Pengikut

Jumaat, 11 Februari 2011

Scam Alert: Peraduan Reader Digest .. Penipuan atau Benar?


by SAY NO to MLM on Friday, 11 February 2011 at 22:29

Hari ini saya dapat Peraduan Reader Digest. Mula² tu seronok gak. Ingatkan nak join. Tetapi bila tanya pendapat kawan² .. diorang cakap tak payah. Sebab peraduan Reader Digest nie lebih kurang macam peraduan Gores Dan Menang. Ehh .. betul ke?. Dah diorang cakap macam tu .. bila baca balik terms yang disertakan. Nampak macam betul je. Dah mula ragu² samada betul ke tak peraduan ini.
Peraduan Reader Digest .. Penipuan atau Benar?

So, untuk mendapatkan pengesahan yang lebih jelas. Saya cuba search kat internet tengok pendapat dari individu² lain yang dah menyertai peraduan ini.

Keluhan 1: "sama la cam su dulu. Hubby bukan main seronok lagi maklumlah dah dapat kunci kereta dan tinggal lagi beberapa step je lagi nak menang kononnya. Tapi sebelum tu rabak jugaklah poket, sebab kena beli buku speak better dan bermacam buku lagi tu belum campur dengan tawaran yng lelain tu..hancus...akhirnya hampeh...x continue sebab dia minta beli barang yg reganya...alahai....semput"

Keluhan 2: "dia tak tipu ko..yang tak tahan tu...setiap kali nak borang peraduan,,,kene beli barang...setiap kali nak masuk peraduan dia..kene beli barang..menyampah tul ..abis beribu duit..menangnya tak...saguhati pun tak dapat..barang punyalah mahal gila.....tak usahle masuk..membazirkan duit aje"

Alamak .. betul la. Memang banyak yang tak puas hati dengan peraduan ini. Ada yang dah habis beribu² semata² nak memenangi peraduan tersebut. Menurut mereka, masa mula² join memang la tak suruh beli apa². Tetapi bila dah masuk peringkat demi peringkat peraduan. Reader Digest akan meminta peserta untuk membeli kamus, CD ataupun melanggani majalah Reader Digest untuk tempoh setahun dan banyak produk lagi bagi memastikan mereka terus layak untuk memasuki peringkat seterusnya.

Keluhan 3: "bb dulu pernah subscribed RD ni tapi sekali sampai satu peringkat tu (bab dia nganto peraduan and kunci spastik tu memang irritating sunggoh!), bb dah tak tahan lagi. baik beli kat kedai mamak.
masa memula langgan dulu dia ada post satu buku yang kira macam novel la tp dia compile dari 4 author. then bb pun excited la dapat buku free. ingatkan RD saje2 sent nak buat pahala. takda pun notice suh bayo ker aper. skali next datang lagi satu buku...bb pun excited lagi la dapat buku lagi...bulan depannya datang bill suh bb bayo yang merah tu harga ratus2 gak. bb pun tensen la sebb bb tak pernah order..pastu komplen dekat one of their staff melalui email.

rupanya masa 1st book tu, dia nyer peraturan, kalo bb tak notify dorang (call dorang or ape2lah), dorang akan assume kita nak 2nd book and yang ni kena bayo. kalau kita tak mau, kita kena call dorang masa dapat 1st book. setau bb, tak ternampak pun peraturan tu tertulis kat bungkusan tu. ish..terus bb stop after 1 yr subscription. melecehkan hidup ku jer!"

Dalam setiap surat yang dihantar tu .. memang Reader Digest tak memaksa pengguna untuk membeli tetapi mereka cuba mempengaruhi dengan tawaran hadiah yang lumayan. Siapa yang tak nak kalau diberikan ratusan ribu secara percuma. Jadi bagi yang terpedaya .. pastinya akan terus melanggan walaupun tidak menggunakan produk tersebut.

Sumber Rujukan: Peraduan Reader Digest .. Penipuan atau Benar?  ANaSTaSye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan