Pengikut

Selasa, 19 April 2011

Tv 999 : Skim Cepat kaya yang tiada kesudahannya

by SAY NO to MLM on Monday, 04 April 2011 at 17:53
apa dah jagi pokcik???
1. Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya’ yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/ dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid.

2. SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

3. SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya’ yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan.

4. Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM .
Untuk maklumat lanjut lawati laman sesawang: Suruhanjaya Koperasi Malaysia

To: "Harian Metro" tempat untuk Syarikat MLM membiak & penipu orang ramai??

by SAY NO to MLM on Tuesday, 05 April 2011 at 10:37
 
Assalamuaikum... & salam 1 Malaysia. kepada Warga Facebook yang saya hormati,harap anda sihat selalu.
Cherite kali ini berkenaan surat khabar yang dah takda apa2 info berita & faedah kpd Masyarakat tapi asyik buat duit dengan jual iklan je.. antaranya surat khabar "Harian Metro" tempat untuk Syarikat MLM membiak & penipu masyarakat Malaysia. 

Aku adalah peminat akhbar Harian Metro No.1. (betul ke No.1?) semakin hari aku rasa akhbar ini asyik mengiklankan Syarikat-syarikat yang berunsur skim cepat kaya & MLM. Produk pulak tah apa-apa tah... iklan pun terang2 cakap anda bole cepat kaya.. duit masyuk macam peluru.heheheh.. ada plak Badut yang buat kelas/seminar keusahawanan.Entah lar... makin hari makin banyak helaian atau ruang muka surat Metro dibanjiri dengan iklan MLM & Skim Cepat Kaya. Rasa rugi je beli Hmetro. Aku sampai naik meyampahhh!!

Kawan2 aku( wartawan) yang keje kt Hmetro pun naik menyampah kerana ada syarikat MLM nie sengaja mempergunakan Hmetro untuk memperdaya org ramai bila syarikat mereka masuk surat khabar. Sapa tak percaya... masuk paper beb!! Pihak Pengurusan tahu tapi buat-buat tak tahu je janji masuk duit!! 
ini lagi iklan dari Hmetro
koraNG  tengok jelah info kat bawah nie.. Syarikat MLM mempergunakan surat Khabar untuk promosi Produk mereka yang tidak berkualiti. Ayat Paling "TERSIAR DALAM HARIAN METRO ----- DAN IANYA ADALAH SYARIKAT YANG SAH"

lihat contoh2 badut: 

p/s: harap2 pihak berkuasa ambil tindakan ke atas akhbar yang tidak bertanggungjawab menyiarkan peniagaan ala-ala Skim Cepat Kaya & MLM.

ini yang Hmetro bangga sangat
Harian Metro kaya dengan iklan bukan kaya dgn infomasi
ini lagi iklan dari Hmetro

Scam Alert: Pelaburan Emas Skim Cepat Kaya Melibatkan Syarikat & Koperasi Ar-Rahnu

by SAY NO to MLM on Wednesday, 06 April 2011 at 09:54
1.    Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak membuat pelaburan dalam skim pelaburan berbentuk emas menyerupai skim cepat kaya seperti ini.

2.    Syarikat XXXX (emas) memberi tawaran kepada sesiapa yang membeli emas (pelabur) iaitu:

a)    Setiap 100g emas dibeli, Syarikat XXX (emas) akan tambah 2 kali ganda untuk digadaikan.
b)    Syarikat XXX (emas) memberi komitmen RM300 atau 3% setiap bulan selama 6 bulan untuk 300g emas yang digadaikan melalui kontrak di antara Pelabur dengan Syarikat XXX (emas) selama 6 bulan. (Ini selaras dengan kontrak antara Pelabur dengan Koperasi – Ar-Rahnu).

3.    Emas-emas yang diurus niaga di Syarikat XXX (emas) iaitu emas dibeli – 100g dan emas tambahan yang ditawarkan, iaitu 200g akan digadaikan ke Koperasi Ar-Rahnu dengan Nama Pelabur.

4.    Koperasi Ar-Rahnu akan menilai emas-emas tersebut, dan akan melaksanakan proses tukaran antara emas dan Ringgit Malaysia (RM), berdasarkan penilaian harga emas yang dibuat sebelum ini.

5.    Setelah proses gadaian berlaku, dan berjaya menukarkan nilai emas tersebut kepada Ringgit Malaysia (RM), wang gadaian tersebut yang sebelum ini digadai atas nama pelabur tidak dimiliki oleh pelabur, sebaliknya Syarikat XXX (emas) yang memiliki wang tersebut. Wang tersebut seterusnya digunakan untuk membiayai urusan perniagaan Syarikat XXX (emas).

6.    Dengan memberi tawaran bijak 2 kali ganda emas kepada pembeli yang membeli emas dengan mereka, Syarikat XXX (emas) mampu mengaut keuntungan dalam tambahan modal mereka sebanyak 100g emas daripada pembeli/ pelabur mereka. Syarikat boleh saja terus menggadaikan 200g emas tersebut ke Koperasi Ar-Rahnu tanpa mencari pelabur. Walaubagaimanapun, dengan adanya pelabur yang membeli emas dengan mereka, Syarikat XXX (emas) dapat meningkatkan aliran modal disebabkan kesemua nilai gadaian dengan Koperasi Ar-Rahnu diperolehi oleh mereka, bukan oleh pelabur.

7.    Pelabur tidak dapat menikmati nilai 300g emas tersebut, walaupun ia digadaikan sepenuhnya atas nama pelabur. Sebagai balasan, Syarikat XXX (emas) memberi RM300 (atau 3%) atas 100g emas yang pelabur bayar.

8.    Selepas tamat tempoh perjanjian gadaian, iaitu 6 bulan, pihak Koperasi Ar-Rahnu akan meminta semula duit mereka yang ditukarkan dengan emas sebelum ini. Terdapat dua kemungkinan dalam urusan ini iaitu:-

a)    memperbaharui perjanjian; dan
b)    menamatkan perjanjian.
9.    Berikut ialah analisis sekiranya memilih untuk menamatkan perjanjian:
i)    Pelabur akan menebus semula emas yang dicagarkan.
Perlu diberi perhatian: Emas-emas yang diurus niaga yang digadaikan kepada Koperasi Ar-Rahnu adalah atas nama pelabur. Emas-emas yang diurus niaga ini termasuklah 200g emas tambahan yang ditawarkan kepada kepada pelabur oleh Syarikat XXX (emas).
Secara teorinya: Pelabur terpaksa membayar kepada Koperasi Ar-Rahnu atas gadaian emas yang dibuat supaya pelabur dapat menebus semula emas tersebut. Dalam kes ini, DIANDAIKAN Syarikat XXX (emas) yang akan menebus emas pelabur dengan Koperasi Ar-Rahnu untuk mendapatkan emas tersebut. Ini bermakna, Syarikat XXX (emas) akan membayar kepada Koperasi Ar-Rahnu sejumlah wang untuk menyelesaikan proses gadaian, dan Koperasi Ar-Rahnu akan memberikan emas yang pelabur gadaikan dulu kepada Syarikat XXX (emas). Kemudian, Syarikat XXX (emas) akan membuat tawaran kepada pelabur sama ada mahu menjual emas atau menyambung kontrak.
ii)    Sekiranya pelabur memilih untuk menamatkan kontrak, Syarikat XXX (emas) akan membeli emas pelabur dan membayar nilai emas tersebut mengikut harga semasa setelah ditolak 2% caj brokerage.

10.    Persoalannya di sini: Sekiranya Syarikat XXX (emas) mengalami kemerosotan dan tidak mampu meneruskan perniagaan, apakah risiko terhadap pelabur?
Risiko: Pelabur terpaksa membayar nilai untuk 300g emas untuk menebus emas yang digadai dengan Koperasi Ar-Rahnu, walhal, pelabur hanya membeli 100g emas. Ini kerana proses gadaian Koperasi Ar-Rahnu dibuat dengan NAMA PELABUR. Tambah lagi, pelabur tidak menikmati pun nilai 300g emas tersebut. Pelabur hanya diberi RM300 untuk setiap 100g setiap bulan selama 6 bulan sahaja.

11.    Secara ringkasnya, Modus Operandi:
Syarikat XXX (emas) akan mencari pelabur baru untuk membeli emas daripada mereka sebanyak 100g, dan menggunakan duit pusingan yang dijana daripada pelabur terdahulu untuk membeli emas 200g, kemudian gadaikan emas 100g pelabur baru bersama-sama emas 200g ke Koperasi Ar-Rahnu dengan Skim Ar-Rahnu. Proses pembelian emas 200g menggunakan duit pusingan ini tidaklah mengambil masa yang panjang. Ia seperti meminjamkan sementara duit untuk membeli emas 200g. Ini kerana, duit emas 200g itu akan diperolehi semula apabila selesai proses gadaian dengan Koperasi Ar-Rahnu bagi urusan dengan pelabur baru (sebab itu ia dikatakan duit pusingan). Dengan ini, Syarikat XXX (emas) memiliki semula duit 200g emas tersebut, dan ditambah dengan duit keuntungan 100g emas daripada pelabur baru. Kesemua proses ini menggunakan nama pelabur dalam kontrak gadaian dengan Koperasi Ar-Rahnu.
Bagaimana mengenali Skim Cepat Kaya Pelaburan Emas?

1.    Syarikat/ agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN mengenai bagaimana boleh meningkatkan wang berbanding pelaburan emas.
2.    Pendaftaran syarikat tidak didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan jika berdaftar tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.
3.    Harga emas yang dijual adalah tinggi tapi pelabur berminat disebabkan pulangan lumayan yang dijanjikan.
4.    Jika anda cari pelabur lain maka anda akan mendapat komisyen. Lebih ramai pelabur baru maka lebih pendapatan yang akan diperolehi.
5.    Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 3% sebulan. Jika setahun 36%? Bandingkan dengan kadar institusi kewangan yang lain.
6.    Untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, sebaik mungkin fikir-fikirkanlah kesan dan akibatnya.

Panduan Sebelum Menyertai Skim Pelaburan Emas
1.    Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Profil syarikat boleh didapatkan di laman web SSM di http://www.ssm.com.my/

2.    Berapa harga emas yang dijual? Adakah mengikut harga semasa dunia atau lebih tinggi?
3.    Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur
4.    Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga!!. Ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain alasan tetapi tetap berjanji memberikan pulangan kepada pelabur. Jika syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
5.    Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
6.    ”Exit cost” – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa jumlah kos yang ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
7.    Cuba kira kerugian anda dalam “keadaan paling teruk” (worst case scenario).
8.    Pastikan setiap pelaburan mempunyai kontrak. Jika berlaku apa-apa masalah boleh dirujuk kepada kontrak tersebut. Jika tiada kontrak sebaik-baiknya jangan sertai skim tersebut.



Scam: Bank Negara Malaysia Investigates The Gold Label Sdn Bhd

by SAY NO to MLM on Wednesday, 06 April 2011 at 11:15
Bank Negara Malaysia has commenced investigations into The Gold Label Sdn Bhd under suspicion of conducting illegal deposit taking and money laundering activities in breach of subsection 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and subsection 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA) respectively.
The Gold Label Sdn Bhd

The raid on The Gold Label Sdn Bhd was conducted yesterday at its premises in Northpoint Offices, Tower A Mid Valley City, Kuala Lumpur following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the company were seized for purpose of investigation. 

Members of the public are reminded to remain cautious and avoid placing money or deposits with companies not licensed by Bank Negara Malaysia. The list of licensed institutions authorized to accept deposits is available on Bank Negara Malaysia's website (www.bnm.gov.my).


Members of the public should be wary of investing in get-rich-quick schemes to avoid losing their savings and money to fraudulent parties. Further information on illegal financial schemes can be obtained from the Financial Fraud Alert site athttp://fraudalert.bnm.gov.my/.
For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:

BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-2174 1515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
(Business hours: Monday - Friday, 9:00 am - 5:00 pm)

Pengakuan dari bekas DSM (Diomand Sales Manager) Hai-O

by SAY NO to MLM on Wednesday, 06 April 2011 at 23:44
 
Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri.

Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O Marketing)
50. Woh Chee Houw - Sales Manager (Hai-O Enterprise)

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ..... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa .. Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah .. berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM21,000.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;

Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)


MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.

Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.

Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.

Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.
Dipetik dari Zaharudin,net Facebook
sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............


Sekian, terima kasih.

Scam Alert: 150,000 pelabur rugi lebih RM300 Juta

by SAY NO to MLM on Saturday, 09 April 2011 at 14:59
 
Orang ramai digesa hindari skim cepat kaya

Senyum Kambing
KUALA LUMPUR: Sebanyak 150,000 pelabur menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka untuk mendapat 'wang besar' dengan menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara sejak tahun lalu.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata sejak Januari tahun lalu hingga kini, lapan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Beliau berkata, dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka yang disyaki mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah.
Syarikat berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd.

Mengenai sebahagian besar mangsa penipuan yang masih berharap mendapat semula wang mereka, Abu Hassan menegaskan, ia sukar dan bergantung kepada keputusan mahkamah pada akhir perbicaraan.

“Berdasarkan rekod siasatan, lazimnya baki yang tinggal dalam akaun bank milik pengendali skim cepat kaya itu adalah kecil dan jumlah itulah yang dibekukan agensi penguatkuasaan.
“Sebahagian besar wang pelabur sama ada sudah habis dibelanjakan atau dipindahkan ke luar negara untuk kepentingan peribadi pengendali skim itu,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk mendapat balik wang pelaburan, Abu Hassan menyarankan mangsa menyaman individu atau syarikat berkenaan menerusi proses undang-undang sivil, tetapi proses perbicaraan kes penipuan kewangan selalunya mengambil masa agak lama.

“Ia perlukan siasatan rapi membabitkan pengumpulan dan penganalisaan bahan bukti, rakaman penyataan pelabur dan suspek serta bantuan agensi berkaitan yang kadangkala mengambil masa lama,” katanya.

Abu Hassan berkata, dalam proses siasatan, semua pihak berkuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan tanggungjawab selaras peruntukan undang-undang sedia ada.

“Oleh kerana tempoh penyelesaian panjang dan tiada jaminan mangsa mendapat semua modal, orang ramai disaran menghindari daripada terbabit dalam skim pelaburan meragukan, iaitu yang menjanjikan pulangan tinggi di luar jangkaan,” katanya.

Sebelum melabur, mereka dinasihatkan menyemak latar belakang syarikat atau membuat pertanyaan dengan menghubungi Bank Negara sama ada menerusi pusat perkhidmatan pelanggan, iaitu BNMLINK atau BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.
Sementara itu, bagi maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai dinasihatkan melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my/

Senarai siasatan

Awas: Penipuan Perniagaan “KIOSK”

by SAY NO to MLM on Friday, 15 April 2011 at 19:25
aWAS mAT kIOSK
Latar belakang

Bilangan sebenar mereka yang telah diperdaya dan ditipu tidak lah diketahui, mungkin telah melepasi ribuan kes dan kerugian yang dialami pula mungkin telah mencecah lebih dari RM1,000,000.00.
Kegiatan syarikat-syarikat terbabit menawar berbagai produk beserta insentif menarik termasuk tawaran pakej pemeriksaan kesihatan percuma atau pakej percutian percuma, mula dikesan seawal tahun 2007. Mungkin juga gerak-kerja mereka diaktifkan lebih awal dari tarikh ini dalam bentuk berbeza, ‘time sharing concept’ umpamanya. Kegiatan mereka tidak terhenti terus tetapi diperlahankan buat seketika walaupun pernah digempur oleh pihak berwajib. Penipuan ‘Mat kiosks’ rancak dipromosikan pada sekitar bulan September 2007. Dilaporkan kegiatan ini telah menular ke Kuantan dan Johor Bahru. Dijangka ia akan terus berkembang ke lain bandar, sekiranya pihak berwajib tidak bertegas mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat terbabit.
Dikhuatiri kegagalan pihak berwajib bertindak akan menyemarakan kegiatan mereka dan memungkinkan ia terus membarah ke satu tahap tidak dapat dikawal sehingga menjadi satu lagi jenayah besar di Malaysia, di abad ini.

2.0 Kumpulan Mangsa
Dalam kes penipuan ini terdapat tiga (3) kelompok mangsa yang berada dalam situasi berbeza yang memerlukan pihak berwajib merangka dan mencadang pendekatan pelan tindakan berbeza untuk menyelesaikan kes penipuan ini. Kelompok mangsa adalah seperti berikut:
2.1 Bayaran Penuh
Mangsa telah membayar kesemua harga kiosk. Janji yang dihambur semasa ‘business presentation’ tidak dilaksanakan. Terma perjanjian tidak dipatuhi. Masih ramai mangsa tidak dapat dokumen perjanjian, Mangsa ragu dengan kemampuan syarikat dalam kerja senggaraan dan sebagainya,
2.2 Bayaran deposit
Mangsa telah membayar / mempertaruhkan deposit tetapi tidak mampu mengeluarkan baki. Gagal mendapat bantuan kewangan yang diatur oleh syarikat,
2.3 Enggan Meneruskan transaksi
Mangsa telah membayar deposit tetapi enggan menyempurnakan transaksi disebabkan pengelaman mangsa dalam perkara 2.1 di atas.
3.0 Cara berurus-niaga
Modus operandi mereka memperdaya dan menipu mangsa adalah seperti berikut:
3.1 kebanyakan mangsa dihubungi melalui panggilan telefon. Mangsa dijemput menghadiri ‘business presentation’. Sesetengah mangsa ditemui di pameran-pameran perdagangan atau ‘roadshow’ yang mereka anjurkan.
3.2 perniagaan ‘Multifunction automatic touchscreen (Mat) kiosk’ dikatakan mampu menjana pendapatan antara RM3,000.00 – RM4,000.00 sebulan. Pendapatan dalam bentuk komisyen antara 3-13%, diperolehi melalui penjualan kopon ‘reload’ telefon prabayar, tempahan tiket wayang, tiket bas, tiket penerbangan dan bayaran bil utiliti, cukai pintu majlis / kerajaan tempatan, saman dan pelbagai.
3.3 Selain dari agihan komisyen, mangsa dijanji akan menerima bayaran tetap bulanan sebanyak RM1,000.00, Bayaran tetap bulanan adalah hasil penyewaan ruang (sisi kiri dan kanan) kiosk kepada pengiklan pada kadar sewa RM500.00 untuk setiap sisi sebulan.
3.4 Mangsa juga dijanji akan berkongsi hasil penjualan ruang iklan di paparan monitor dengan syarikat pada nisbah 30:70. Urusan mendapatkan pengiklan adalah tanggung-jawab pihak syarikat.
3.5 Selain dari insentif potongan harga pakej percutian percuma turut ditawarkan dengan syarat mangsa mesti membuat keputusan ‘on the spot’ menyertai peluang perniagaan Mat kiosk yang dipromosikan.
3.6 Pengambilan deposit 30% dibuat melalui menggunakan kad kredit. Baki sebanyak 70% akan dibiayai melalui:
  1. pinjaman peribadi dari bank / institusi kewangan, yang akan diuruskan oleh syarikat, atau
  2. pembiayaan komisyen diterima dari syarikat, sekiranya tiga (3) dari kenalan mangsa yang diperkenalkan berjaya dipengaruhi untuk menyertai perniagaan Mat kiosk tersebut. Kaedah pembiayaan ‘members-get-members’ ini dikenali system ‘referrals’.
3.7 Mangsa diberi keutamaan memilih lokasi untuk menempatkan ‘kiosk’. Lokasi-lokasi itu (universiti, kolej, hospital) dikatakan berpotensi memberi pulangan lumayan memandangkan ramai pengguna akan melanggani khidmat ‘kiosk’ itu.

