Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

KOPERASI tempat penipuan Skim Cepat Kaya... KOPRAHA,KOPEDIK,KOJADI,KUMB dan lain2 lagi koperasi penipu

kopraha-KOPERASI PELABURAN HARTANAH BERHAD
KUALA LUMPUR 7 Okt. – Empat ahli lembaga Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad (KPHB) termasuk seorang yang bergelar Datuk hari ini mengaku tidak bersalah atas pelbagai pertuduhan termasuk menerima pinjaman pelaburan berjumlah RM2 juta dalam satu aktiviti bercirikan skim cepat kaya, dua tahun lalu.Datuk Nabil Abdul Kadir, 47; Saiful Bakhri Abdullah, 28; Md. Sarip Salleh, 49, dan Lee Wei Onn, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa kepada mereka di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozana Ali Yusoff.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menerima pinjaman daripada bakal ahli sebanyak RM500,000 setiap seorang sedangkan KPHB masih belum didaftarkan secara sah.Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 22 Mac dan 9 Jun 2008 di Tingkat Ground 1 dan 2, Blok A, Setiawangsa Business Suites, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa di sini.
NABIL Kadir (kanan) menunjukkan banting pelancaran Dana Mekah dan Madinah sambil disaksikan oleh Harun Din dan Ahmed Shukri Abd. Rahman (kiri sekali) di Kuala Lumpur

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10A(1) Akta Koperasi 1993 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikemukakan pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Kamarulzaman Mohamad Buhari manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Noor Mahmood.

Kesemua tertuduh juga didakwa atas tuduhan kedua iaitu telah menguruskan kewangan koperasi tersebut secara tidak berhemah dan tekun di tempat yang sama dari 13 Ogos 2008 hingga Mac 2009.Mereka didakwa telah menjanjikan pembayaran balik dividen sebanyak 15 peratus bagi kutipan pelaburan Units@Neocyber dan 16 peratus bagi Gold Members sedangkan KPHB tidak mempunyai sebarang aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

Bagi kesalahan ini, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 45(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM200,000.Nabil dan Saiful Bakhri mempunyai satu pertuduhan tambahan iaitu didakwa telah tidak mengisytiharkan kepentingan mereka di dalam syarikat CFIS Sdn. Bhd. yang mana mereka memegang jawatan pengarah di Mesyuarat Lembaga KPHB yang diadakan pada 14 Jun 2008 di tempat yang sama.Dakwaan bagi kesalahan ini dibuat mengikut Seksyen 44B(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Nabil turut mempunyai satu lagi tuduhan tambahan iaitu menerima elaun berjumlah RM441,030 bagi tempoh 16 bulan ketika menguruskan kewangan koperasi terbabit sedangkan KPHB masih belum mempunyai sebarang aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 45(1) akta serupa yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM200,000 jika sabit kesalahan.Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 terhadap Nabil dan Saiful Bakhri setiap seorang manakala Md. Sarip dan Wei Onn masing-masing dibenarkan ikat jamin RM20,000.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 November ini.

Kisah dahulu... sekarang sudah kena tangkap!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan