Pengikut

Isnin, 28 Februari 2011

Info: 14 Negara dah haramkan Kaedah Rawatan SPA -Ikan 'Garra Ruffa' ...



by SAY NO to MLM on Monday, 28 February 2011 at 17:05
ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati
TAPAK kaki anda kering dan mengelupas atau berbau busuk?? heheheheh... Tetapi anda enggan melakukan rawatan kaki di pusat-pusat kecantikan biasa.Mungkin anda inginkan satu alternatif rawatan? Dengan janji menawarkan pengalaman spa yang lain daripada biasa, mungkin rawatan spa ikan adalah jawapannya.??

Bagaimanakah spa ikan ini bermula?
"Sejak berdekad-dekad lamanya, ramai yang mencari rawatan alternatif akan pergi ke negara-negara Eropah Timur seperti Turki, Syria dan Jordan untuk mencuba rawatan Dr. Fish di spa-spa air panas di sana.
"Malah, tabiat pemakanan unik ikan-ikan ini mula ditemui di kawasan air panas yang terletak di Kangal, Turki," ujar Evenlyn sambil memaklumkan populariti rawatan ikan itu mula menyerlah pada tahun 2006.
Pada hari ini, rawatan spa ikan semakin berkembang di beberapa negara Asia seperti Jepun, Korea, China, Singapura dan Malaysia.
"Biasanya, tempat-tempat ini menggunakan salah satu daripada spesies Dr. Fish yang diternak dengan jayanya di Asia dikenali sebagai Garra rufa.
"Garra rufa boleh ditemui di beberapa negara Eropah Timur seperti Turki, Syria dan Jordan,

Kesimpulanya
Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar, boleh menyebarkan penyakit bahaya.Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.

”Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawatkulit termasuklah penyakit psoriasis.Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolamkecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin).Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika
Penggunaan ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan