Pengikut

Jumaat, 11 Februari 2011

Scam Alert: HITECH OBJECTIVE ENTERPRISE Syarikat yang menipu orang Felda hampir Rm 60 juta

by SAY NO to MLM on Monday, 07 February 2011 at 17:30

Copyright dari seorang blogger KHAIRUL ANSOR 
yang tegar dengan skim cepat kaya walaupun dah berkali-kali kena tipu:

Tahniah!!!Anda telah memilih laman web yang sesuai dengan kehendak anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah...bacalah ia hingga ke noktah yang terakhir.Disitu anda akan temui kesimpulannya.Anda tidak perlu berterima kasih kepada saya dan saya tidak pula memerlukannya.Niat saya sekadar membantu sesama manusia.Mana yang dah tahu teruskan usaha anda..Semoga berjaya.Mana yang belum teruskan membaca ruangan ini...mungkin terbuka hati ingin mencuba dan setidak tidaknya mengetahui perkara yang baik ini.

Kita telah banyak disogokkan dengan pelbagai skim yang menawarkan wang ringgit yang cukup lumayan yang pada akhirnya membuat kita pening kepala...memikirkan bagaimana nak bayar hutang sana dan sini dan bukan itu saja ada yang terpaksa bergolok gadai semata mata mengejar menjadi jutawan internet ini kononnya..yang akhirnya zzzzz2333%&@@@@.

Saya juga telah kerugian berpuluh ribu ringgit yang mana saya takut nak habaq kat anda.Hutang keliling pinggang.Sehinggalah pada satu petang datang sahabat baik saya memperkenalkan HITECH OBJECTIVE ENTERPRISE yang telah melancarkan satu program yang memberikan peluang yang cukup lumayan dan telus cara pembayarannya.Ramai rakan kita dah berjaya dan tak habaq awal awal kat kita.Saya pun terkategori lewat pasal benda ini dah jalan setahun dah.Maklumlah dok layan saham internet aje.

Ceritanya begini;

Syarikat ini menawarkan bonus hebat dimana setiap satu langganan yang bernilai RM 70.00 memberikan kita bonus RM 20.00 berserta RM10.00 prepaidcard.

Contohnya dipermudahkan seperti dibawah;

1 langganan RM 70.00 = Bonus RM 20.00+RM10.00 prepaidcard(jual prepaidcard pada syarikat dengan harga RM 9.00.Bermakna 1 langganan anda dapat RM29.00 sebulan selama 11 bulan.

Sekiranya anda melanggan sebanyak 21 lot(RM 1470.00)=anda peroleh RM609.00 sebulan selama 11 bulan menjadikan RM 6690.00

Macam mana..lumayan tak?Anda tidak perlu menjual atau mencari orang untuk untung cepat.Cuma ianya terhasil dengan modal anda sendiri yang sekecil 1 langganan sahaja.

Jika anda mendaftar sebagai ahli pada atau sebelum 7hb,anda akan dibayar pada setiap 7hb berikutnya.Begitu juga pada 14,21 dan 30hb.

Bulan yang ketiga menjanjikan pulangan modal anda dan selebihnya keuntungan anda.Saya tidak peroleh apa-apa membantu anda kerana syarikat telahpun melantik eksekutifnya sendiri.

Tiada agen yang dilantik,tapi awas pada orang yang mengaku agen.Anda akan terpedaya nanti.Apa yang saya utarakan tadi berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari sahabat saya tadi.Beliau berharap agar kita dapat membantu sesama kita.Ingat sesuatu yang ikhlas akan dibayar dengan keikhlasan.InsyaALLAH...

Jika berminat atau ada pertayaan sila hubungi saya ditalian berikut:
             016-9186476       ( jadi agent Haram pulak)
 p/s SNTM:   KHAIRUL ANSOR blogger yang masih tak serik2 lagi??? asyik jadi penipu Bangsa!! 
Dua budak Felda ini berjaya mengumpul Wang Haram Hampir rm60juta,Mohd Riezuan Jalil & Basri Samsudin
End of Story : Dua biras yang juga rakan kongsi syarikat Hitech Objective Enterprise dituduhan pengubahan wang haram


Trend Modus Operasi adalah spt Piramid

 Dua biras yang juga rakan kongsi syarikat Hitech Objective Enterprise, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pengubahan wang haram, masing-masing berjumlah lebih RM45 juta dan RM16 juta.
Mohd Riezuan Jalil, 28, menghadapi 162 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM45,026,063 manakala Basri Samsudin, 35, dengan 60 tuduhan sama berjumlah RM16,133,009.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.Kedua-dua tertuduh yang juga pengarah syarikat itu turut menghadapi tuduhan di mahkamah sama kerana menerima deposit daripada pendeposit tanpa memegang suatu lesen yang sah mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Mohd Riezuan dan Basri dari Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di Naza Hotel, Jalan Tun Ali di sini, antara 13 September 2006 hingga 19 September 2007.Tuduhan mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 itu membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Zamri Bakar menetapkan 12 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua kes dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan mereka diserahkan kepada mahkamah.

p/s SNTM: Tiada jalan mudah untuk menjadi kaya... laburlah di ASB pasti terjamin.

6 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM....cuma untuk berkongsi info kepada sape2 yang nak mendapatkan baki modal pelaburan masing-masing, terdapat saluran khas untuk berbuat demikian iaitu bicara tuntutan oleh pihak ketiga selepas kes ini diputuskan.Mana-mana yang rasa nak claim balik duit yang berpuluh-puluh ribu tu boleh standby docs dr skrg....nak join group aku utk claim bleh, lawyer aku charge rm 400 sahaja untuk satu akaun dan 5% kos guaman daripada jumlah yang akan diperolehi....contact puan sheila...lawyer incharge utk kes ni terus utk dptkan info terkini di 03-87067190 (talian pejabat) dan 0122964525...tak lantik pun takpe...yg penting tau info.....duit kita kat situ takkan nak biar jek..ahmad solihin

    BalasPadam
  2. En. dulu saya pernah join benda ni...sy labur labur dalam 56k.... camane caranya saya nak dapat balik duit tu n apakah dokumen yang dikehendaki untuk mendapatkan duit saya balik..

    BalasPadam
  3. saya yang diatas ditalian 016-6516010 johari

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.....sy ada info sikit pasal hto ni. dengar kata kes telah dilepaskan dan x bersalah. cuma tunggu aje jika BNM nak merayu lg........ nak semua duit tu le. kalau da sah rezeki kita, kita akan dapat balik duit kita tu. bersabarlah...........

      Padam
    2. Latest info... Sila rujuk website bank negara..mamat dua orangni dah lepas dari tuduhan.. Pegi cari dorang..!!!!

      Padam
    3. camna nak cri,duit pun bnm blok mslk tabung amla..mcm x de harapanlh jwbnya...

      Padam