Pengikut

Rabu, 23 Februari 2011

Pemberitahuan: Syarikat yang tidak lagi dibenarkan mengendalikan kiriman wang

by SAY NO to MLM on Thursday, 17 February 2011 at 12:08

RED TONE
Bank Negara Malaysia ingin memberitahu orang ramai bahawa syarikat-syarikat tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan mengendalikan urusan pengiriman wang:
  1. Redtone Telecommunications Sdn. Bhd.
  2. LBC Remittance Express Sdn. Bhd.
  3. Worldwide Remittance (M) Sdn. Bhd.
  4. PPTKI RemitXpress Sdn. Bhd.
  5. Herald Remittance Sdn. Bhd.
Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat kiriman wang melalui syarikat-syarikat di atas kerana terdapat risiko wang kiriman tidak sampai kepada penerima.

Mana-mana individu yang melibatkan diri dengan aktiviti pengubahan wang haram boleh disabit melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, iaitu termasuk penglibatan dalam urusan berkaitan hasil daripada aktiviti haram seperti mengendalikan kiriman wang tanpa kebenaran.

Orang ramai yang berurusan dengan individu-individu yang tidak diberi kebenaran mengendalikan servis kiriman wang akan turut menerima akibat sekiranya wang yang terlibat dibekukan untuk tujuan siasatan di bawah AMLATFA.
Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan senarai Pengendali Kiriman Wang Bukan Bank (Non-bank Remittance Service Providers):
  

REDTONE PLAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan