Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

Huraian Penipuan: Skim Pelaburan Ikan Arowana/Kelisa

Iklan Pelaburan Kelisa.Jgn terpedaya

Ikan Arowana atau kelisa merupakan antara ikan peliharaan yang paling mahal. Terutamanya Kelisa Emas yang boleh mencecah puluhan ribu malah ada yang sampai ratusan ribu. Gilo ko beli ikan puluhan ribu ringgit. :p
Tapi itulah hakikatnya. Ia mungkin disebabkan ada kepercayaan ikan arowana boleh membawa tuah kepada tuannya. Macam flower horn jugak kalau ada banyak merah kat badan ikan tu. Sekarang ni muncul pulak satu pelaburan baru dengan menjadikan ikan arowana sebagai bahan pelaburan.

Arowana2u Penipu Wang Anda

Bagaimana ia beroperasi?
Penganjur skim ini akan buka pelaburan untuk membeli induk ikan Arowana dengan harga RM5000 hingga RM20,000 seekor. Penganjur akan “tolong” bela ikan tersebut sehingga ikan tersebut bertelur & menetaskan anak. Biasanya induk Arowana hanya bertelur sekitar 20 biji telur je setiap kali. Bila ia mengawan, telur ikan arowana akan ditelan oleh Arowana Jantan dan membesarkan anak ikan tersebut di dalam perutnya.

Bila dah besar skit, baru lah anak ikan tersebut keluar dari mulut “bapa” arowana  dan berdikari sendiri. Jika ada sebarang bahaya, bapa arowana akan memberi amaran & anak ikan akan masuk kembali dalam mulutnya sehingga keadaan selamat. Setiap ekor anak ikan ini akan dibeli semula oleh penganjur pada harga RM900 seekor. Jadi jika kesemua anak ikan tersebut hidup, pelabur akan menerima RM900 x 20 atau bersamaan dengan RM18,000 setiap kali ikan tersebut bertelur/beranak pinak.

Ikan Arowana bertelur setahun sekali. Jadi tahun pertama pelabur dapat la RM18,000. Pada tahun kedua pula pun sama sehinggalah ikan tersebut mati. Nampak lumayan bukan?
Betapa hebatnya industri ikan arowana, menyebabkan ramai orang Melayu jual tanah untuk dijadikan kolam arowana di Bukit Merah & Taiping. Cerita betul ni! Kalau orang sana tahu la kot. Dalam majalah 3, rasanya pernah keluar pasal industri ikan arowana di Bukit Merah ni.

Pokcik Kayo: Anda akan untung Rm Satu Juta.
RM 1,000,000.00
Bagaimana penipuan berlaku?
Ikan arowana hanya berteluar sekitar 20 biji je. Disebabkan semua urusan membela diuruskan oleh Penganjur. Mereka boleh kata, 10 biji je bertelur sedangkan 20 biji telur. Pelabur mana tahu bukan? 10 biji tu, Penganjur tibai. Pelabur bukan tahu pun bukan? Semuanya diuruskan oleh panganjur. Pelabur hanya tunggu duit je.Kadar kematian ikan arowana sangat rendah kerana ia membesar di dalam perut arowana jantan. Ia hanya keluar bila dan cukup kuat untuk berdikari sendiri.

Bukan tu je. Ada banyak lagi cara yang boleh penganjur cakap seperti induk yang anda beli mati (walaupun tidak mati) dan sebagainya menyebabkan wang pelaburan hangus.Jika ada orang yang ingin menawarkan pelaburan sebegini, elakkan sahaja. Simpan duit tu dalam ASB atau Tabung Haji sampai ia beranak pinak juga.Ia lebih selamat walaupun lambat kaya. Sekurang kurangnya wang anda selamat daripad melaburkan duit pada pelaburan Arowana yang belum tentu berjaya.

Malah pelaburan sebegini dilarang agama islam.

Copyright from : Shamsuriyadi.com

3 ulasan:

  1. JOLO KAWE SOKONGGGGGGGGGGGGG
    HIDUP DEMOOOOOOOOOOOOOO
    HAHAHAHAHA TUIIIIIIIIIIIIII

    BalasPadam
  2. mmg sokong sgt...tp mt bro dh terpengaruh... camne nk yakinkan die jgn join benda mengarut ni..

    BalasPadam
  3. adakah islam melarang melabur didalam ternakan kelisa?

    BalasPadam