Pengikut

Jumaat, 11 Februari 2011

Tazkirah: Manusia ada Sifat Ketamakan

by SAY NO to MLM on Friday, 11 February 2011 at 22:50

Sehingga hari ini, kita masih lagi mendengar isu ini. Tak habis-habis dengan skim cepat kaya! Menurut para ulama dan pakar agama, Islam yang telah menggariskan bahawa sebarang pendapatan atau keuntungan yang berpunca daripada sumber yang haram ataupun gharar (was-was) adalah hukumnya haram, dan sekiranya perkara yang ingin dilakukan itu memberi risiko yang buruk, maka hukumnya akan jatuh haram juga.

Dalam konteks ini, memang jelaslah bahawa skim cepat kaya yang diwar-warkan oleh orang kita dewasa ini lebih membawa kepada unsur haram dan menzalimi diri sendiri yang ternyata ditegah oleh Allah S.W.T. Hukum ini tidak kira sama ada individu yang menubuhkannya mahupun individu yang menyertai skim ini.

Falsafah “Melayu tolong Melayu” ataupun seumpama dengannya jelas mengajak orang lain supaya menyertai skim tersebut, supaya penganjur akan cepat mendapat keuntungan hasil daripada penyertaan skim tersebut oleh orang ramai.
Jelaslah, skim cepat kaya ini bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah amat dilarang dalam Syariah Agama.

Awas aktiviti perlaburan haram!!
Carta Aktiviti Penipuan
Carta Aduan Penipuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan