Pengikut

Khamis, 5 Mei 2011

Kesedaran Masyarakat tentang SCAM : Ibu terselamat jadi mangsa 'gores dan menang'


by SAY NO to MLM on Wednesday, 27 April 2011 at 10:42
 
Scam!! Penipuan!!
 
SETINGGI-TINGGI ucapan terima kasih kepada pengurus sebuah bank di Kepong yang telah berjaya membantu ibu saya yang hampir terperdaya oleh syarikat gores dan menang.Ibu saya kononnya telah memenangi sebuah Toyota Camry. Dia dikehendaki untuk segera mengeluarkan wang untuk ditunjukkan kepada pihak syarikat bagi membuktikan beliau adalah layak untuk memiliki kereta Toyota Camry tersebut. Mengikut pihak syarikat gores dan menang tersebut, wang tersebut akan dikembalikan.

Ibu tua yang begitu teruja kerana seumur hidup beliau tidak pernah begitu bernasib baik untuk mendapat kereta secara percuma dengan segera telah pergi ke bank untuk membuat pengeluaran wang memandangkan wang tersebut akan dikembalikan. Berbagai-bagai teknik yang digunakan oleh syarikat gores dan menang ini. Dan sasaran penipuan ditujukan kepada warga tua yang tidak mengerti apa-apa.

Kecekapan pihak bank mengesan situasi sebegini memang tidak disangkal. Apatah lagi sikap peramah kakitangan bank yang melayani ibu ketika itu, berbual santun dapat megesan unsur-unsur penipuan yang tidak disedari langsung oleh si ibu tua itu. Dan seterusnya berjaya menghalang penipuan ke atas ibu saya.
Apa yang lebih penting adalah keselamatan ibu tua saya telah diberi keutamaan kerana kuncu-kuncu syarikat gores dan menang sedang menunggu si ibu di luar bank untuk menanti wang RM18,000. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Syabas dan tahniah.

DR DAHLIA DAHNIL
Bandar Baru Selayang, Selangor


Kisah Ako...

Masih lagi cerita pasal ‘orang tipu orang’. Dalam kereta masa nak pegi kerja pagi tadi aku ikuti satu topik yang diperbincangkan di Radio Sinar iaini tentang Scam Gores dan Menang. Benda ni memang kaedah segera untuk mendapatkan wang bagi si Penipu manakala menjadi kaedah pantas menghanguskan wang bagi yang terkena. Untuk pihak yang terpedaya dan jumlahnya pulak ribuan ringgit pastinya ini menjadi satu pengalaman yang amat menyakitkan.

Percaya atau tidak bahawa aku adalah salah seorang yang  menjadi mangsa Sendikit Gores dan Menang nih. Perasaan lepas terkena tu memanglaa sakit yang amat.. huhu..
Benda ni terjadi pada tahun 2006. Ketika tu baru jee lepas raya.. mana tak rasa sakitnya kan. Baru jee habis duit untuk raya, lepas tu boleh kene tipu pulak. Phew! Mula ceritanya begini..

Lokasi : Extra Taman Suria Johor Bahru ( Sekarang dah tukar jadi Giant)Masa   : 1.30 PM

Masa tu aku pergi ambil duit untuk bayar kereta dan jugak untuk beli barang-barang keperluan nak buat rumah terbuka. Rayalaa katakan.. Jadi lepas ambil duit aku terus menuju ke kereta. Ketika aku nak masuk ke dalam kereta ada laa pulak sorang mamat cina tegur aku. Disuruhnya aku buka salah satu satu kupon kat tangan dia. Aku pada mulanya dah terhidu benda ni.. lalu aku malas layan tapi atas kesungguhan dia aku ikutkan juga.. Walaubagaimanapun aku tak buka kupon tu.. aku suruh dia yang bukak depan mata aku. Jadi lepas jee mamat ni bukak dia punya excited tak tahu nak cakaplaa kan.. aku sendiri terpinga-pinga. Dia kata aku bakal menang salah satu dari 7 hadiah utama yang mana terdiri dari kereta perdana, kancil, wang dan beberapa lagi. Aku masih tak percaya sebenarnya.. tiba-tiba datang pulak sorang amoi.. kononnya macam tak tahu apa-apalaa.. lepas chong-cheng-chong-cheng cakap cina.. dia pun ikut sama excited.. ‘ waa.. abang.., janji.. aa.. lepas ni bawak kita olang makan kfc.. abang akan dapat hadiah besar nih’ Huh! betul ke nih..?? aku masih confuse..

Menurut mereka untuk aku buat cabutan bagi 7 hadiah utama , aku perlu untuk dapatkan beberapa barang kesihatan dan aku menolak lagi tak mahu layan. Tapi diorang ni memang tak putus asa betul untuk menipu.. Diringkaskan cerita dek terpukau oleh ayat-ayat manis mereka aku  akhirnya mengikut mereka ke pejabat mereka dengan membawa duit RM 2 ribu ditangan (Ishh.. aku bila ingat saat ni memang sakit…) . Masa berbual dalam kereta tu memang manis jee mulut diorang ni. Pada ketika tu pulak isteri aku tengah mengandungkan anak pertama, jadi aku cerita laa dalam perbualan dengan mamat cina tadi. Dia pulak boleh cakap , “ini mungkin rezeki anak abanglaaa”. “Abang baca bismillah yee masa saya bukak kupon tadi? “. (Adehh menggelegak darah aku bila kenang-kenang)

Masa aku sampai kat pejabat diorang. Aku disambut lagi oleh dua orang ketua mereka. Kat situ ada banyak gambar-gambar orang yang menang cabutan dan sedikit sebanyak buat aku terpengaruh. Diorang pulak lebih banyak bualkan tentang hal lain kat situ jadi aku pun dah lupa apa benda nak tanya lagi.  Lepas bagi RM 2000 diaorang keluarkan beberapa barangan kesihatan yang bakal aku bawa balik . Pada masa yang sama diangkatnya aku lagi dengan cerita-cerita yang sedap didengar sehinggalah aku membuat cabutan untuk hadiah utama tu.. dan…

Aiyak..!! kerusi urut!! aiseh aku tak perasan kerusi urut ada dalam senarai pada list no 7 sebab mereka tak fokus pada itu pun.. aduh.. masa tu baru aku tersedar yang aku dah terkena dengan lakonan mereka. Ptui!! kuciwa sungguh.. mana aku nak letak barang-barang kesihatan ni.. fikir aku.. Bini aku tau mesti bising nih.. huhu.  Nasib baiklaa bini aku memahami keadaan jadi kitaorang simpan jee barang-barang tu . Ada sampai sekarang kat rumah aku. Setiap kali tengok pedih jee rasa hati..

Apapun betullah kata seorang pemanggil di radio Sinar  pagi tadi. Pemangggil ni salah seorang yang pernah terlibat dengan sendikit ni dan menurut beliau hadiah-hadiah utama tu sebenarnya memang ada. Tapi hanya ada dimulut-mulut manis pekerja-pekerja mereka yang menipu orang ramai. Mereka sebenarnya telah ada skrip tersendiri untuk menipu orang. Aku juga telah saksikan sendiri bagaimana sandiwara diorang ketika menjerat orang ramai dalam edisi siasat yang aku lakukan sendiri selepas kes tersebut. nak tahu?? hah tunggu cerita selanjutnya nanti.. heh

1 ulasan:

  1. Saya pun dah terkena sebijik macam kes ini, sehingga saya ikut ke pejabat mereka. Alhamdulillah saya cepat tersedar , kalau tidak hbs rm8000. Mungkin doa anak _anak saya ketika itu. Ini kerana semasa dlm perjalanan nak naik ke office mereka, saya minta anak saya baca 'bismillahhirrahmannirrahim' je sbyk 10 kali mendoakannsaya tidak tertipu. Bila teringat balik ayat mengampu dia tu, mmg lawaklah pulak

    BalasPadam