Pengikut

Selasa, 15 Mac 2011

Ajaran MLM' ganti solat dan boleh hapuskan dosa

by SAY NO to MLM on Saturday, 12 March 2011 at 11:35
info ajaran MLM
KUALA LUMPUR - 'Institusi' ajaran sesat kini nampaknya bukan sekadar dijadikan 'alat' untuk menyelewengkan agama, malah turut dijadikan tempat untuk mengaut keuntungan mudah demi kepentingan peribadi.Terbaru, Kosmo! Ahad difahamkan sebuah kumpulan ajaran sesat di sini dikatakan turut memanipulasi gerakan itu dengan menarik ahlinya menjalankan perniagaan jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Konsep ajaran sesat kumpulan itu unik kerana ketua mereka yang dikenali sebagai 'Guru MLM' memperdayakan pengikut-pengikutnya dengan menyatakan perniagaan yang dijalankan mereka mampu menggantikan solat lima waktu.Perkara itu didedahkan seorang pengikut kumpulan 'Ajaran MLM' itu yang hanya mahu dikenali sebagai Norah dengan menyatakan pengikutnya yang berjaya mencari lebih ramai ahli boleh menggantikan bilangan solat yang dilakukan.

"Ini bermaksud, jika kita dapat cari lebih ramai ahli di bawah kita, ia dapat menggantikan bilangan solat yang perlu dibuat.

"Itu sebab ramai pengikut digalakkan cari ahli sebanyak mungkin dan setiap ahli perlu membayar RM2,000 kepada 'pentilawah' (ketua pengajar) dalam kelas untuk langsaikan solat mereka," dedah Norah sambil memberitahu solat yang tulen hanya diisytiharkan di 'negara jelmaan' mereka di Maahad al-Zaiton di Indonesia.

NORAH menunjukkan nota 'Ajaran MLM' dalam satu pertemuan dengan Kosmo! Ahad di Kuala Lumpur baru-baru ini. 
Jelas Norah, jika ahli tidak mencari ahli baru untuk memantapkan rangkaian, dia dikategorikan sebagai golongan yang berdosa besar dan mendapat bala.

Dakwanya, 'Ajaran MLM' itu yang diikuti sejak beberapa tahun lalu itu saling tidak tumpah dengan Ajaran Pemuda Al-Khafi yang telah difatwakan haram oleh kerajaan.Norah yang terjerumus ke kancah ajaran sesat itu disebabkan pujuk rayu rakan baiknya menyatakan, ajaran itu sangat taksub dengan wang kerana setiap kelas agama dan apa jua aktiviti yang dianjurkan yang diikuti perlu dibayar sejumlah wang.
nota-nota pelajaran MLM
"'Pentilawah' tanya saya berapa banyak dosa saya, saya jawab, banyaklah dan setelah dihitung, jumlah wang yang perlu dibayar adalah RM28,800 tapi saya diberi diskaun sehingga RM2,000 saja," ceritanya.

Norah berkata, prinsip yang diamalkan oleh ajaran ini kononnya didorong dengan amalan Nabi yang didakwa memulakan sebarang bicara atau ceramah dengan membayar 'infak' (bayaran pendahuluan) terlebih dulu.Bayaran sebanyak RM2,000 juga perlu dibuat oleh setiap ahli sekiranya 'pentilawah' meminta mereka memulakan bacaan surah al-Fatihah sebagai pembuka kelas usrah.

"Banyak lagilah sebenarnya... kelas Irsyad, kelas Aqabah semuanya kena bayar, nak pergi tunaikan solat tulen di Maahad Al-Zaiton yang entah bila itu pun perlu bayar RM3,600.

"Bayangkan penganut hampir puluhan ribu orang di seluruh negara, 'Guru MLM' boleh kaut keuntungan atas angin daripada ahli setiap kali perjumpaan," ujar Norah.

Dalam pada itu, Norah turut mendedahkan, ajaran itu menyimpan cita-cita yang sangat besar iaitu membina sebuah kerajaan Islam yang sahih yang dikenali sebagai Mahad Al-Zaiton di Indonesia yang disasarkan siap pada tahun 2015.
PENGIKUT diminta menutup mata ketika mengikuti kelas ‘Ajaran MLM’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan