Pengikut

Selasa, 15 Mac 2011

Scam Alert : SYARIKAT SKIM KUTU WANG POS DISERBU..

by SAY NO to MLM on Wednesday, 02 March 2011 at 08:36
Skim Wang Pos atau kutu dirampas!!

assalammualaikum dan selamat sejahtera..

saya harap anda sihat bersama keluarga tersayang..
kepada umat islam, saya mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul, oleh itu, jadikan sambutan Maulidur Rasul tahun ini sebagai misi mengisi iman, landasan membetulkan akhlak dan wadah memacu jati diri.. salam..

oh ya.. kenapa dengan tajuk ya.. sebenarnya, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tidak dapat saya lupakan, sebelum ini saya di pelawa oleh seorang rakan untuk menyertai skim kutu wang pos, yang dikenali (tuuuutttt) hehe.. Apa yang di tunjukkan, bagi saya memang lumayan, tapi saya musykil dan mustahil kerana boleh dapat pulangan yang lumayan tanpa melakukan apa-apa dalam masa yang singkat.

Jadi saya berat hati untuk menyertainya kerana macam sesuatu yang menguasai diri saya untuk tidak menyertainya. Jadi saya biarkan sahaja dan berterima kasih kepada rakan saya kerana menunjukkan peluang tersebut.

Akhirnya, syarikat skim kutu terbabit diserbu oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan disiasat mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Untuk pengetahuan anda juga di bawah akta tersebut, dinyatakan bahawa mana-mana orang perseorangan, perniagaan atau syarikat dilarang daripada menganjurkan apa-apa skim dana kutu. jika disabit kesalahan, penganjur boleh dihukum penjara, 3 tahun atau denda tidak melebihi RM5000.

kawan-kawan dan pengunjung-pengunjung sekalian, dan orang ramai juga diminta menghubungi Seksyen Aduan SSM di talian 03-22995477/ 5450/ 5451 sekiranya mempunyai maklumat mengenai skim atau program kutu yang lain.

sekian..
sumber harian metro 26 feb 2010 M/s 35A

SNTM : Kami membantah program atau skim Kutu Pintar dihalalkan

by SAY NO to MLM on Wednesday, 02 March 2011 at 09:43
Akta untuk lindungi pemain skim kutu
2011/03/01

PENDANG: Satu akta akan diperkenalkan bagi melindungi peserta permainan "kutu" dan bagi menghalalkan skim itu dari segi undang-undang, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim. 

Beliau berkata, draf akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dikaji. 
"Kementerian memandang serius permainan ini kerana ia membabitkan wang sehingga jumlah yang besar selain tiada akta khususnya yang melindungi kepentingan pesertanya.

"Saya berharap akta itu dapat dibentangkan ke Kabinet tahun ini supaya permainan tersebut sah di sini undang-undang sebagai salah satu cara mencegah orang ramai terbabit dengan Skim Cepat Kaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau merasmikan seminar koperasi wanita peringkat negeri Kedah. Rohani berkata, kementerian juga sedang merangka beberapa lagi akta yang tiada dalam bidang kuasa kementerian berkaitan seperti yang membabitkan aktiviti penarik kereta bagi melindungi kepentingan orang ramai. - BERNAMA 


SAY NO TO MLM
Kami membantah tindakan kerajaan menghalalkan skim kutu pintar kerana ia lebih kepada memberi masalah daripada membantu rakyat. Mungkin ada campurtangan pihak-pihak tertentu dalam usaha menghalakan skim kutu pintar ini.di harap KPDNKK mengkaji sebaik-baiknya untuk masa depan bangsa ,agama & negara.

Dahulu semua hampir kesemua tokey Skim Cepat Kaya adalah bukan melayu.tetapi sekarang dah banyak berubah...Melayu pun boleh jadi admin,founder atau ‘tokey’ skim MLM ini adalah dari kalangan melayu sendiri…memang betullah, ‘Melayu Boleh’ kot…sampai sanggup menipu orang dengan cara mcm ni…nauzubillah.
Tanya sama irfan khairi.???

Plan kutu pintar
KUALA LUMPUR – Empat syarikat haram dikesan menjalankan aktiviti memanipulasi wang pos secara aktif melalui Internet atau dikenali sebagai kutu pintar bagi memperdaya orang ramai di seluruh negara.
Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.
Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam.
“SSM sedang mengadakan siasatan terhadap salah satu penganjur skim ini manakala tiga lagi masih dalam proses pemantauan untuk melihat operasi dan siapa yang terlibat.
“Kami juga sedang merekodkan kenyataan daripada syarikat ini sejak tiga minggu lalu untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap penganjur terbabit,” katanya.
Menurut Redzuan, skim itu didapati melakukan kesalahan menguruskan perniagaan wang kutu tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.
Melayu pun boleh jadi admin,founder atau ‘tokey’ skim MLM ini
Persoalanya ??
Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.
Yang Hairanya!!
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 je!!


Lihat Link dibawah dan apa komen anda: 

ada yang mendakwa labur Rm30 ringgit dapat pulangan Rm14 juta?? hhehehe... 
so, apakah respon pembaca2 semua terhadap skim MLM internet mcm ni? Saya rasa,ada bersepah lagi skim MLM ‘copy paste’ sebijik mcm ni dlm internet,hanya menunggu masa untuk menjerat insan-insan yg ingin cepat kaya je…saya berharap post kali ni dapat membuka mata & hati pembaca-pembaca semua untuk berfikir dahulu sebelum menyertai skim2 MLM internet sebegini…

info tambahan: laman web KutuOnline.com sekarang dah di’redirect’ ke laman web dinars2u.com pulak..ape kes ye…wallahualam…nampaknye mcm bayang2 KutuOnline je…ingat saudara saudari semua, berhati2 sebelum tertipu ok! Jangan kerana nak cepat kaya, habis duit simpanan dipakai utk sertai skim2 MLM macam ni…jumpa lagi dalam post yg akan datang bertajuk “Kata-kata hikmah perniagaan MLM internet”

 Sila Share....


info kutu pintar

Cara penipuan skim ini

Scam Alert : PEI HUR HADAPI 11 LAGI TUDUHAN GUBAH WANG HARAM

by SAY NO to MLM on Saturday, 12 March 2011 at 11:19
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
laporan akhbar
PETALING JAYA 11 Jun - Selepas didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan pengambilan deposit tanpa lesen dan penggubahan wang haram RM1.69 juta semalam, pemilik syarikat perniagaan multilevel hari ini menghadapi 11 lagi pertuduhan yang sama di Mahkamah Sesyen di sini.

Wong Pei Hur, 35, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan melibatkan pengunaan dan memiliki RM837,281.42 dibaca di hadapan Majistret Ho Kwong Chin yang menyebut bagi pihak Hakim Nurmala Salim.

Pengarah syarikat yang beroperasi melalui Internet itu didakwa menggunakan wang hasil aktiviti haram RM10,000 untuk membayar ansuran pinjaman kereta Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran WKW 936 pada 22 Januari 2007.

Dia juga didakwa menggunakan RM26,666 untuk membayar deposit bagi pembelian sebuah kereta Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran WPW 8989 dan RM16,000 untuk membayar ansuran bulanan kenderaan itu di Hong Leong Bank Berhad, Jalan SS2/67, di sini antara 8 Februari dan 9 Julai 2007. Tertuduh turut didakwa memiliki RM784,624 dalam tiga akaun di Malayan Banking Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Standard Chartered Bank Berhad dan EON Bank Berhad di sini pada 5 September 2007.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.

Peguam S. N. Nair bagaimanapun memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM20,000 dengan alasan anak guamnya tidak berisiko untuk melarikan diri kerana mempunyai keluarga di sini.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM150,000 dan menetapkan 18 Jun ini untuk sebutan semula kes itu.

jgn terpengaruh dgn penyata/statement bank dari mereka

Ajaran MLM' ganti solat dan boleh hapuskan dosa

by SAY NO to MLM on Saturday, 12 March 2011 at 11:35
info ajaran MLM
KUALA LUMPUR - 'Institusi' ajaran sesat kini nampaknya bukan sekadar dijadikan 'alat' untuk menyelewengkan agama, malah turut dijadikan tempat untuk mengaut keuntungan mudah demi kepentingan peribadi.Terbaru, Kosmo! Ahad difahamkan sebuah kumpulan ajaran sesat di sini dikatakan turut memanipulasi gerakan itu dengan menarik ahlinya menjalankan perniagaan jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Konsep ajaran sesat kumpulan itu unik kerana ketua mereka yang dikenali sebagai 'Guru MLM' memperdayakan pengikut-pengikutnya dengan menyatakan perniagaan yang dijalankan mereka mampu menggantikan solat lima waktu.Perkara itu didedahkan seorang pengikut kumpulan 'Ajaran MLM' itu yang hanya mahu dikenali sebagai Norah dengan menyatakan pengikutnya yang berjaya mencari lebih ramai ahli boleh menggantikan bilangan solat yang dilakukan.

"Ini bermaksud, jika kita dapat cari lebih ramai ahli di bawah kita, ia dapat menggantikan bilangan solat yang perlu dibuat.

"Itu sebab ramai pengikut digalakkan cari ahli sebanyak mungkin dan setiap ahli perlu membayar RM2,000 kepada 'pentilawah' (ketua pengajar) dalam kelas untuk langsaikan solat mereka," dedah Norah sambil memberitahu solat yang tulen hanya diisytiharkan di 'negara jelmaan' mereka di Maahad al-Zaiton di Indonesia.

NORAH menunjukkan nota 'Ajaran MLM' dalam satu pertemuan dengan Kosmo! Ahad di Kuala Lumpur baru-baru ini. 
Jelas Norah, jika ahli tidak mencari ahli baru untuk memantapkan rangkaian, dia dikategorikan sebagai golongan yang berdosa besar dan mendapat bala.

Dakwanya, 'Ajaran MLM' itu yang diikuti sejak beberapa tahun lalu itu saling tidak tumpah dengan Ajaran Pemuda Al-Khafi yang telah difatwakan haram oleh kerajaan.Norah yang terjerumus ke kancah ajaran sesat itu disebabkan pujuk rayu rakan baiknya menyatakan, ajaran itu sangat taksub dengan wang kerana setiap kelas agama dan apa jua aktiviti yang dianjurkan yang diikuti perlu dibayar sejumlah wang.
nota-nota pelajaran MLM
"'Pentilawah' tanya saya berapa banyak dosa saya, saya jawab, banyaklah dan setelah dihitung, jumlah wang yang perlu dibayar adalah RM28,800 tapi saya diberi diskaun sehingga RM2,000 saja," ceritanya.

Norah berkata, prinsip yang diamalkan oleh ajaran ini kononnya didorong dengan amalan Nabi yang didakwa memulakan sebarang bicara atau ceramah dengan membayar 'infak' (bayaran pendahuluan) terlebih dulu.Bayaran sebanyak RM2,000 juga perlu dibuat oleh setiap ahli sekiranya 'pentilawah' meminta mereka memulakan bacaan surah al-Fatihah sebagai pembuka kelas usrah.

"Banyak lagilah sebenarnya... kelas Irsyad, kelas Aqabah semuanya kena bayar, nak pergi tunaikan solat tulen di Maahad Al-Zaiton yang entah bila itu pun perlu bayar RM3,600.

"Bayangkan penganut hampir puluhan ribu orang di seluruh negara, 'Guru MLM' boleh kaut keuntungan atas angin daripada ahli setiap kali perjumpaan," ujar Norah.

Dalam pada itu, Norah turut mendedahkan, ajaran itu menyimpan cita-cita yang sangat besar iaitu membina sebuah kerajaan Islam yang sahih yang dikenali sebagai Mahad Al-Zaiton di Indonesia yang disasarkan siap pada tahun 2015.
PENGIKUT diminta menutup mata ketika mengikuti kelas ‘Ajaran MLM’.

Scam Alert : BANK NEGARA MALAYSIA SERBU 4 SYARIKAT & KOPERASI

by SAY NO to MLM on Monday, 14 March 2011 at 09:15
Buluhmas Enterpris., Jazmeen (M) , Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries
Utusan Malaysia, 
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
"Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram," jelas kenyataan itu.


Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata. "Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,'' jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

Ceramic