4.0 Penipuan Terancang
Kaedah memperdaya dan menipu mangsa adalah sama. Kemungkinan kegiatan firma-firma itu didalangi oleh orang sama yang arif dengan beberapa kelemahan akta (Akta Jualan Lansung umpamanya). Kegiatan syarikat ini adalah satu ‘penipuan terancang’ dilihat dari sudut berikut:
4.1 Pendaftaran berbagai nama
Syarikat beroperasi dengan menggunakan nama syarikat berbeza tetapi masih ada pautan dengan syarikat induk dengan tujuan yang sama. Cara itu dirasakan satu cubaan untuk mengelirukan bagi mendapat ramai mangsa,
4.2 Calling / business cards
Nama business consultants tidak dinyatakan sepenuhnya di atas calling cards; dipercayai satu usaha untuk mengeliru identiti business consultants itu sendiri apabila mangsa ingin membuat urusan susulan dengan mereka,
4.3 Urusniaga tidak telus
Semasa sessi ‘business presentation’ wakil syarikat sengaja menyembunyikan klausa pada resit yang menyatakan ‘deposit atau
bayaran tidak dikembalikan. Mangsa hanya menyedari selepas resit dikeluarkan,
4.4 Penyalah-gunaan surat rasmi
Syarikat menyalahguna salinan surat resmi pihak berkuasa seperti KPDN & HEP, Sirim, MSC status, MESDAQ listed companies dan sebagainya untuk meyakinkan bahawa perniagan mereka adalah sah (legitimate). Terkini mereka mendakwa perniagaan mereka mendapat pengiktirafan Malaysian Francise Association (MFA).
4.5 Pembiayaan bank / institusi kewangan
Bantuan mendapatkan pembiayaan dari bank / institusi kewangan hanya satu taktik melambat untuk memberi kesempatan melewati masa (to buy time) bagi tujuan menafi hak mangsa menuntut kembali bayaran deposit disebabkan terlupusnya ‘cooling off period’,
wATER dROP!!
5.0 Tindakan Mangsa
5.1 Tuntutan pemulangan deposit
Selain menulis surat, mangsa telah menemui pegawai dan wakil firma terbabit, untuk membatalkan transaksi/ urusniaga tersebut. Firma enggan mengembalikan deposit dan terus mempertahan dan berpegang kepada klausa yang tercatit dalam resit ‘deposit atau bayaran tidak dikembalikan’.
5.2 Laporan Polis
Banyak laporan polis telah dibuat mengadu kegiatan penipuan firma-firma ini. Siasatan yang dijalankan longlai ditengah jalan, berkesudahan pihak polis memutuskan: ‘diluar bidang kuasa polis’. ‘Tiada unsur jenayah’.
5.3 Tribunal Tuntutan Pengguna
Kes penipuan terancang ini pernah dibawa ke ’tribunal tuntutan pengguna’ untuk diadili. Keputusan tribunal turut mengecewakan.
Paling menyakitkan hati wakil firma terbabit begitu ‘angkuh dan kurang ajar’ tidak menghormati tatacara perbicaraan. Wakil mereka tidak menghadiri kes yang dibicarakan, seolah-olah telah mengetahui terlebih dahulu bahawa keputusan tribunal akan menyebelahi mereka.
5.4 Aduan ke KPDN & HEP
Aduan ke pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) tiada berpenghujung. Firma-firma tersebut masih beroperasi dan terus memperdaya dan menipu orang ramai seolah-olah mereka dilindungi dan kebal dari sebarang tindakan dan pendakwaan.

6.0 Bantuan Pihak Berwajib
Tindakan mangsa bergerak secara bersendirian mungkin kurang berkesan. Mangsa-mangsa di Lampiran 2 memutuskan untuk bergerak dalam satu pasukan bertujuan merangka pelan tindakan dan mengaktifkan semula gerak-kerja bagi mendapat bantuan dan bekerjasama dengan pihak ber’authority’ (Pasukan Polis, Persatuan Pengguna, KPDN & HEP, Bank Negara Malaysia dan lain-lain) untuk membenteras kegiatan memperdaya dan menipu orang ramai.
Tindakan bersepadu pihak berwajib melalui penguatkuasaan undang-undang dijangka mampu:
6.1 menyekat kegiatan mereka dari terus memperdaya dan menipu orang ramai,
6.2 mengheret dan mendakwa mereka kemuka pengadilan,
6.3 mendapat satu perintah mahkamah agar akaun firma terbabit dibekukan dan wang mangsa dikembalikan.
6.4 memohon bank / institusi kewangan menarik balik kemudahan berurusan melalui penggunaan kad kredit dengan syarikat-syarikat terbabit.
Sumber Informasi Daripada:
Sekretariat
Jawatankuasa Bertindak Penipuan Perniagaan Kiosk
Tel: 019-380 5939 (Ismail)
Tel: 012-612 6162

*Senarai Firma Terlibat Dalam Aduan** *

> Waterdrops Corporation Sdn Bhd (760047 - K)
> Unit B-10-3, Block B
> Megan Phileo Avenue II
> Off Jalan Yap Kwan Seng Tel: 03-2166 8308
> 50450 Kuala Lumpur Fax: 03-2166 9308
>
> Waterdrops Consolidated Sdn Bhd (760047 - K)
> Unit B-10-12, Block B
> Megan Phileo Avenue II
> Off Jalan Yap Kwan Seng Tel: 03-2166 8108
> 50450 Kuala Lumpur Fax: 03-2166 7208
>
> Waterdrops Sdn Bhd (650270-M)
> 15-2 Jalan Kuchai Maju 8
> Off Jalan Kuchai Lama Tel: 03-7980 5006
> 58200 Kuala Lumpur Fax: 03-7980 4044
>
> Waterdrops Sdn Bhd (650270-M)
> Unit A-7-2 Block A
> Megan Phileo Avenue II
> Off Jalan Yap Kwan Seng Tel: 03-2171 2008
> 50450 Kuala Lumpur Fax: 03-2171 2108
>
> Travel Discovery Marketing Sdn Bhd (650270-M)
> Unit A-7-2 Block A
> Megan Phileo Avenue II
> Off Jalan Yap Kwan Seng Tel: 03-2171 2008
> 50450 Kuala Lumpur Fax: 03-2171 2108
>
> Waterdrops World Sdn Bhd (791043-V)
> 107A Jalan Aminuddin Baki
> Taman Tun Dr. Ismail Tel: 03-7729 0852
> 60000 Kuala Lumpur Fax: 03-7729 3660
>
> GMC Utama Sdn Bhd (706880-U) – Head Office
> 16-2 &18-2 Jalan Telawi 3
> Bangsar Baru Tel: 03-2283 1189
> 59100 Kuala Lumpur Fax: 03-2284 1189
>
> GMC Utama Sdn Bhd – (706880-U) Management Office
> 3-8 Jalan PJU 8/3
> Perdana Business Centre Tel: 03-7727 7799
> Bandar Damansara Perdana Fax: 03-7722 1799
> 47820 Petaling Jaya, Selangor Fax: 03-7711 7799

Sumber: Penipuan Mat Kiosk | MalaysiaSensasi.Net