Pengikut

Jumaat, 24 Disember 2010

Perhatian Scam terkini: Spam email & msg secara rawak

info dari PPIM:
laporan dari beberapa Ahli PPIM facebook dan penyamaran yg dibuat, terdapat cara penipuan dalam facebook yg mungkin ada antara sahabat2 kita sedang lalui modus operandi seperti berikut:

PPIM

1) msg akan dihantar secara rawak ke inbox berbunyi :

"I like your profile can we be friends,i sent you an email earlier on facebook and am not sure that you received it or you dont like my profile?just tell me,well am XXXXXXXXXXX and i would like to get to know you better,my dad is from MALAYSIA"

2) jika ada sesiapa membalas, mereka akan reply:

"Am so happy to hear back from you.I am so sorry that i was unable to reply back to your email all this while [working] I want to get to know you better and also for you to get to know me better...My full name are XXXXXXXXXXXXX, I am mixed Malaysian ,my father is Malaysia and my mother is from England...I speak very very little Malay...lol i was born here and lived in London all my life...lol...i am so looking forward to visit Malaysia very soon ..omg.. I have never been there...i feel so happy am coming to my father's land...haaaa...U want to know me better....am single...28 years old....I live in regent street. I am a professional system analyst...that I studied in college....but you see....my parents are so rich...they are company shareholders here...living in XXXXXXXXXXX... they bought so many bank shares for me that pays me now so much. you can email me direct on [ xXXXXXXXXXX ] i do not like it in here... awaiting your email... salam"

3) jika ada sesiapa yg membalas mereka akan cuba meyakinkan dengan:

''ok dear i want you to send me email to my private email too Though night shall fade and day shall come,I know that you will not have abandoned me,For you are now my shadowthat guides and protects my day,I know now that I shall never walk alone again,For you will always be there holding my hand.One would not think to ever hurt me,For they will see you by my side,And know that a man of great statureand power protects me. My DEAR how are you doing today?I just can't stop thinking about you HONEY and i know i couldn't have fallen for the wrong guy.My dear i am sending you this love note and i want you to meditate over it in the inside of you over and over again MY LOVE.''

ATAU@

''hello sweetheart.how are you doing.My DEAR how are you doing today?I just can't stop thinking about you HONEY and i know i couldn't have fallen for the wrong guy.My dear i am sending you this love note and i want you to meditate over it in the inside of you over and over again MY LOVE.I came all the way to search for the perfect LOVEbut was lost when i came across others,what would have happened i had given my heart to the wrong person?.I had search all my life to meet a honest person,but here i am happy,why?this is because i meet an ANGELwho cares and is ready to have me in his HEART.honey hope to hear from you soon

ATAU@

''there could have being mistakes if noti was very careful,now i am very happy having you in my life,I am happy having you as mine.what is love,for every seconds of my life i keep thinking about you,which choice could have been better than you?You are the most charming ANGEL i ever met in my life,cant wait to have you MY SWEET HEART.thanks for loving me,and i will always love you.honey have this in you mind that you meain the whole word to me.i want you to trustfull and sincance to me over there.hope to hear from you''

dan sebagainya


4) setelah meyakinkan sesiapa yg terdapat dalam senarai mangsa mereka, merka akan memaklumkn bahawa mereka ada membeli HADIAH sebagai tanda penghargaan dan perlukan ALAMAT dan no HP bagi penghantaran tersebut.

5) setelah mendapat maklumat, mereka akan berikan kononya 'Traking number'

6) kumpulan ini lengkap dengan laman web yg kononya ia adalah syarikat courier lengkap dengan carian melalui 'tracing number' yg kononya barangan tersebut dalam penghantaran.

7) masaalahnya tiba ketika kononya barangan tersebut sampai di KLIA dan mereka akan call penerima dengan memaklumkan bahawa barangan sudah sampai dan barang tersebut melebihi had berat dan jika mahu dikeluarkan harus dibayar RM2000. sedangkan barangan tersebut tidak wujud.

kumpulan yg terdiri dari warga asing ini, mencari mangsa lelaki dan juga perempuan, semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yg tidak diingini. sila sampaikan pada sahabat-sahabat.

sekian.

Sajak Buat Ahli MLM - Mereka Berkata...

Kata Dr.M
Melayu Mudah Lupa..
Mereka berkata..
Mereka adalah Usahawan Bumiputra!!
Mereka berkata Mereka mahu membantu Org Melayu!!! 

Mereka berkata..
Marilah kita membuat perniagaan!!
Mereka berkata perniagaan Mereka mudah!

Mereka berkata..
Jualan langsung (MLM) ini mudah!!
Mereka berkata inilah perniagaan sebenar !!

Mereka berkata..
Marilah menjadi ahli perniagaan MLM!!
Mereka janjikan bulan dan bintang!!

Mereka berkata..
Perniagaan ini tak perlu bersusah payah
Mereka berkata inilah cara untuk kaya.

Mereka berkata..
inilah cara melahirkan Usahawan Melayu!!

Mereka berkata..
inilah cara meningkatkan ekonomi Melayu!!

Mereka Lupa..
Skim Pak Man Telo..
Mereka lupa.. disebabkan skim inilah
Org Melayu rugi berbillion-billion sejak dari dahulu lagi
Benar kata Dr.M..
Melayu Mudah Lupa..

Pelanduk selalu lupakan jerat..
tetapi jerat tak pernah lupakan pelandok!!!
P/S: Bila aku berkata.. Mereka berkata.. aku mempunyai PHD ( perasaan hasad dengki) yg menaburkan pasir dlm periuk nasi org. . Salah akukah? atau salah jebat si pengkhianat ??

Kisah dahulu.. HITECH OBJECTIVE ENTERPRISE Syarikat yang menipu orang Felda hampir Rm60juta

Copyright dari seorang blogger KHAIRUL ANSOR yang tegar dengan skim cepat kaya walaupun dah berkali-kali kena tipu:

Tahniah!!!Anda telah memilih laman web yang sesuai dengan kehendak anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah...bacalah ia hingga ke noktah yang terakhir.Disitu anda akan temui kesimpulannya.Anda tidak perlu berterima kasih kepada saya dan saya tidak pula memerlukannya.Niat saya sekadar membantu sesama manusia.Mana yang dah tahu teruskan usaha anda..Semuga berjaya.Mana yang belum teruskan membaca ruangan ini...mungkin terbuka hati ingin mencuba dan setidak tidaknya mengetahui perkara yang baik ini.

Kita telah banyak disogokkan dengan pelbagai skim yang menawarkan wang ringgit yang cukup lumayan yang pada akhirnya membuat kita pening kepala...memikirkan bagaimana nak bayar hutang sana dan sini dan bukan itu saja ada yang terpaksa bergolok gadai semata mata mengejar menjadi jutawan internet ini kononnya..yang akhirnya zzzzz2333%&@@@@.

Saya juga telah kerugian berpuluh ribu ringgit yang mana saya takut nak habaq kat anda.Hutang keliling pinggang.Sehinggalah pada satu petang datang sahabat baik saya memperkenalkan HITECH OBJECTIVE ENTERPRISE yang telah melancarkan satu program yang memberikan peluang yang cukup lumayan dan telus cara pembayarannya.Ramai rakan kita dah berjaya dan tak habaq awal awal kat kita.Saya pun terkategori lewat pasal benda ini dah jalan setahun dah.Maklumlah dok layan saham internet aje.

Ceritanya begini;

Syarikat ini menawarkan bonus hebat dimana setiap satu langganan yang bernilai RM 70.00 memberikan kita bonus RM 20.00 berserta RM10.00 prepaidcard.

Contohnya dipermudahkan seperti dibawah;

1 langganan RM 70.00 = Bonus RM 20.00+RM10.00 prepaidcard(jual prepaidcard pada syarikat dengan harga RM 9.00.Bermakna 1 langganan anda dapat RM29.00 sebulan selama 11 bulan.

Sekiranya anda melanggan sebanyak 21 lot(RM 1470.00)=anda peroleh RM609.00 sebulan selama 11 bulan menjadikan RM 6690.00

Macam mana..lumayan tak?Anda tidak perlu menjual atau mencari orang untuk untung cepat.Cuma ianya terhasil dengan modal anda sendiri yang sekecil 1 langganan sahaja.

Jika anda mendaftar sebagai ahli pada atau sebelum 7hb,anda akan dibayar pada setiap 7hb berikutnya.Begitu juga pada 14,21 dan 30hb.

Bulan yang ketiga menjanjikan pulangan modal anda dan selebihnya keuntungan anda.Saya tidak peroleh apa-apa membantu anda kerana syarikat telahpun melantik eksekutifnya sendiri.

Tiada agen yang dilantik,tapi awas pada orang yang mengaku agen.Anda akan terpedaya nanti.Apa yang saya utarakan tadi berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari sahabat saya tadi.Beliau berharap agar kita dapat membantu sesama kita.Ingat sesuatu yang ikhlas akan dibayar dengan keikhlasan.InsyaALLAH...

Jika berminat atau ada pertayaan sila hubungi saya ditalian berikut:             016-9186476       ( jadi agent Haram pulak)
 p/s SNTM: blogger yang masih tak serik2 lagi ke??? asyik kena tipu je

End of Story : Dua biras yang juga rakan kongsi syarikat Hitech Objective Enterprise dituduhan pengubahan wang haram
Trend Modus Operasi adalah spt Piramid
Dua org budak Felda berjaya mengumpul Wang Haram Hampir rm60juta,Mohd Riezuan Jalil & Basri Samsudin
Dua biras yang juga rakan kongsi syarikat Hitech Objective Enterprise, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pengubahan wang haram, masing-masing berjumlah lebih RM45 juta dan RM16 juta.
Mohd Riezuan Jalil, 28, menghadapi 162 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM45,026,063 manakala Basri Samsudin, 35, dengan 60 tuduhan sama berjumlah RM16,133,009.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.Kedua-dua tertuduh yang juga pengarah syarikat itu turut menghadapi tuduhan di mahkamah sama kerana menerima deposit daripada pendeposit tanpa memegang suatu lesen yang sah mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Mohd Riezuan dan Basri dari Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di Naza Hotel, Jalan Tun Ali di sini, antara 13 September 2006 hingga 19 September 2007.Tuduhan mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 itu membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Zamri Bakar menetapkan 12 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua kes dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan mereka diserahkan kepada mahkamah.

p/s SNTM: Tiada jalan mudah untuk menjadi kaya... laburlah di ASB pasti terjamin.

Kisah duka ditipu syarikat jualan langsung

bila dah kena malu plak..
sila tampil kehadapan utk memaklumkan kpd Pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.
Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000.

Kes pertama: Sani (bukan nama sebenar), 23, mendakwa, pulangan lumayan selain keinginan hidup mewah menyebabkan ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman bank untuk menyertai syarikat tersebut.
"Sudahnya saya dan ahli keluarga yang menyertai syarikat terbabit terpaksa bergolok bergadai apabila syarikat tersebut gagal menunaikan janji membayar balik wang yang dilaburkan.

"Lebih teruk lagi, hubungan saya dengan ahli keluarga semakin renggang kerana saya yang menarik mereka menyertai syarikat tersebut," katanya pada sidang akhbar di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.
Dakwa Sani, syarikat itu masih lagi beroperasi dan giat menjalankan kegiatan penipuan mereka menggunakan nama syarikat lain tetapi masih mengekalkan modus operandi yang sama.


Hampir 90,000 individu diisytiharkan bankrap (magic Unstoppable??)

Salah satu sebabnya kebankrapan adalah menggunakankan kad untuk perniagaan berunsur MLM.



Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini.Berikutan daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.Antara faktor yang menyebabkan adalah penggunaan perbelajaan secara tidak berhemah dan mengunakanya untuk tujuan perniagaan.* ( MLM & Skim Cepat Kaya )

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, langkah itu perlu diambil kerana angka yang dicatatkan dipandang serius kerajaan kerana majoriti mereka yang terlibat adalah daripada kalangan generasi muda.menuru

Tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu itu di mana menurut beliau kira-kira 23 peratus pengguna kad kredit di kalangan generasi muda telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang ekoran kadar faedah yang tinggi iaitu antara 12 hingga 18 peratus.

Liew berkata, kerajaan tidak mempunyai kaedah khusus dalam menangani isu itu tetapi bagi mengelak menjadi bankrap, seseorang itu perlu bijak mengurus hal ehwal kewangan sendiri dan jika tidak tentunya mereka akan dikenakan tindakan.
Mengenai cadangan untuk menggabungkan Akta Insolvensi, Akta Kebangkrapan dan Akta Syarikat, beliau berkata, ia adalah proses ideal untuk memberi peluang ke dua kepada sesiapa yang diisytiharkan bankrap menggendalikan perniagaan.

TALIAN HOTLINE UNTUK JENAYAH : Kegiatan berunsur penipuan ( MLM & Skim Cepat Kaya )

KPN: Salam Sejahtera.. kpd semua Ahli SAY NO TO MLM!!
Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengeluarkan senarai talian hotline yang boleh dihubungi orang ramai.
Talian bagi Ibu Pejabat Polis Daerah
IPD Dang Wangi ialah            03-26977099      
IPD Brickfields (            03-90571086      )
IPD Cheras (            03-92840083      )
IPD Sentul (            03-62562325      
IPD Putrajaya (            03-88862144      ).
Bagi Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPKKL) sendiri, orang ramai boleh menghubungi talian
Hotline IPKKL  di             03-21159999       yang beroperasi 24 jam.

Talian-talian tersebut membolehkan orang ramai menghubungi polis Kuala Lumpur bagi membanteras Skim Penipuan dengan segera.