Pengikut

Jumaat, 11 Februari 2011

Scam Alert: Jai Network Sdn.Bhd- Sampai Hati Kau Tipu Orang Melayu

by SAY NO to MLM on Thursday, 10 February 2011 at 21:20

Masih ingat dengan kes pengubahan wang haram yang berlaku tahun lepas.Tahun lepas memang banyak sistem pengubahan wang haram.Mereka tergolong dalam dua kategori , melalui online dan offline.Kalau melalui online seperti abfund , eaindex dan sebagainya.Kalau offline seperti Jai Network Sdn.Bhd.
Dr Jailani-CEO:Jai Network System Sdn Bhd


Aku juga salah seorang mangsa penipuan Jai Network Sdn Bhd.Tapi nasib baik , aku mendapat kembali separuh modal.Sebenarnya kita tertipu dengan teknik-teknik yang digunakan oleh mereka.Sebagai contoh bagaimana Jai Netwok Sdn Bhd menipu kita.Mereka berselindung di sebalik jualan alat penjimatan minyak iaitu stromberg.Mereka mengatakan keuntungan diperolehi melalui jualan produk tersebut di luar negara.Yang sebenarnya , keuntungan yang kita perolehi adalah melalui ahli-ahli baru yang menyertainya.

Sedikit diberi kepada kita , sebanyak mungkin di perolehi oleh mereka.Aku membangkitkan isu ini kerana Mahkamah Sesyen Kuantan,membenarkan Dr Jailani Jabar, 48, yang juga Pengarah Jai Network System Sdn Bhd yang menghadapi 106 pertuduhan menerima sejumlah wang hasil daripada pengubahan wang haram dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.Dr Jailanai Jabar menerima sejumlah RM98.7 juta daripada sumber tidak sah menerusi akaun syarikat itu.

Aku rasa terkilan kerana beliau dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.Aku rasa tidak patut beliau dibebaskan setelah apa yang beliau lakukan kepada rakyat Malaysia.Rakyat yang menerima padah.harap2, duit tersebut dipulangkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

11 ulasan:

  1. lame dah aku tunggu.. still xdpat pulang duit dri bnm.. hurm...

    BalasPadam
  2. dengan segala hormatnya disini saya ingin menyatakan adalah mimpi di siang hari bila anda masih menunggu duit dari BNM akibat ditipu Jai network. ada sesuatu disebalik penipuan ini yang kebanyakan kita x perasan. jangan mimpi dan berharap.

    BalasPadam
  3. kes dah selesai..... jai hidup senang lenang. tggu jerlah pembalasanya nanti..

    BalasPadam
  4. abis apa kesudahannya yea...BMM x nak pulangkan wang kita ke

    BalasPadam
  5. Sape2 yg tau info terkini ttg kes Jai network ni tlg hubungi sy 017-2670343.

    BalasPadam
  6. Case masih lg berjalan. Bnm tak dpt membuktikan kesalahan syarikat jai. Masa dah bertahun berlalu tp takdapat membuktikan yg jailani bersalah.

    BalasPadam
  7. sekarng dah buat yang baru...

    BalasPadam
  8. jai da buat kerja semula
    adventure flying club yg bermodalkan rm500 utk jd ahli

    BalasPadam
  9. Apa korang merepek..korang y buat report psl kes ni kan..lastly y kne beku tu duit korang....duit aku ni 100k dlm tu..4bln aku terima bayaran mcm biasa..lps kes disiasat duit aku xdpt2 smpai ni....dah duit syarikat pn dlm bnm..apa pn tgu la keputusan muktamat kerajaan lg ko blaim lg la xdpt

    BalasPadam
  10. Bila melayu buat bisnes mest ada yang cemburu iri hati . kalau cina takde pulak . fikirlah . dia buat utk melayu . lepas kena report bnm amik duit . dia nak bayar guna apa . fikirlah

    BalasPadam
  11. Mmg bodoh la org yg report tu... Cina lagi ramai kot wat benda cmni, Melayu gak yg korang dengki. Ni mesti jenis x faham sistem, dah la bodoh, malas usaha lak tu... Memang kena beku la jawabnya duit korang.

    BalasPadam