Pengikut

Rabu, 3 November 2010

SCAM : PROJEK PERKONGSIAN TERNAKAN KAMBING

Lagi Bisnes Penipuan.... tgk ayat baik punya....

SYARIKAT INDUK : ADZ Cycas Sendirian Berhad (771275 - U) 

Di Bawah Pengurusan : Tangga Gemilang EnterpriseAlamat : 09-01, Susur Larkin Perdana 1, Persiaran Larkin Perdana Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Syarikat Tangga Gemilang Enterprise mempelawa anda menyertai perniagaan ternakan kambing secara perkongsian. Anda hanya perlu membeli kambing mengikut kemampuan anda. Satu perjanjian akan dibuat dan ditandatangani yang mana anda bersetuju menyerahkan sepenuh kuasa kepada Syarikat ADZ Cycas Sendirian Berhad untuk menternak, membeli semula dan memasarkan @ menjual kambing tersebut. Pembeli akan diberi sijil pemilikan.
Picture sekadar hiburan
Syarikat akan memberikan keuntungan hasil dari penjualan selepas 60 hari kepada anda bagi setiap ekor kambing yang anda beli.

CONTOH :RM 550.00 =Harga Belian Seekor KambingSELEPAS 60 HARIRM 900.00 =Harga Kambing DijualRM 150.00 =(Tolak) Kos PenjagaanRM 750.00 =Untung KasarRM 550.00 =(Tolak) Modal – Akan Digantikan Dengan Kambing BaruRM 200.00 =Untung Bersih *

Jumlah Kambing / Harga Belian / Untung Bersih2 Ekor / RM 1100 / RM 400 *3 Ekor / RM 1650 / RM 600 *4 Ekor / RM 2200 / RM 800 *5 Ekor / RM 2750 / RM 1000 *6 Ekor / RM 3300 / RM 1200 *7 Ekor / RM 3850 / RM 1400 *8 Ekor / RM 4400 / RM 1600 *9 Ekor / RM 4950 / RM 1800 *10 Ekor / RM 5500 / RM 2000 ** Dibayar Setiap 2 Bulan @ 60 Hari* Tertakluk Pada Perjanjian

TUJUAN PROJEK : Berkongsi Modal - Syarikat Menjual Kambing Kepada Pekongsi• Berkongsi Keuntungan - Syarikat Membeli Semula Kambing Tersebut Dengan Harga Yang Dipersetujui Dan Membayar Keuntungan Dengan Kadar Yang Tinggi• Meningkatkan Ekonomi - Dengan Kadar Keuntungan Yang Tinggi, Mudah-mudahan Mampu Meningkatkan Ekonomi Terutama Untuk Orang Islam

PROSES PEMBELIAN : Seekor Kambing Berharga RM 550.00• Pembeli Akan Mengisi Borang Pesanan Pelanggan Dan Perjanjian Serta Membuat Pembayaran• Syarikat Akan Memutuskan Samada Pesanan Tersebut Diterima Atau Ditolak• Keseluruhan Bayaran Akan Dipulangkan Sekiranya Pesanan Di Tolak.

PROSES SELEPAS PESANAN DITERIMA : Pembeli Akan Menerima Sijil Pemilikan & Menyerahkan Hak Penjagaan Kambing Kepada Syarikat Selama 2 Bulan• Syarikat Akan Bertanggungjawab Ke atas Kambing Tersebut Selama Dalam Penjagaan.• Kos Penjagaan Adalah RM2.50 Sehari = RM 150.00 Untuk Dua Bulan Akan Ditanggung Oleh Pembeli

PROSES SELEPAS 2 BULAN :  Syarikat Akan Membeli Semula Kambing Tersebut Dengan Harga RM 900.00• RM 150.00 Akan Di Potong Dari Pembelian Semula Ini Untuk Kos Penjagaan.• RM 550.00 ( Modal ) Juga Akan Di Tolak Jika Pembeli Tidak Menarik Diri & Syarikat Akan Menggantikan Dengan Kambing Yang Baru.• Pembeli Akan Menerima Baki Bersih RM200.00

PROSES PEMBAYARAN & PENARIKAN DIRI :  Pembeli Akan Menerima Cek Sebanyak RM200.00 Dalam Tempoh 7 Hari Selepas Pembelian Semula.• Jika Ada Penarikan Diri Oleh Pembeli, Cek Sebanyak RM750.00 Akan Diberikan. (Modal + Untung)• Penarikan Diri Perlu Dibuat Dengan Bertulis Sebulan Sebelum Tarikh Tamat. • Pembeli Perlu Menyerahkan Sijil Pemilikan Dan Salinan Kad Pengenalan.

p/s: hati2 dengan Skim pelaburan duduk diam dapat duit (4D)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan