Pengikut

Selasa, 15 Mac 2011

Scam Alert : PEI HUR HADAPI 11 LAGI TUDUHAN GUBAH WANG HARAM

by SAY NO to MLM on Saturday, 12 March 2011 at 11:19
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
laporan akhbar
PETALING JAYA 11 Jun - Selepas didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan pengambilan deposit tanpa lesen dan penggubahan wang haram RM1.69 juta semalam, pemilik syarikat perniagaan multilevel hari ini menghadapi 11 lagi pertuduhan yang sama di Mahkamah Sesyen di sini.

Wong Pei Hur, 35, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan melibatkan pengunaan dan memiliki RM837,281.42 dibaca di hadapan Majistret Ho Kwong Chin yang menyebut bagi pihak Hakim Nurmala Salim.

Pengarah syarikat yang beroperasi melalui Internet itu didakwa menggunakan wang hasil aktiviti haram RM10,000 untuk membayar ansuran pinjaman kereta Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran WKW 936 pada 22 Januari 2007.

Dia juga didakwa menggunakan RM26,666 untuk membayar deposit bagi pembelian sebuah kereta Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran WPW 8989 dan RM16,000 untuk membayar ansuran bulanan kenderaan itu di Hong Leong Bank Berhad, Jalan SS2/67, di sini antara 8 Februari dan 9 Julai 2007. Tertuduh turut didakwa memiliki RM784,624 dalam tiga akaun di Malayan Banking Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Standard Chartered Bank Berhad dan EON Bank Berhad di sini pada 5 September 2007.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.

Peguam S. N. Nair bagaimanapun memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM20,000 dengan alasan anak guamnya tidak berisiko untuk melarikan diri kerana mempunyai keluarga di sini.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM150,000 dan menetapkan 18 Jun ini untuk sebutan semula kes itu.

jgn terpengaruh dgn penyata/statement bank dari mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan