusnya timbul sekarang kerana semua upah untuk berlakon telah dipersetujui melalui rundingan dan mereka telah menangani kontrak. 
“Malahan semua pelakon dan krew telah dibayar dengan lunas tanpa satu sen tertunggak walaupun filem terseut belum habis proses pembuatannya,’ ujar Burhanuddin. 
Beliau yang percaya pada mutu kerja turut memberikan komen tentang pelakon utama, Mislina, yang membotakkan kepala semata-mata untuk filem itu. 
 “Sebenarnya tiada tuntutan di dalam skrip untuk Mislina membotakkan kepala. Saya buat homework juga, dan dari kajian saya Zaiton di dalam hospital, kepalanya berbalut semua. Sudah tentulah untuk menghasilkan filem itu, ia tidak memerlukan pelakon membotakkan kepala. 
 “Tapi oleh kerana pengarahnya pemalas untuk buat kajian dan ingin mengadakan sensasi, ia telah mengarahkan Mislina membotakkan kepala,” katanya. 
Tambah Burhanuddin, pelakon tersebut telah membotakkan kepalanya sekali lagi ketika hadir di Festival Filem Malaysia baru-baru ini. 
Katanya, “Sebenarnya rambut Mislina telah tumbuh panjang kerana filem itu telah tamat penggambaran awal September. Tapi untuk tujuan sensasi, beliau telah membotakkan kembali kepalanya ketika hadir FFM.Kami sendiri telah menanya Mislina, bila terakhir beliau membotakkan kepala dan jawapannya, baru.” -2/11/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan