Pengikut

Jumaat, 24 Disember 2010

Sajak Buat Ahli MLM - Mereka Berkata...

Kata Dr.M
Melayu Mudah Lupa..
Mereka berkata..
Mereka adalah Usahawan Bumiputra!!
Mereka berkata Mereka mahu membantu Org Melayu!!! 

Mereka berkata..
Marilah kita membuat perniagaan!!
Mereka berkata perniagaan Mereka mudah!

Mereka berkata..
Jualan langsung (MLM) ini mudah!!
Mereka berkata inilah perniagaan sebenar !!

Mereka berkata..
Marilah menjadi ahli perniagaan MLM!!
Mereka janjikan bulan dan bintang!!

Mereka berkata..
Perniagaan ini tak perlu bersusah payah
Mereka berkata inilah cara untuk kaya.

Mereka berkata..
inilah cara melahirkan Usahawan Melayu!!

Mereka berkata..
inilah cara meningkatkan ekonomi Melayu!!

Mereka Lupa..
Skim Pak Man Telo..
Mereka lupa.. disebabkan skim inilah
Org Melayu rugi berbillion-billion sejak dari dahulu lagi
Benar kata Dr.M..
Melayu Mudah Lupa..

Pelanduk selalu lupakan jerat..
tetapi jerat tak pernah lupakan pelandok!!!
P/S: Bila aku berkata.. Mereka berkata.. aku mempunyai PHD ( perasaan hasad dengki) yg menaburkan pasir dlm periuk nasi org. . Salah akukah? atau salah jebat si pengkhianat ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan