Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

Say No To MLM


Say No To MLM

Objektif: Mendidik dan menghalang masyarakat dari menyertai skim MLM dalam apa jua bentuk.

Kenapa MLM adalah skim piramid?
- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk
- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah 'atas angin'.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:
- Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut
selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
- Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak
masuk akal.
- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
- menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar
- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan
berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
- Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.

Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:
- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
- lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal,
apatah lagi untung.
- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda
- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah
- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat
komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.

Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:
- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia
- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM
- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil
- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda
- pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
- "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika
anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:
- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat
- 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai
memudahkan mereka memutar belit fakta
- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalakn sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
- Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?
- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 'mind control'
(nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
- Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu
- 'In state of denial.'
tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba
memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda
akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke20, jadi
tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:
- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar,
biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk
tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon
boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut
untuk melihat dengan mata anda sendiri.
- Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal
kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat
dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sisapa saja.
- 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi
komen yang negatif. Kenapa?
- Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang
memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.
- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang
semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
- Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina
sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

MLM type Makan-Makan : Island red cafe (irc) dan steven’s corner

Lepas satu..satu kena tutup atau didaftarkan kembali..macam2 taktik peniaga otak penipu ni untuk tipu rakyat Malaysia yang baik hati dan mudah tergoda dengan tawaran kekayaan!!! Geram tau sebab yang ramai kena tipu adalah orang melayu yang tamak nak jadi kaya cepat..aduss.. padahal kalau tanya, ada yang dah pernah kena tipu sebelum ni tapi still lagi nak mencuba nasib untuk ditipu lagi agaknya..
Tahun lepas riuh MLM ceramic club kena serbu dengan Bank Negara sebab katanya tak ada lesen untuk jualan langsung. Semua ingat boleh lepas dan berjalan macam biasa, last-last bila lepas semuanya menjadi makin teruk dan makin nak aniaya pelanggan. Yerlah lepas pembayaran komisyen bentuk duit dikurangkan, diperkenalkan pulak pointlah, kuponlah ntah apa lagi diorang ni. Nanti berkubur, mesti wat syarikat guna nama lain tapi modus operandi yang sama..
Kali ni nasib island red cafe dan steven’s corner pula. Katanya ada 1 lagi yang akan dibongkar nanti, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Semuanya kerana menjalankan perniagaan MLM tanpa pendaftaran atau sijil jualan langsung..aduss..nak meniaga tu dah cantik dah tapi bila tak de lesen tu yang terus jadi tak cantik.
Ni keratan dari akhbar thestar online pada 30/1/2010 yang lepas:
KUALA LUMPUR: The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry is investigating three cafes on allegations that they conducted sales similar to a multi-level marketing scheme but without licence.
“The cafes were registered as private limited companies but they were not registered as companies under the Direct Sales Act,” said Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
He named two of the cafes – Island Red Cafe and Steven’s Corner – and said the third one would be revealed later.
One of the cafes would be hauled up to court next week, he said.
Ismail Sabri said the companies ran foul of the law because the businesses were regarded as an interest scheme under Section 84 of the Companies Act.
He said multi-level marketing schemes required approval from the ministry, which would then issue direct selling licences.
One of the cafes also took RM7,000 in deposit, resembling a pyramid scheme, he said.
Since commercial crime involved several jurisdictions, Ismail Sabri said the Government had decided to come up with a task force comprising the Companies Commission of Malaysia (SSM), the Securities Commission, the police commercial crime division and Bank Negara to help in the investigations.
The task force, he said, would be established within a month after discussions with Bank Negara. SSM chief executive officer Datuk Azmi Ariffin would head the task force.
Speaking to reporters yesterday after closing the “Your Business Starts with Companies Commission of Malaysia” programme, Ismail Sabri said that so far, 6,373 cases had been filed in court for non-compliance with Companies Act provisions.
He said 90% of the cases had been solved and only 123 cases were left and these involved serious corporate governance cases.
In his speech earlier, he urged small businessmen, such as those working in night markets, to register with the SSM.
Otherwise, it would be difficult for them to get bank loans, he said.
Tak tahulah apa nasib peserta yang dah join..boleh ke x duit korang balik pasni. Ceramic senyap tanpa bagi balik duit peserta, buluh mas dan norazd pun senyap..

Taniah!! usaha & Sokongan dari Ahli SNTM : Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit Dah Tak Laku?

Buat duit dgn “Login Facebook dapat duit?” boleh percaya ke? setakat ni belambak yg selalu tag sy dekat gambar duit dalam FB. Kadang2 rasa nk marah jugak main tag je nama kita. Tapi takpelah, yg penting sekarang jom bincang tajuk entri ni, adakah program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit Dah Tak Laku?
Penipuan Login FB dapat rm100
Korang semua ada apa2 info pasal ni tak? aku rasa mustahil la kalau ada yg xtau pasal skim Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni..dkt FB, kalau je ada gambar orang yg pegang duit banyak2 dgn muka tersengih tu mesti ahli2 Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni.

Kalau tak silap sy, program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni nama sebenarnya adalah iRich696 atau pun Infinity Downline..semuanya jeninbisnes MLM kalau sy tak silap..pd pengetahuan sy, Ustaz Zaharuddin(Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100) sudah ada memberi sedikit penjelasan mengenai program Infinity Downline ni a.k.a program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni. Katanya Infinity Downlineni adalah haram dan ada unsur penipuan & syubhah…Sistem perniagaan & bisnes mereka diragui & bersifatkan money game. Bermakna, produk pun entah ke mana, tapi cakap lebih pasal sistem diorang je yg boleh buat duit ni.

Cakap pasal program Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit, sy rasa dah saturated dah, dah xlaku dah kot pasal dah ramai yg bijak sekarang ni..ramai dah yg pandai utk menolak pelawaan ahli2 mereka yg mengumpan untuk join. Sebagai contohnya, ada beberapa kali ahli skim Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ni main tag je nama2 kawan diorang dkt gambar duit, duit & duit. Selepas tu mendapat tentangan hebat & komen yg menyatakan jangan tag diorang lagi, mereka tak suka di’tag’ nama mereka dkt gambar duit tadi. Saya selalu tergelak bila membaca komen2 orang yg tak suka nama mereka di’tag’ pd gambar duit td.

Jadi, apa komen korang semua? pernah tak geng Buat Duit dgn Login FB Dapat Duit ajak korang masuk MLM diorang? pernah tak diorang tag nama korang dkt pic duit2 yg banyak membukit tu..kadang2 tension dibuatnya bila nama kita ditag pd gambar duit2 diorang tu..(betul ke tidak itu duit diorang) Apa2 pun, kalau pembaca sume ada nk share dgn SNTM ni, silalah komen kat ruangan dibawah ok!

Perlu diingatkan bahawa Skim ini Haram & salah disisi undang2 negaraterpulang pd akal & iman saudara sendiri ok…yg penting sebelum join apa2 program buat duit ni, research dan research dan research dulu ok! jgn main join je..nanti duit habis beribu, tapi entah kemana perginya..baik lah dipakai duit tu beli susu anak kita ke..beli barang dapur ke..derma kat fakir miskin ke..renovate rumah ke..beli mainan anak ke..takpun derma je kat Masjid

Akhir kata, berhati-hatilah semasa di dalam FaceBook ye, sbb siapa tahu anda mungkin menjadi sasaran seterusnya skim2 buat duit yg scam/penipu yg ada kat luar sana tu ok! Awas!

AWAS!! phising from email

Pernah tak korang dapat email dlm inbox korang yg mengatakan “Please update your Maybank2u online  details” la..”please review your account” apa2 la..pastu dlm email tu menyuruh korang utk klik satu link & bila korang klik link tersebut, korang dibawa ke web page yg sejibik sebijik macam login Maybank2u yg betul punye?

Awas! kalau korang pernah login sebelum ni dari link yg diklik dr email, bermakna korang mungkin adalah mangsa phishing website iaitu laman web yg ditiru sebijik nampak sama (pd luaran) dgn yg asal bertujuan untuk mencuri username & password akaun Maybank2u korang.

So, lain kali kalau dapt emel yg berbau scam seperti ini, korang selidik dulu: first korang check pada bahagian “From” & kedua cek pada bahagian “Repy-To”..jika betul kedua2 ini mestilah dari apa2@maybank2u.com.my.  Jika tidak, korang pasti akan dapat lihat penipuan besar penghantar email tu sebagai contohnya dkt “Reply-To” mesti adalah email yg tidal berkaitan langsung dgn maybank2u, contohnya seperti yg aku terima beberapa hari lepas:

ini Email Phishing

from: account@maybank2u.com.my
reply-to ___@___security.com
to”xxxxx@gmail.com”
dateWed, Nov 10, 2010 at 7:13 AM
subjectMaybank2u.com Account Update Infomation
hide details 7:13 AM (19 hours ago)
Images are not displayed.
Display images below – Always display images from account@maybank2u.com.my

Dear Valued Customer,
Maybank security systems detected a serious (PR2) security problem in maybank server and Currently been updated. Your account must be updated for
accept a new maybank interface.and will be stricted due to several invalid login attempts from an unauthorized third-party. Your immediate
attention is required to Update your account. Please be informed that your account will be temporarily closed if not update now..
Update with Link Below

click on url or just copy and paste the url address
Link/Website penipu Maybank

Kesimpulannya, korang kenalah berwaspada & berhati2 jika menerima email yg bertajuk “Please Update Your Bank Account” ke apa2 jelah yg lebih kurang tu…sebabnya korang mungkin akan menjadi mangsa seterusnya hacker yg menggunakan teknik laman web ‘Phishing’ ni..atau laman web tiruan ni…

Dan perlu ingat jangan sesekali login ke online bank account korang melalui klik dari link email korang ok! Kalau tak, sia2 sajalah duit korang kumpul dari bisnes internet dsb kan? Dan jika korang menerima email2 seperti itu, jangan jugak korang berdiam diri & delete je..tapi korang boleh membantu pihak bank utk melawan/mengatasi jenayah ini seperti jika Maybank, korang boleh laporkan email2 atau laman2 web penipu ini, mungkin korang boleh rujuk pd laman web rasmi bank tersebut ye.

Akhir kata, beringat2lah sebelum kena, prevention is better than cure ye tak! jmpa lagi....

Alert : Pelaburan Internet Skim Cepat Kaya Jongkong Emas Tipu

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. post kali ni masih lagi berkisar skim pelaburan cepat kaya yg berjaya menipu insan-insan yg ingin cepat kaya. Skim cepat kaya kali ni adalah berasaskan pelaburan yg kononnya adalah jongkong emas yg dibeli dlm pakej2 tertentu & dilaburkan oleh ahlinya. Walhal sebenarnya, jongkong emas tersebut tidaklah wujud seperti yg diberitahu.Pelabur seolah olah dijanjikan dengan emas ‘atas angin’ sahaja dimana emas itu tidak pun wujud. Akan tetapi dek kerana tamak, maka pelabur-pelabur yg menyertainya sudah tidak kisah akan semua itu. Mereka hanya fikir hendak kaya cepat, tetapi akhirnya tertipu ribuan ringgit…

Lagi Pelaburan Internet Skim Cepat Kaya Jongkong Emas Tipu

KUALA LUMPUR: “Skim pelaburan atau lebih dikenali dengan skim cepat kaya akan sentiasa wujud selagi adanya golongan yang ingin cepat kaya atau mendapatkan keuntungan secara mudah dan cepat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.Menurutnya, lumrah manusia yang suka mendapat keuntungan dengan cepat menyebabkan mereka mudah terpengaruh dan akhirnya tertipu dalampelaburan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 130 pelabur skimpelaburan jongkong emas yang ditipu kerana tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan, baru-baru ini.Katanya, skim seperti itu sudah lama wujud dan sebelum ini juga pernah berlaku serta dilaporkan kepada Fomca. Kes berkenaan seakanskim pelaburan jongkong emas ini, tetapi menggunakan Internet.

Katanya, skim terbabit menawarkan untuk membeli jongkong emas melaluiInternet, namun pelabur tidak melihat jongkong emas dan modus operandipelaburan itu sama seperti skim cepat kaya.“Mereka gunakan pihak ketiga sebagai orang tengah dan pelabur tidak tahu butiran sebenar syarikat yang menawarkan pelaburan.

“Biasanya pelabur memang terpengaruh dengan skim terbabit bakal memberikan pulangan yang banyak, pada peringkat awal ia akan mengumpan dengan membayar sedikit pulangan namun sampai satu tahap ia akan berhenti,” katanya.
Katanya lagi, pada kebiasaan atau mengikut logik skim pelaburan sebenar memang tidak akan menawarkan pulangan atau faedah yang tetap kepada pelabur dan sekiranya ada skim yang menawarkan pulangan tetap orang ramai perlu menyelidik terlebih dulu sebelum membuat sebarang pelaburan. Mohd Yusof turut kesal kerana masih ramai lagi masyarakat terutamanya Bumiputera yang terpengaruh dengan skim pelaburan sedemikian walaupun sudah banyak penerangan dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Fomca.

“Bukan senang untuk kaya dengan cepat, saya harap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan pelaburan seperti ini dan apa juga pelaburan sama ada daripada syarikat tempatan atau luar negara ia mestilah disahkan olehSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlebih dulu.

“Orang ramai juga mestilah lebih berhati-hati dalam memilih sebarang pelaburandan mengambil iktibar daripada kes-kes yang pernah berlaku serta dilaporkan sebelum ini.” katanya. Baru-baru ini, Harian Metro melaporkan mengenai 130 pelabur jongkong emas ‘gigit jari’ apabila syarikat jual beli emas yang menjanjikan hasil seperti tercatat dalam dokumen perjanjian hanya menabur janji kosong.

jadi, kami berharap agar pembaca semua mendapat manfaat & iktibar dari artikel ini & juga dari kejadian2 yg telah menimpa golongan yg ingin cepat kaya ini…beringat sebelum kena..
Jom kongsi info saudara semua!

TIPU: Perniagaan Internet, MLM & Kutu Pintar

Baru-baru ini dunia perniagaan internet ,cari duit & buat duit dari internet gempar lagi apabila skim MLM cepat kaya internet seperti KutuPintar telah diharamkan kerana sistemnya berunsurkan penipuan duit (scam MLM). Kosmo 29 March lalu menyiarkan berita mengenai skim KutuPintar bertajuk “Empat syarikatkutu pintar dipantau”… Sememangnya pada pandangan saya, KutuPintar ni memang sesuai dgn namanya kerana ia memang pintar menipu individu-individu yg tidak berapa pintar yg ingin cepat kaya.
ANTARA laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar.
Dahulu semua hampir kesemua tokey Skim Cepat Kaya adalah bukan melayu.tetapi sekarang dah banyak berubah...
Melayu pun boleh jadi admin,founder atau ‘tokey’ skim MLM ini adalah dari kalangan melayu sendiri…memang betullah, ‘Melayu Boleh’ kot…sampai sanggup menipu orang dengan cara mcm ni…nauzubillah.
Tanya sama irfan khairi.???
KUALA LUMPUR – Empat syarikat haram dikesan menjalankan aktiviti memanipulasi wang pos secara aktif melalui Internet atau dikenali sebagai kutu pintar bagi memperdaya orang ramai di seluruh negara.
Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.
Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam.
“SSM sedang mengadakan siasatan terhadap salah satu penganjur skim ini manakala tiga lagi masih dalam proses pemantauan untuk melihat operasi dan siapa yang terlibat.
“Kami juga sedang merekodkan kenyataan daripada syarikat ini sejak tiga minggu lalu untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap penganjur terbabit,” katanya.
Menurut Redzuan, skim itu didapati melakukan kesalahan menguruskan perniagaan wang kutu tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.
Persoalanya ??
Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.
Yang Hairanya!!
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000!!

Info KutuPintar yg agak pintar & licik menipu mangsanya yg tamak & ingin cepat kaya
Kaedah penipuan KutuPintar MLM internet
so, apakah respon pembaca2 semua terhadap skim MLM internet mcm ni? Saya rasa,ada bersepah lagi skim MLM ‘copy paste’ sebijik mcm ni dlm internet,hanya menunggu masa untuk menjerat insan-insan yg ingin cepat kaya je…saya berharap post kali ni dapat membuka mata & hati pembaca-pembaca semua untuk berfikir dahulu sebelum menyertai skim2 MLM internet sebegini…
info tambahan: laman web KutuOnline.com sekarang dah di’redirect’ ke laman web dinars2u.com pulak..ape kes ye…wallahualam…nampaknye mcm bayang2 KutuOnline je…ingat saudara saudari semua, berhati2 sebelum tertipu ok! Jangan kerana nak cepat kaya, habis duit simpanan dipakai utk sertai skim2 MLM macam ni…jumpa lagi dalam post yg akan datang bertajuk “Kata-kata hikmah perniagaan MLM internet”

Sila Share....

Sudut ilmu : Membongkar keusahawanan Cina tua

Buku ini membongkar kisah kehidupan seorang lelaki Cina tua yang lebih dikenali sebagai Apek. Kehidupan seorang Apek sentiasa meniti dari mulut ke mulut di kalangan masyarakat Malaysia. Apek mempunyai kehebatan tersendiri yang mempersonakan sesiapa sahaja yang mengenali mereka.
Membongkar keusahawanan Cina tua
Meskipun kehidupan Apek sering diperkatakan, namun kisah kehidupan Apek begitu sukar didapati dalam bentuk pembacaan atau dengan erti kata lain dibukukan. Buku ini diolah dalam bentuk dialog perbualan dengan Apek sendiri.
Ayat-ayat yang digunakan dalam buku ini berbentuk santai dan mudah difahami serta menarik minat sesiapa sahaja yang ingin mengetahui cara-cara bagaimana untuk mengurus kewangan peribadi secara berhemah.Amalan-amalan seharian Apek dikupas khas untuk tatapan pembaca. Melalui buku ini, pembaca akan dibawa untuk menyelami kehidupan Apek yang mementingkan kehidupan bersederhana sehingga menjadikannya seorang yang kaya raya.

Kehidupan yang kaya raya tidak menjadikan Apek bermewah-mewah dalam berbelanja tetapi menyedarkannya lagi untuk hidup lebih bersederhana. Dengan kekayaan yang ada, Apek mampu memiliki apa sahaja, tetapi beliau lebih mengemari dan memilih kehidupan bersederhana.Jarang sekali kita lihat orang yang kaya raya menjalani kehidupan yang sederhana tanpa bermewah-mewah. Inilah keistimewaan Apek yang mengatur kehidupannya mengikut keutamaan bukannya mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

Pelbagai teknik untuk mengurus kewangan peribadi dinyatakan dengan jelas dan lebih praktikal berbanding sekadar menyatakan secara teoritikal yang mungkin mudah untuk didengar tetapi sukar untuk diamalkan.Sinonim dengan amalan kehidupan bersederhana, teknik-teknik mengurus kewangan peribadi yang diamalkan oleh Apek menjadi antara kekuatan utama buku ini. Buku ini juga menyingkap sikap terlalu mahu cepat kaya di kalangan masyarakat kita sehingga terjebak dengan pelbagai skim penipuan kewangan.Bersama-sama dengan teknik-teknik mengurus kewangan peribadi secara berhemah, buku ini juga memperkatakan skim cepat kaya dan pelbagai teknik penipuan kewangan.

Tidak lengkap bagi sesebuah buku motivasi kewangan jika tidak membincangkan strategi-strategi pelaburan dan kewangan. Ini kerana strategi-strategi pelaburan dan kewangan yang tepat akan memberi kita kelebihan untuk meningkatkan pendapatan kita.Kita sering kali mengeluh tidak cukup wang, namun kita tidak sedaya upaya untuk memahami strategi-strategi pelaburan dan kewangan. Ilmu kewangan merupakan satu seni dalam kehidupan. Ia mustahil dapat diamalkan tanpa adanya pengetahuan yang mendalam mengenainya. Pengetahuan inilah akan membantu kita menggunakan strategi-strategi pelaburan dan kewangan yang tepat dalam menggandakan wang. Ia memerlukan usaha dan juga ilmu pengetahuan.

Buku ini amat sesuai untuk generasi muda yang masih terkapai-kapai dalam mengurus kewangan peribadi mereka. Menurut rekod Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh 2005-2010 (selama lima tahun) sebanyak 83,389 kes kemuflisan dan 1,046 kes daripadanya melibatkan golongan muda berusia bawah 25 tahun.Berdasarkan jumlah kemuflisan ini, masyarakat Malaysia terutamanya generasi muda tidak boleh tidak, wajib mempelajari dan mendalami ilmu mengurus kewangan peribadi. Dengan cara mendalaminya, barulah mereka dapat mengurus kewangan secara mantap dan seterusnya mengecapi kebebasan kewangan yang diidam-idamkan oleh sesiapa sahaja.Di samping Rahsia Kekayaan Apekberorientasikan pengurusan kewangan peribadi, rahsia perniagaan yang diamalkan oleh Apek juga dibincangkan dalam buku ini. Amalan-amalan inilah yang menjadikan perniagaan Apek berkembang maju sehingga dapat diwariskan untuk anak-anaknya.

Bukan sekadar berniaga untuk sesuap nasi, sifat keusahawanan Apek berorientasikan masa hadapan menjadi kekuatan kepada perniagaannya untuk berkembang maju. Penat- lelah beliau akhirnya terbalas apabila mempunyai sebuah perniagaan yang berdaya maju dan dikenali ramai.Buku ini patut dibaca oleh sesiapa sahaja tidak kira sama ada ahli perniagaan mahupun bekerja makan gaji. Secara keseluruhannya, buku ini merupakan satu keperluan untuk semua lapisan masyarakat yang berkeinginan besar untuk keluar daripada belenggu kewangan peribadi dan mencapai kebebasan kewangan

Kisah benar: Di puncak piramid skim cepat kaya

FRIENDS CLUB, STAR CLUB, FAMILY CLUB, ONE TEAM Akhirnya Diserbu Pihak Berkuasa

SEBUAH kereta sports Nissan Fairlady berhenti di hadapan restoran. Ia tidak diletak di dalam petak tetapi melintang. Bukannya tidak ada kosong, cuma ia ‘sengaja’ dipamerkan sedemikian rupa. Keluar dua lelaki berusia awal 20-an. Berpakaian kemeja dan seluar hitam dengan tali leher berwarna kuning. Butang lengan dikancing rapi. Janggal sedikit kerana waktu sudah 1 pagi.

‘‘Kau tidak mahukah kereta sports macam itu? Duit banyak, perempuan pun ramai hendak jadi teman,” kata seorang tukang rekrut di meja sebelah kepada dua pemuda dalam suara yang lantang, tanpa mempedulikan penulis dan rakan-rakannya yang turut sama terkesima melihat aksi ‘gaya, mutu dan keunggulan’ dua model tersebut.
‘‘Mereka itu pemilik kereta atau car-jockey?,” kata seorang teman dalam suara perlahan tetapi sudah cukup mencetuskan ketawa di meja kami. Itulah malam bersejarah, rupa-rupanya. Satu acara merekrut besar-besaran untuk satu skim jualan langsung (MLM) sedang berlangsung di sebuah restoran di Shah Alam,Petaling Jaya,sekitar KL dan menjadi lebih dramatik dengan aksi ‘pemilik’ Nissan Fairlady itu.

Ia mungkin satu lakonan, mungkin juga benar kereta itu dimiliki dengan sah oleh model MLM berkenaan. Mereka ini telah menjadikan restoran itu sebagai ‘pusat merekrut’. Calon-calon rekrut disuruh datang ke situ atau dibawa ke situ. Yang sudah menjadi ahli, hadir dalam pakaian serba hitam. Yang belum jadi ahli, kelihatan tekun (atau khayal) mendengar kempen dan propaganda. Ahli-ahli baju hitam ini bersalam pun ala-Hip Hop. Tangan digenggam dan badan dipeluk. Mereka jelas terhutang budi antara satu sama lain, mungkin saling memakmurkan diri masing-masing. Rata-rata mereka ini muda-muda belaka.

Beberapa bulan kemudiannya, kumpulan ini dibongkar oleh pihak berkuasa sebagai skim MLM piramid atau skim cepat kaya. Restoran tersebut kini kembali lengang walaupun beberapa watak dulu dilihat masih minum di situ, tetapi tidak lagi berpakaian serba hitam.

Anda mungkin pernah dipelawa menyertai skim MLM seumpamanya. Seorang teman mengaku pernah menyertai hingga tiga skim MLM. Tiga-tiga wang mukanya hangus. Sampai tiga baru hendak insaf? Ada pula seorang kenalan kini renggang dengan temannya, gara-gara hangus beratus ribu dalam skim cepat kaya seumpamanya.

Penulis sendiri pernah dipelawa, malah diperdaya kononnya untuk mengadakan temuramah. Rupa-rupanya kena duduk dengar ceramah MLM. Tidak mengapa, orang itu sendiri sedar kesilapannya dan tidak lagi berani tunjuk muka.
Oleh kerana pengalaman sebegini, perniagaan MLM lebih banyak mendatangkan persepsi negatif pada kebanyakan kita. Namun, kita harus terbuka minda yakni memang wujud syarikat MLM yang sahih dan fokus terhadap penjualan produk atau perkhidmatan, malah memiliki banyak produk serta sering dipertingkatkan menerusi inovasi atau penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Industri MLM ini turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai antara penyumbang kepada ekonomi negara. Jumlah dagangan dalam MLM dijangka mencecah RM10 bilion pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-10, setelah tahun lalu mencatat RM5 bilion.MLM yang tidak baik ialah yang memfokuskan semata-mata kepada pelantikan ahli baru yang diistilahkan sebagai downline. Calon-calon dijanjikan dengan pelbagai tahap komisen lumayan jika dapat melantik tiga orang, kemudian bantu tiga orang itu untuk dapatkan tiga orang lain dengan anda di atas. Produk? Tidak mengapa. Itu soal kedua. Lagi pun, siapalah berminat hendak menjual produk seperti ‘kopi 50 dalam satu’, ‘minyak lintah penambah nikmat’ dan lain-lain, yang kelakar bunyinya dan mendatangkan rasa segan pula hendak menjualnya.

Koleksi Maklumat anti MLM & Skim Piramid oleh Aidid Mu'addib's Photos - Skim Piramid Kegemaran Org Melayu
Mari Bersama-sama SAY NO TO MLM

konteks ini, kerajaan dilihat proaktif dalam mengawal selia industri yang popular ini daripada terus menerus disalah guna menjadi skim piramid cepat kaya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bakal membentangkan pindaan Akta Jualan Langsung 1993 pada sidang Parlimen sekarang. Harap sempat dan tidak dihambat dek isu politik yang hanya menguntungkan individu tertentu, bukan rakyat jelata.

Fenomena MLM piramid cepat kaya ini bukan eksklusif di Malaysia semata-mata. Ia bukan dicipta oleh Pak Man Telo, walaupun namanya akan selama-lamanya dikaitkan dengan skim itu. Sebaliknya ia adalah fenomena global. Malah di Amerika Syarikat, skim piramid diistilahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti & Bursa (SEC) sebagai ‘skim Ponzi’.

Skim Ponzi diambil dari nama Charles Ponzi yang menipu ribuan penduduk New England supaya melabur dalam skim spekulasi setem pos pada 1920-an. Ketika itu, kadar faedah tahunan bank adalah sebanyak 5 peratus. Ponzi menjanjikan para pelabur bahawa dia boleh menyediakan pulangan sebanyak 50 peratus dalam tempoh hanya 90 hari.

Pada awalnya, Ponzi membeli kupon pos antarabangsa bagi mengabui mata orang ramai untuk mempercayai skimnya itu. Dengan dana baru diperolehi dari pelabur baru, ia digunakan bagi membayar pelabur awalnya. Ponzi menerima publisiti tambahan bila berita keuntungan itu tersebar. Pelabur pertama tadi menggandakan pelaburannya. Kesudahannya sama seperti kes Pak Man Telo. Tidaklah diketahui jika Pak Man Telo ada mengkaji formula Ponzi berkenaan semasa hayatnya.
Namun apa yang nyata, walaupun kes itu sudah berlaku 80 tahun dulu (30 tahun di Malaysia), masih ramai yang terpedaya. Semuanya gara-gara mahu cari jalan pintas ke arah kesenangan dan kekayaaan. Duit banyak tetapi dungu. Mana ada perniagaan di dunia ini yang menjamin pulangan luar biasa sebegitu besar dalam tempoh singkat. (Jual dadah atau perempuan bukan perdagangan sah atau halal.

Kedunguan orang mahu kaya cepat dengan cara singkat itu pun bukan eksklusif di Malaysia. Di AS pada tahun lalu, SEC memfailkan 60 tindakan perundangan membabitkan skim Ponzi atau yang berbentuk pembayaran Ponzi, termasuk mendakwa Robert Allen Stanford yang dituduh mengendalikan skim Ponzi bernilai AS$8 bilion serta Bernard L. Madoff yang kini menjalani hukuman penjara 150 tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan yang serupa.

Skim piramid cepat kaya ini ada pelbagai. Sang penipu akan terus mengambil kesempatan atas kedunguan dan ketamakan orang dengan mencipta pelbagai nama baru serta atas bermacam platform perniagaan, seperti MLM ini. Jika anda ditawarkan skim MLM, siasatlah dulu dengan pihak berkuasa mengenai kesahihannya. Paling mudah ialah dengan menolak selamba bila tukang rekrut menekankan soal downline berbanding jualan produk atau muncul kereta sports diletak melintang di hadapan anda.