Pengikut

Isnin, 24 Januari 2011

Penapis air pembawa mudarat Oleh JUNHAIRI ALYASA = Kosmo

Penapis air pembawa mudarat


ROOWINA bersama pelajar KJP meminum air terus daripada paip sebagai bukti air yang dirawat Syabas selamat diminum di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya?
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria.
Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya.
"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

1 ulasan:

  1. memang air yg dibekalkan syabas menepati piawaian who...tapi sejauh mana syabas peka dgn output air dari paip rumah..adakalanua bila buka paip keluar air mcm air teh o...ada yang berbau kurang menyenangkan..basuh baju putih dah kena tompok2 kuning...knp ini terjadi??

    BalasPadam