Pengikut

Isnin, 22 November 2010

TATACARA PENGGUNAAN RANGKAIAN SOSIAL

TATACARA PENGGUNAAN RANGKAIAN SOSIAL

by Say No To MLM on Friday, 12 November 2010 at 18:35

the Dark inside
 1.   Sebagai pengguna Rangkaian Sosial ini, anda termaktub dengan terma dan syarat pada tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini.

2.   Rangkaian Sosial yang disediakan oleh SAY NO TO MLM ini terdiri daripada Facebook, Flickr dan Scribd dll

3.  SNTM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam Rangkaian Sosial ini.

4.   Sebarang pandangan yang dikemukakan di dalam Rangkaian Sosial ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan SNTM.

5.   Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

6.   Anda dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan  yang boleh menyinggung perasaan ahli Rangkaian Sosial yang lain.

7.   Anda tidak digalakkan menghantar ayat atau kandungan yang terkeluar dari topik utama.

8.   Pautan dan kenyataan yang berunsurkan LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

9.   Digalakkan supaya anda mengakui akan apa-apa kesilapan penggunaan ayat, bahasa atau kandungan dan membetulkannya dengan segera.

10.   Pastikan kenyataan atau muat naik dokumen anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

11.   Anda tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

12.   Dokumen yang telah dimuat turun tidak boleh digunakan untuk tujuan yang salah di segi undang-undang.

13.   Pihak pengurusan SNTM di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan yang di buat di dalam Rangkaian Sosial ini. Anda sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam rangkaian sosial  ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

14.   Pihak PengurusanSNTM berhak meminda Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.


From: Admin SNTM Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan